1 00:00:06,589 --> 00:00:09,009 "Pemilik pasar raya yang kosong 2 00:00:09,509 --> 00:00:14,264 berhak membawa senjata untuk melindunginya." 3 00:00:16,558 --> 00:00:20,020 Di dunia sebegini, undang-undang dan akal tak penting. 4 00:00:21,062 --> 00:00:24,149 Nikmat hidup, itulah yang penting. 5 00:00:27,026 --> 00:00:28,862 Tapi berbaloikah untuk hidup 6 00:00:30,447 --> 00:00:32,031 di dunia yang sebegini? 7 00:00:36,369 --> 00:00:40,540 Jadi, kakak rasa, kita akan mati akibat asteroid akhirnya… 8 00:00:42,625 --> 00:00:44,919 jadi lebih baik kita bunuh diri saja? 9 00:00:45,962 --> 00:00:50,717 Apabila asteroid itu terhempas, penjenayah akan turut mati 10 00:00:51,217 --> 00:00:52,635 dan itu tak adil. 11 00:00:54,471 --> 00:00:58,641 Kita tak boleh biar asteroid itu rampas peluang kita. 12 00:00:58,725 --> 00:01:00,643 Tidak, tak boleh begitu. 13 00:01:03,062 --> 00:01:04,230 Nah, minum ini. 14 00:01:04,981 --> 00:01:06,983 Minumlah perlahan-lahan, takut saya tengok! 15 00:01:21,331 --> 00:01:22,499 Bae Jong-su. 16 00:01:25,835 --> 00:01:27,086 Bukan saya yang buat. 17 00:01:31,257 --> 00:01:32,342 Kakak yang buat, bukan? 18 00:02:01,788 --> 00:02:07,335 DUNIA KIAMAT ASTEROID LANGGAR BUMI DALAM 200 HARI 19 00:02:07,418 --> 00:02:10,463 PERLANGGARAN ASTEROID AKAN BERLAKU 20 00:02:10,547 --> 00:02:13,174 UNDANG-UNDANG DARURAT DIISYTIHARKAN 21 00:02:13,258 --> 00:02:14,634 199 HARI LAGI PELUANG HIDUP? 22 00:02:14,717 --> 00:02:15,552 INTERNET TIADA 23 00:02:25,728 --> 00:02:28,398 198 HARI LAGI BERSAMA SAMPAI KIAMAT 24 00:02:28,481 --> 00:02:30,191 140 HARI LAGI AMARAN PERLANGGARAN 25 00:02:30,275 --> 00:02:33,111 SEKOLAH MENENGAH CHEONDONG DITUTUP JANGAN DATANG 26 00:02:33,194 --> 00:02:37,991 130 HARI LAGI SUPERMAN DAN WONDERMART 27 00:02:38,074 --> 00:02:40,326 HILANG 28 00:02:40,410 --> 00:02:42,996 BERDASARKAN NOVEL SHUMATSU NO FURU KARYA KOTARO ISAKA 29 00:02:43,079 --> 00:02:47,959 80 HARI KEMUDIAN, KEHIDUPAN ABADI BERMULA ALAMI KEHIDUPAN ABADI 30 00:02:48,877 --> 00:02:52,714 50 HARI LAGI SEBELUM DUNIA BERAKHIR DEMONSTRASI BUNKER TERAPUNG 31 00:03:20,783 --> 00:03:27,040 173 HARI SEBELUM ASTEROID MELANGGAR BUMI 32 00:03:29,584 --> 00:03:30,627 Kakak. 33 00:03:32,879 --> 00:03:34,464 Apa awak buat di sini? 34 00:03:35,506 --> 00:03:36,507 Selamat pagi! 35 00:03:38,259 --> 00:03:39,844 Makanan awak dah habis. Sekejap. 36 00:03:39,928 --> 00:03:41,763 Kakak, saya cuma… 37 00:03:43,473 --> 00:03:45,225 nak ucap selamat pagi. 38 00:03:48,144 --> 00:03:49,228 Mengarutlah. 39 00:03:50,521 --> 00:03:51,522 Kenapa awak datang? 40 00:03:56,736 --> 00:03:57,654 Saja suka-suka! 41 00:03:58,988 --> 00:04:00,073 Se-kyung! 42 00:04:00,823 --> 00:04:01,658 Apa? 43 00:04:03,743 --> 00:04:07,247 Kakak akan pergi. Kakak nak balik kampung. 44 00:04:36,901 --> 00:04:38,403 Ini bila? 45 00:04:40,446 --> 00:04:41,656 Apa semua ini? 46 00:04:44,117 --> 00:04:45,451 Kenapa keluarkan gambar itu? 47 00:04:48,037 --> 00:04:51,457 Saya nak abadikan kehidupan kita dalam bentuk data. 48 00:04:53,543 --> 00:04:55,044 Untuk makhluk asing? 49 00:04:56,337 --> 00:04:57,171 Betul. 50 00:04:57,255 --> 00:05:01,592 Jadi, gambar pergaduhan dan perpisahan kita pun ada sekali? 51 00:05:01,676 --> 00:05:05,888 - Takkanlah saya nak masukkan sekali. - Jangan tipu, okey? 52 00:05:08,391 --> 00:05:10,893 Saya tengok balik bahan kajian lama saya 53 00:05:11,394 --> 00:05:13,855 dan saya tak nak itu saja jadi peninggalan saya. 54 00:05:18,151 --> 00:05:19,444 Nak pergi Dewan Bandar Raya? 55 00:05:19,527 --> 00:05:20,528 - Ya. - Saya hantarkan. 56 00:05:21,029 --> 00:05:22,196 Awak nak keluar? 57 00:05:22,697 --> 00:05:24,324 Saya nak jumpa Profesor No. 58 00:05:34,459 --> 00:05:38,671 YUN, AWAK DAH JUMPA TUNANG AWAK? BILA AWAK NAK PULANG BERSAMANYA? 59 00:05:57,357 --> 00:06:04,364 EPISOD 7 ARIRANG; PERGI, TETAPI TIDAK DILUPAKAN 60 00:06:07,617 --> 00:06:10,912 Di Amerika, saya dengar lagu ini sambil teringatkan awak setiap hari. 61 00:06:12,288 --> 00:06:14,540 Saya jumpa lagu ini dalam fail saya. 62 00:06:15,458 --> 00:06:17,460 Jadi, saya pun muat turun. 63 00:06:18,461 --> 00:06:20,380 - Saya baik tak? - Baik. 64 00:06:33,518 --> 00:06:34,519 Yun-sang. 65 00:06:35,770 --> 00:06:36,604 Ya? 66 00:06:37,105 --> 00:06:39,899 Mereka nak awak ke sana semula, bukan? 67 00:06:40,400 --> 00:06:41,526 Apa maksud awak? 68 00:06:42,026 --> 00:06:42,944 Makmal itu. 69 00:06:46,572 --> 00:06:47,990 Selamatkanlah diri awak. 70 00:06:49,492 --> 00:06:50,993 Mereka beri awak peluang. 71 00:06:51,869 --> 00:06:53,204 Rugi kalau awak tolak. 72 00:06:54,038 --> 00:06:55,665 - Se-kyung, itu… - Apa kata… 73 00:06:58,459 --> 00:06:59,585 Kita bincang nanti. 74 00:07:00,545 --> 00:07:01,504 Tak, masalahnya… 75 00:07:02,839 --> 00:07:05,091 Terima kasih kerana hantar saya. Saya pergi dulu. 76 00:07:06,426 --> 00:07:07,260 Okey. 77 00:07:08,803 --> 00:07:09,637 Se-kyung… 78 00:07:12,765 --> 00:07:13,599 Jumpa nanti. 79 00:07:17,103 --> 00:07:17,937 Okey. 80 00:08:51,781 --> 00:08:53,699 Sudah-sudahlah. Ia dah berakhir. 81 00:08:53,783 --> 00:08:56,202 Jangan fikir lagi, okey? 82 00:08:56,702 --> 00:08:58,538 Kami tak tahu apa-apa langsung. 83 00:08:59,038 --> 00:09:03,709 Lagipun, tentera dan guru tak sepatutnya terlibat dengan orang begitu. 84 00:09:04,210 --> 00:09:05,211 Awak faham tak? 85 00:09:35,157 --> 00:09:36,033 Selamat pagi. 86 00:09:36,534 --> 00:09:37,368 Sister. 87 00:09:38,828 --> 00:09:39,662 Apa? 88 00:09:39,745 --> 00:09:42,790 Bila kali terakhir kita jumpa Paderi Baek? 89 00:09:45,668 --> 00:09:48,838 Pada malam dia ditahan askar dan dia pulang macam tiada apa berlaku. 90 00:09:48,921 --> 00:09:53,467 Kemudian, dia pergi ke dewan ini untuk berdoa macam encik buat tadi. 91 00:09:57,388 --> 00:09:59,640 Itu hari terakhir pentadbir gereja datang kerja. 92 00:09:59,724 --> 00:10:00,808 Jadi, saya rasa 93 00:10:01,309 --> 00:10:04,395 mereka sengaja menghilangkan diri. 94 00:10:04,478 --> 00:10:07,481 Mereka mungkin bersembunyi. Itulah andaian saya. 95 00:10:07,565 --> 00:10:08,649 Saya tak mahu andaian. 96 00:10:11,235 --> 00:10:13,487 Saya mahu fakta saja. 97 00:10:15,197 --> 00:10:16,949 Garangnya dia. 98 00:10:18,367 --> 00:10:21,203 Saya dah beritahu semua yang saya tahu. 99 00:10:21,996 --> 00:10:22,913 Betul. 100 00:10:29,170 --> 00:10:32,006 Semuanya dah ditandatangani. Edarkanlah sekarang. 101 00:10:34,717 --> 00:10:36,969 PENGHIBUR TAHUN INI JEONG SU-GEUN 102 00:10:38,387 --> 00:10:41,891 Dengar kata, awak bukan saja uruskan jualan bunker terapung. 103 00:10:43,225 --> 00:10:46,937 Awak tawarkan rundingan khas untuk orang yang layak, bukan? 104 00:10:48,397 --> 00:10:49,565 Layak untuk pergi. 105 00:10:52,234 --> 00:10:53,402 Sebenarnya, 106 00:10:54,028 --> 00:10:55,946 meninggalkan negara tak penting. 107 00:10:56,030 --> 00:10:57,448 Itu mudah saja. 108 00:10:57,990 --> 00:11:02,161 Masalahnya orang besar di sini mahu kekalkan kedudukan mereka di sana. 109 00:11:02,244 --> 00:11:06,665 Jadi, ahli kabinet akan tinggalkan Korea sejurus sebelum asteroid terhempas. 110 00:11:09,168 --> 00:11:10,002 Tengok ini. 111 00:11:11,420 --> 00:11:15,091 Negara-negara maju mahukan teknologi dan sumber daripada Korea 112 00:11:15,174 --> 00:11:17,843 dan buat pelaburan di negara-negara lain. 113 00:11:17,927 --> 00:11:21,097 Jadi, semua orang besar ini tunggu masa terbaik. 114 00:11:22,556 --> 00:11:24,225 Saya tersengih pula di sini. 115 00:11:30,898 --> 00:11:34,193 Puan perlu timbang dulu sebelum campurkannya dengan air. 116 00:11:34,694 --> 00:11:37,905 Menurut resipi, ia perlukan 500 gram serbuk kari. 117 00:11:37,988 --> 00:11:40,699 Nak, tangan sayalah penimbangnya. 118 00:11:41,325 --> 00:11:44,078 - Dah lama saya tak makan sajian lengkap. - Daging dah masak? 119 00:11:44,161 --> 00:11:46,247 Ya, baunya enak, bukan? 120 00:11:46,330 --> 00:11:48,999 - Akhirnya kita dapat makan daging. - Hore! 121 00:11:50,626 --> 00:11:56,632 Terima kasih kepada Pn. Kim. Murah rezeki kita hari ini. 122 00:11:56,716 --> 00:11:58,384 - Terima kasih, puan. - Betul. 123 00:11:58,467 --> 00:12:01,053 Semua orang sedih selepas gereja terbakar. 124 00:12:02,138 --> 00:12:05,891 Ingat lagi kata-kata suara daripada pembesar suara itu? 125 00:12:05,975 --> 00:12:09,645 Tentang akaun penerima wang itu. 126 00:12:11,564 --> 00:12:14,233 Dengar kata ia milik sebuah syarikat. 127 00:12:14,316 --> 00:12:15,651 Syarikat terkenalkah? 128 00:12:19,530 --> 00:12:20,948 Daging dah hangit. 129 00:12:21,031 --> 00:12:21,907 Yalah. 130 00:12:23,409 --> 00:12:25,411 Sedapnya bau daging itu. 131 00:12:29,498 --> 00:12:32,251 Paderi takkan mengesyaki paderi lain. 132 00:12:33,711 --> 00:12:36,881 Jika ada pertandingan yang pilih orang yang paling tak tetap pendirian, 133 00:12:36,964 --> 00:12:38,215 saya tentu menang. 134 00:12:41,177 --> 00:12:43,345 Pertandingan begini takkan diadakan 135 00:12:43,429 --> 00:12:47,725 kerana orang macam awak tak tahu sama ada nak bertanding atau tidak. 136 00:12:49,685 --> 00:12:51,854 Saya kesal dengan diri sendiri. 137 00:12:54,231 --> 00:12:55,065 Sung-jae. 138 00:13:00,362 --> 00:13:02,448 Awak tahu topik penyelidikan saya? 139 00:13:04,617 --> 00:13:08,204 Saya kaji variasi genetik 140 00:13:09,246 --> 00:13:13,751 dan cara membetulkan kecacatan genetik pada peringkat embrio. 141 00:13:14,835 --> 00:13:17,421 Orang yang selamat tentu berminat dengannya. 142 00:13:19,423 --> 00:13:20,508 Awak nak pergi. 143 00:13:22,218 --> 00:13:23,052 Ke Amerika. 144 00:13:30,142 --> 00:13:31,977 Saya nak habiskan kajian saya. 145 00:13:34,563 --> 00:13:36,023 Tapi masalahnya Se-kyung, bukan? 146 00:14:41,589 --> 00:14:43,090 LAPORAN KAUNSELING MANGSA 147 00:14:44,258 --> 00:14:48,887 Saya bersama keluarga saya semasa saya ke pusat itu, tapi… 148 00:14:48,971 --> 00:14:51,307 Saya dihantar ke sana dari pusat itu… 149 00:14:51,390 --> 00:14:56,729 Saya tak tahu kejadian yang berlaku selepas saya memasuki pusat latihan itu. 150 00:14:56,812 --> 00:14:59,315 SAYA CUBA LARI TAPI GAGAL KERANA PENGURUS AWASI SAYA 151 00:15:05,863 --> 00:15:10,826 PENGURUS PUSAT LATIHAN IM 152 00:15:17,249 --> 00:15:20,085 Nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan. 153 00:15:22,087 --> 00:15:23,756 Pusat latihan apa? 154 00:15:27,676 --> 00:15:29,345 - Helo. - Helo. 155 00:15:29,428 --> 00:15:30,930 - Helo. - Hai. 156 00:15:31,805 --> 00:15:32,640 Masuklah. 157 00:15:34,141 --> 00:15:36,268 - Jom masuk. - Ada kucing! 158 00:15:36,352 --> 00:15:39,188 - Tae-mi. - Tae-mi! 159 00:15:43,525 --> 00:15:44,693 Tae-mi. 160 00:15:44,777 --> 00:15:47,863 Sekarang, makin ramai orang tangkap kucing dan anjing. 161 00:15:47,947 --> 00:15:50,282 - Biar saya buka. - Saya takut ia dimakan. 162 00:15:50,783 --> 00:15:51,867 Kakak. 163 00:15:51,950 --> 00:15:53,744 Boleh kita beri kepada Tae-mi? 164 00:15:54,244 --> 00:15:57,206 Kami jumpa makanan kucing ini di pasar raya. 165 00:15:57,289 --> 00:15:59,124 Tarikh luputnya belum sampai. 166 00:15:59,959 --> 00:16:03,253 Tae-mi tak makan makanan ini, tapi kita boleh cuba. 167 00:16:05,547 --> 00:16:07,383 Saya dukung Tae-mi. 168 00:16:07,466 --> 00:16:09,301 - Terima kasih. Tuang di situ. - Okey. 169 00:16:09,802 --> 00:16:12,554 Orang kata kakak dah lama tinggal di sini. 170 00:16:13,138 --> 00:16:13,973 Ya. 171 00:16:15,140 --> 00:16:18,394 Saya belajar di sekolah tinggi dan universiti di luar Woongcheon. 172 00:16:19,019 --> 00:16:21,522 Saya kenal Cikgu Jin semasa saya balik hari itu. 173 00:16:21,605 --> 00:16:23,399 Saya tak pernah ada di rumah. 174 00:16:23,482 --> 00:16:27,277 Kakak tentu pandai. Sebab itu kakak masuk universiti ternama. 175 00:16:27,361 --> 00:16:30,948 Saya cuma pilih yang ada asrama terbaik. 176 00:16:31,991 --> 00:16:34,576 Pelajar cemerlang selalu cakap macam itu. 177 00:16:35,077 --> 00:16:38,497 Kakak boleh pilih asrama. Maknanya gred kakak baguslah. 178 00:16:38,580 --> 00:16:39,415 Betul. 179 00:16:41,166 --> 00:16:42,001 Kakak. 180 00:16:42,543 --> 00:16:44,795 Budak lelaki itu adik kakak? 181 00:16:49,508 --> 00:16:50,509 Ya. 182 00:16:52,678 --> 00:16:53,929 Kakak dan dia seiras. 183 00:16:55,014 --> 00:16:56,348 Muka ayah kakak… 184 00:16:56,849 --> 00:17:00,060 Keluarga kakak… 185 00:17:00,602 --> 00:17:02,187 Tak, mereka masih hidup. 186 00:17:03,063 --> 00:17:04,481 Cuma di tempat lain. 187 00:17:04,565 --> 00:17:06,817 Saya macam pernah lihat dia. 188 00:17:13,365 --> 00:17:14,199 Chae Young-han. 189 00:17:14,283 --> 00:17:17,536 Dia tukar sekolah selepas penggal pertama tahun pertama sekolah. 190 00:17:17,619 --> 00:17:18,954 Kamu kenal Young-han? 191 00:17:19,038 --> 00:17:21,040 - Mungkin dia berjaya lari! - Saya ingat dia. 192 00:17:21,123 --> 00:17:24,376 Dia pandai main alat muzik. Selo rasanya. 193 00:17:25,210 --> 00:17:26,211 Ya, memang selo. 194 00:17:26,295 --> 00:17:27,629 Mana sepupu saya? 195 00:17:27,713 --> 00:17:29,840 - Ia ikut kita. - Hae-chan. Woo-chan. 196 00:17:32,342 --> 00:17:33,677 Kami bersama Tae-mi. 197 00:17:34,178 --> 00:17:35,262 Ia renung kita. 198 00:17:40,059 --> 00:17:40,976 Kakak Young-ji. 199 00:17:41,643 --> 00:17:44,146 Di mana Young-han sekarang? 200 00:17:46,648 --> 00:17:48,317 Dengan ibu kami, dia… 201 00:17:51,070 --> 00:17:54,740 Saya gembira kenal kamu semua. Terima kasih kerana ingat adik saya. 202 00:17:54,823 --> 00:17:56,366 Sebelum Young-han pergi, 203 00:17:56,450 --> 00:17:59,369 dia ajak saya lawat pusat latihan pada musim cuti. 204 00:17:59,453 --> 00:18:01,288 Dia bagi saya satu risalah. 205 00:18:01,789 --> 00:18:04,374 Tapi ayah tak benarkan saya pergi. 206 00:18:48,877 --> 00:18:51,547 Young-han, jom kita balik sama-sama. 207 00:18:53,340 --> 00:18:55,676 Mak akan marah kalau kita berdua pergi. 208 00:18:56,176 --> 00:18:57,761 Entah apa dia buat nanti. 209 00:18:59,513 --> 00:19:01,265 Kakak akan lari dulu. 210 00:19:02,224 --> 00:19:04,059 Ibu takkan syak kamu nak lari. 211 00:19:04,643 --> 00:19:05,811 Kamu pandai main. 212 00:19:07,813 --> 00:19:10,983 Kakak akan cari orang dan bawa kamu keluar. 213 00:19:11,066 --> 00:19:12,651 Telefon kamu ada tak? 214 00:19:14,403 --> 00:19:15,404 Ada. 215 00:19:29,084 --> 00:19:30,419 Tempat apakah ini? 216 00:19:36,925 --> 00:19:37,759 Helo? 217 00:19:39,595 --> 00:19:41,138 Ya, saya dalam perjalanan… 218 00:19:43,015 --> 00:19:43,849 Apa? 219 00:19:44,850 --> 00:19:47,269 Apa maksud awak, hari ini tak sesuai? 220 00:19:48,187 --> 00:19:49,688 Saya dah dekatlah! 221 00:19:52,608 --> 00:19:54,443 Saya di… 222 00:19:55,569 --> 00:19:57,070 Ya, saya dah nak sampai. 223 00:19:57,779 --> 00:19:58,780 Esok? 224 00:19:59,406 --> 00:20:00,657 Dia akan jumpa esok? 225 00:20:01,617 --> 00:20:04,119 Mak bukannya boleh baca fikiran ayah kamu. 226 00:20:04,620 --> 00:20:05,787 Mak tak ingin pun. 227 00:20:06,371 --> 00:20:07,915 Bagaimana kalau dia buat hal lagi? 228 00:20:10,709 --> 00:20:11,960 Kalau dia buat hal? 229 00:20:14,213 --> 00:20:15,964 Mak akan tinggalkan dia. 230 00:20:17,216 --> 00:20:18,050 Yalah. 231 00:20:23,222 --> 00:20:25,140 Mak takut apabila dia berdekatan 232 00:20:26,141 --> 00:20:27,809 dan apabila kami berjauhan. 233 00:20:31,897 --> 00:20:33,982 Saya mengidam tteokbokki pedas. 234 00:20:34,066 --> 00:20:35,651 Keindahan kehidupan abadi 235 00:20:35,734 --> 00:20:39,571 Hatiku membuak-buak 236 00:20:39,655 --> 00:20:43,533 Oh kehidupan abadi Kami menjerit sekuat hati 237 00:20:43,617 --> 00:20:47,371 Mari kita panjatkan puji-pujian Demi dunia baru 238 00:20:47,454 --> 00:20:49,206 Kehidupan abadi ialah sains! 239 00:20:49,289 --> 00:20:50,249 Kehidupan abadi! 240 00:21:25,450 --> 00:21:26,284 Mak. 241 00:21:27,828 --> 00:21:30,080 Bagaimana kalau asteroid itu tak tiba? 242 00:21:31,707 --> 00:21:32,541 Apa? 243 00:21:32,624 --> 00:21:36,712 Ia mungkin hilang begitu saja seperti kemunculannya yang tak dijangka. 244 00:21:57,149 --> 00:22:00,986 Saya nak tinggal di rumah kami dengan mak, Woo-chan dan Ga-eul. 245 00:22:03,238 --> 00:22:05,907 Woo-chan berlatih lompat tali bersungguh-sungguh. 246 00:22:05,991 --> 00:22:08,910 Sekarang kami mampu naik ke tingkat 24. 247 00:22:13,498 --> 00:22:16,168 Bilakah mak dan Ga-eul akan balik? 248 00:22:18,253 --> 00:22:19,338 Saya rindu mereka. 249 00:22:29,431 --> 00:22:31,350 Apabila Asteroid Dina terhempas, 250 00:22:32,601 --> 00:22:34,936 hampir semua orang akan mati. 251 00:22:35,979 --> 00:22:38,398 Tapi yang lain mati juga akhirnya. 252 00:22:40,525 --> 00:22:41,485 Rakan seperjuangan. 253 00:22:42,194 --> 00:22:43,820 Satu lagi hari dah berlalu. 254 00:22:44,780 --> 00:22:47,491 Apa kita nak buat dengan masa yang tinggal ini? 255 00:22:50,285 --> 00:22:54,289 Kebakaran di gereja dan kehilangan wang derma. 256 00:22:54,915 --> 00:22:58,919 Adakah kedua-duanya berkait secara langsung atau secara sebab akibat? 257 00:23:00,295 --> 00:23:02,798 Adakah kebenaran akhirnya akan terbongkar? 258 00:23:03,298 --> 00:23:04,132 Hyeon-jae! 259 00:23:04,716 --> 00:23:05,967 Ya, tuan. 260 00:23:06,051 --> 00:23:08,804 Panasnya hari ini. Kau nak air? 261 00:23:08,887 --> 00:23:09,971 Saya okey, tuan. 262 00:23:11,223 --> 00:23:12,974 Kau tak rasa ayam ini pelik? 263 00:23:13,475 --> 00:23:16,770 Entah bagaimana, tiba-tiba saja, 264 00:23:17,396 --> 00:23:19,106 ayam-ayam ini datang ke sini. 265 00:23:22,484 --> 00:23:24,236 Apabila aku melihatnya, 266 00:23:25,821 --> 00:23:27,781 hidup terasa seperti normal. 267 00:23:29,241 --> 00:23:30,492 Kita cuma perlu… 268 00:23:32,577 --> 00:23:33,995 makan dan terus hidup. 269 00:23:36,373 --> 00:23:37,624 Ayam-ayam itu… 270 00:23:38,500 --> 00:23:40,252 Tak apa. Ayam suka cili. 271 00:23:41,044 --> 00:23:44,881 - Tak apakah kalau ia makan makanan pedas? - Ayam tak rasa pun. 272 00:23:44,965 --> 00:23:48,969 Bok-sun pun beri ayamnya air dengan gochujang, supaya ia bertenaga. 273 00:23:49,052 --> 00:23:49,970 Bok-sun? 274 00:23:51,471 --> 00:23:52,556 Dalam kartun. 275 00:24:12,033 --> 00:24:12,868 Helo? 276 00:24:16,204 --> 00:24:17,038 Helo? 277 00:24:20,792 --> 00:24:21,877 Itu kamu, Young-han? 278 00:24:23,712 --> 00:24:24,546 Young-han. 279 00:24:26,131 --> 00:24:27,632 Young-han! 280 00:25:13,011 --> 00:25:13,929 Chae Young-ji. 281 00:25:21,937 --> 00:25:24,022 Jangan merayau dan balik cepat. 282 00:25:25,023 --> 00:25:25,941 Tolong… 283 00:25:28,860 --> 00:25:31,446 Tolonglah hantar Young-han kepada saya. 284 00:25:32,781 --> 00:25:36,284 Jangan kurung dia di tempat jahanam itu! 285 00:25:39,120 --> 00:25:40,956 Ibu sibuk. Ibu pergi dulu. 286 00:25:55,720 --> 00:25:56,721 Tae-mi… 287 00:25:59,391 --> 00:26:01,643 Kakak okey? Kakak sakitkah? 288 00:26:01,726 --> 00:26:04,980 Adik saya telefon… 289 00:26:05,814 --> 00:26:07,983 - Ada masalahkah? - Tidak, saya… 290 00:26:09,150 --> 00:26:12,654 Saya tak mahu menangis selagi tak berjaya menyelamatkannya. 291 00:26:21,162 --> 00:26:21,997 Cikgu Jin! 292 00:26:24,249 --> 00:26:25,667 Tolong Young-ji. 293 00:26:29,337 --> 00:26:31,590 Kenapa? Apa dia? 294 00:26:32,591 --> 00:26:34,342 Duduklah. Awak okey. 295 00:26:34,843 --> 00:26:37,679 Kenapa? Apa masalahnya? 296 00:26:37,762 --> 00:26:38,847 - Cikgu. - Ya? 297 00:26:39,347 --> 00:26:42,601 Young-han telefon dari pusat latihan. 298 00:26:42,684 --> 00:26:45,687 - Cuba bertenang. - Dia dilarang bercakap dan saya… 299 00:26:45,770 --> 00:26:47,272 Apa awak kata? 300 00:26:47,355 --> 00:26:48,857 Pusat latihan apa? 301 00:26:50,275 --> 00:26:51,860 Adik saya telefon… 302 00:26:51,943 --> 00:26:53,611 Adik awak di pusat latihan? 303 00:26:56,531 --> 00:26:59,200 Awak juga di pusat latihan itu? 304 00:26:59,868 --> 00:27:04,789 Kenapa tak cakap awal-awal? Ceritalah lagi tentang pusat latihan itu. 305 00:27:12,630 --> 00:27:18,470 PUSAT LATIHAN WOOYANG 306 00:27:23,475 --> 00:27:24,309 In-a. 307 00:27:26,394 --> 00:27:29,648 Chae Young-ji ditahan di pusat latihan. Awak tahu tentangnya? 308 00:27:29,731 --> 00:27:30,565 Apa? 309 00:27:30,649 --> 00:27:33,651 Tiga gadis yang diselamatkan semasa serbuan itu pun 310 00:27:34,527 --> 00:27:36,279 dari pusat latihan yang sama. 311 00:27:36,363 --> 00:27:39,449 Saya ingat mereka maksudkan rumah jagaan kanak-kanak. 312 00:27:40,283 --> 00:27:42,118 Tapi bukan itu saja. 313 00:27:42,994 --> 00:27:46,748 Saya terganggu oleh kebakaran di gereja sampai terlupa kes ini. 314 00:27:47,248 --> 00:27:49,250 Saya tak sepatutnya begini, tapi… 315 00:27:49,334 --> 00:27:52,587 Tolong mudahkan penjelasannya supaya saya faham. 316 00:27:52,670 --> 00:27:54,339 Perlahan-lahan, okey? 317 00:27:54,422 --> 00:27:56,424 - Terangkan dengan jelas. - Okey. 318 00:28:01,179 --> 00:28:05,350 Gadis-gadis yang saya bantu itu tahanan Bae Jong-su dan Lee Jae-min 319 00:28:05,433 --> 00:28:07,310 dan pada mulanya, mereka berada di pusat 320 00:28:07,394 --> 00:28:10,772 yang berkembang dengan bisnes kesihatan dan pendidikan. 321 00:28:10,855 --> 00:28:14,359 Tapi sekarang saya rasa mereka bantu orang keluar negara. 322 00:28:14,442 --> 00:28:16,486 Sebab itulah banyak keluarga sertai mereka. 323 00:28:16,569 --> 00:28:19,823 Di sana, mereka dipisahkan mengikut usia dan jantina. 324 00:28:21,991 --> 00:28:24,661 Ada yang lari kerana tak tahan, 325 00:28:24,744 --> 00:28:27,163 tapi terjerat pula dalam cengkaman penjenayah! 326 00:28:27,247 --> 00:28:30,667 Mungkin tempat mereka itu sama dengan tempat Young-ji. 327 00:28:30,750 --> 00:28:33,712 Kita perlu dermakan semua aset untuk sertai mereka. 328 00:28:35,046 --> 00:28:38,466 Itulah harga untuk sebuah keluarga berhijrah. 329 00:28:39,801 --> 00:28:44,556 Saya bersama keluarga saya semasa saya ke pusat itu, tapi… 330 00:28:44,639 --> 00:28:46,474 Young-ji juga terpaksa lari 331 00:28:46,558 --> 00:28:48,685 dan tinggalkan adiknya! 332 00:28:48,768 --> 00:28:51,020 Tidak. Awak… 333 00:28:52,021 --> 00:28:55,525 - Awak bayangkan perkara bukan-bukan… - Ini bukan imaginasi! 334 00:28:58,903 --> 00:29:01,239 Saya tahu awak komander tentera. 335 00:29:02,073 --> 00:29:03,658 Saya tahu. 336 00:29:04,159 --> 00:29:07,662 Saya sedar unit awak tiada kuasa, tapi, 337 00:29:08,163 --> 00:29:10,331 awak boleh mulakan siasatan, bukan? 338 00:29:10,832 --> 00:29:13,042 Mustahil awak tak boleh buat sesuatu. 339 00:29:13,126 --> 00:29:16,087 Undang-undang Darurat beri awak kuasa! 340 00:29:17,964 --> 00:29:21,551 Bayangkanlah, kenapa dia sanggup lari dalam keadaan begitu? 341 00:29:21,634 --> 00:29:23,428 - Bagaimana kalau awak salah? - Apa? 342 00:29:23,511 --> 00:29:25,513 Tindak-tanduk kami besar kesannya. 343 00:29:25,597 --> 00:29:27,807 Kami tak boleh guna undang-undang sesuka hati! 344 00:29:27,891 --> 00:29:29,601 - Tapi jika saya betul? - Apa? 345 00:29:30,101 --> 00:29:31,060 Jika saya betul? 346 00:29:31,978 --> 00:29:32,896 Ada satu nama. 347 00:29:32,979 --> 00:29:35,982 Ia berkait dengan Bae Jong-su dan Lee Jae-min, 348 00:29:36,065 --> 00:29:38,568 namanya "Pengurus Pusat Latihan Im". 349 00:29:40,904 --> 00:29:41,738 In-a. 350 00:29:42,864 --> 00:29:45,533 Tolonglah saya. 351 00:30:03,468 --> 00:30:04,844 - Tak boleh. - Bolehlah! 352 00:30:04,928 --> 00:30:06,304 - Baliklah. - Kali ini saja. 353 00:30:06,387 --> 00:30:08,264 - Tidak. - Young-han kawan kami. 354 00:30:08,348 --> 00:30:10,391 - Dia perlu diselamatkan. - Cikgu. 355 00:30:10,475 --> 00:30:12,894 Maaf. Baliklah cepat. 356 00:30:13,520 --> 00:30:14,812 Hati-hati. 357 00:30:18,566 --> 00:30:19,400 Jumpa lagi. 358 00:30:37,377 --> 00:30:39,629 Awak pun tahu awak tak boleh ke sana. 359 00:30:41,256 --> 00:30:43,758 Saya dah tak ada idea lain. 360 00:30:44,759 --> 00:30:45,760 Saya faham. 361 00:30:46,845 --> 00:30:48,346 Saya tahu awak risau. 362 00:30:53,977 --> 00:30:55,937 Saya akan hubungi awak apabila saya di sana. 363 00:30:56,020 --> 00:30:57,981 Tapi kalau saya tak hubungi awak, 364 00:30:59,566 --> 00:31:00,900 cari Kapten Kang. 365 00:31:49,198 --> 00:31:50,199 Hei, awak datang. 366 00:31:50,700 --> 00:31:52,035 Saya baru nak turun. 367 00:31:52,535 --> 00:31:53,620 Awak nak ke mana? 368 00:31:54,120 --> 00:31:55,455 Boleh saya pinjam kereta? 369 00:31:56,414 --> 00:31:57,332 Saya hantarkan. 370 00:31:57,415 --> 00:31:59,876 Tak perlu. Saya akan pandu dengan cermat. 371 00:32:00,501 --> 00:32:04,672 Saya akan tengok jalan dan semua cermin kereta. 372 00:32:06,925 --> 00:32:07,842 Jin Se-kyung. 373 00:32:08,343 --> 00:32:09,177 Ya? 374 00:32:11,554 --> 00:32:13,473 Awak tipu saya, bukan? 375 00:32:20,938 --> 00:32:21,939 Mari kita masuk. 376 00:32:32,367 --> 00:32:33,868 Kawan-kawan, cepat turun. 377 00:32:43,836 --> 00:32:45,838 Apa yang awak sembunyikan? 378 00:32:45,922 --> 00:32:48,257 Ia bukan seperti yang awak sangka. 379 00:32:52,053 --> 00:32:54,472 Awak buat saya cemas, okey? 380 00:33:01,980 --> 00:33:04,565 Ini masalah kerja. Percayalah. 381 00:33:08,403 --> 00:33:10,405 Saya sedih sangat… 382 00:33:12,198 --> 00:33:13,992 kerana perlu soal awak begini. 383 00:33:24,085 --> 00:33:26,504 Kamu pun nampak Abang Yun-sang kantoikan cikgu. 384 00:33:26,587 --> 00:33:28,548 Jadi, kita akan pergi dulu. 385 00:33:29,382 --> 00:33:30,675 Kita pergi sendiri? 386 00:33:30,758 --> 00:33:33,136 Ini dia! Risalah yang Young-han beri. 387 00:33:33,720 --> 00:33:35,805 Dengan risalah ini, saya boleh lawat dia. 388 00:33:35,888 --> 00:33:38,266 Bagaimana kakak melarikan diri? 389 00:33:38,349 --> 00:33:40,977 Ibunya berkuasa di sana. Dia bos mereka. 390 00:33:41,060 --> 00:33:43,229 Tapi kita perlu beritahu cikgu dulu… 391 00:33:43,312 --> 00:33:45,106 - Hei. - Ada tertulis di sini. 392 00:33:45,189 --> 00:33:47,275 "Pusat latihan untuk belia. Anda dialu-alukan." 393 00:33:48,359 --> 00:33:50,153 Kita kata yang kita berminat, 394 00:33:50,236 --> 00:33:52,572 kemudian lari dengan Young-han ikut laluan rahsia. 395 00:34:12,508 --> 00:34:14,093 Ini Pengurus Im. 396 00:34:14,177 --> 00:34:17,013 Pengurus Im. Ini Young-ji. 397 00:34:39,494 --> 00:34:42,663 Saya datang dengan Yun-sang. Tolonglah saya. 398 00:34:46,083 --> 00:34:47,085 Puan. 399 00:35:00,264 --> 00:35:03,184 Cari pusat latihan berdekatan Empangan Woongcheon. 400 00:35:03,267 --> 00:35:04,769 Baik, puan. 401 00:35:13,111 --> 00:35:15,363 Saya jumpa satu pusat latihan. 402 00:35:16,030 --> 00:35:17,031 Namanya… 403 00:35:18,616 --> 00:35:19,867 "Pusat Latihan Wooyang". 404 00:35:32,880 --> 00:35:33,798 Kawan-kawan! 405 00:36:00,950 --> 00:36:02,785 Berhenti. 406 00:36:04,328 --> 00:36:05,163 Tak berhenti. 407 00:36:06,914 --> 00:36:07,748 Berhenti. 408 00:36:09,750 --> 00:36:10,585 Tak berhenti. 409 00:36:12,503 --> 00:36:13,337 Alamak. 410 00:36:14,172 --> 00:36:15,006 Tak berhenti? 411 00:36:16,382 --> 00:36:17,633 Biar betul! 412 00:36:18,718 --> 00:36:21,387 Dia sepatutnya jaga ayam. Ini tak boleh jadi. 413 00:36:23,014 --> 00:36:23,848 Hei! 414 00:36:24,765 --> 00:36:27,435 Hei, kau sepatutnya jaga ayam! 415 00:36:27,518 --> 00:36:29,520 Pergilah jaga ayam, bodoh! 416 00:36:30,062 --> 00:36:31,981 Hei! Jaga ayam… 417 00:36:32,064 --> 00:36:34,650 Apa jadah… 418 00:36:50,458 --> 00:36:51,709 Apa awak nak buat? 419 00:36:52,210 --> 00:36:53,044 Saya… 420 00:36:56,631 --> 00:36:58,883 Se-kyung, Yun-sang, ikut saya. 421 00:36:59,717 --> 00:37:00,551 Ayuh. 422 00:37:05,598 --> 00:37:07,433 Betulkah kapten mahu bertindak? 423 00:37:07,516 --> 00:37:09,018 Ya, saya sahkan. 424 00:37:09,644 --> 00:37:13,147 Saya akan hantar lokasi, jadi kamu boleh mula bertolak. 425 00:37:13,231 --> 00:37:14,941 Puan patut fikir semula. 426 00:37:15,441 --> 00:37:18,402 - Kalau ia gagal… - Saya akan bertanggungjawab. 427 00:37:20,905 --> 00:37:21,906 Yun-sang, masuk. 428 00:37:23,157 --> 00:37:23,991 Baik. 429 00:37:35,753 --> 00:37:37,171 Besarnya. 430 00:37:37,255 --> 00:37:39,257 Hei, tengok itu. Hebat betul! 431 00:37:40,007 --> 00:37:42,510 Menakjubkan. Itu pusat latihan? 432 00:37:44,095 --> 00:37:46,514 Hei, kenapa awak pegang tangan saya? 433 00:37:47,265 --> 00:37:48,599 Biarlah saya pegang. 434 00:38:17,211 --> 00:38:19,297 Selamat kembali, Cik Chae. 435 00:38:30,641 --> 00:38:32,727 Kawan-kawan Young-han datang. 436 00:38:32,810 --> 00:38:33,644 Baik. 437 00:38:34,312 --> 00:38:35,646 Agak luas, bukan? 438 00:38:36,230 --> 00:38:37,148 Dia di sini. 439 00:38:39,150 --> 00:38:41,652 Ini En. Jeong Su-geun. Saya ada cerita tentangnya. 440 00:38:42,737 --> 00:38:44,280 Awak dah lihat sekeliling? 441 00:38:44,363 --> 00:38:48,326 Dari jalan masuk, saya boleh nampak yang tempat ini luar biasa. 442 00:38:48,909 --> 00:38:53,164 Pembinaannya tentu menelan belanja yang besar. 443 00:38:53,247 --> 00:38:54,707 Saya bawa awak lihat sekeliling. 444 00:38:55,541 --> 00:38:56,375 Silakan. 445 00:38:59,045 --> 00:38:59,879 Young-han. Kakak. 446 00:39:01,714 --> 00:39:04,216 Saya Park Jin-seo. Awak ingat saya lagi? 447 00:39:04,759 --> 00:39:07,928 Awak dah makin tinggi. Dulu kita sama tinggi. 448 00:39:08,554 --> 00:39:11,140 - Awak apa khabar? - Baik. Awak bagaimana? 449 00:39:12,099 --> 00:39:13,351 Awak nampak sihat. 450 00:39:15,895 --> 00:39:17,480 Makanan di sini tentu sedap. 451 00:39:20,107 --> 00:39:23,027 Mari saya tunjukkan tempat ini. Kamu tentu suka. 452 00:39:24,570 --> 00:39:26,072 Boleh tak? 453 00:39:27,615 --> 00:39:28,449 Ikut saya. 454 00:39:31,243 --> 00:39:34,330 Itu laluan rahsia yang Young-ji guna untuk lari. 455 00:39:35,498 --> 00:39:38,334 Hari cepat gelap di kawasan pergunungan, jadi kita perlu cepat. 456 00:39:48,135 --> 00:39:49,053 Tapi… 457 00:39:50,304 --> 00:39:51,305 Jaga baik-baik. 458 00:39:52,598 --> 00:39:53,766 Peluru, sah. 459 00:40:04,693 --> 00:40:07,029 Yun-sang, boleh lepaskan tangan saya? 460 00:40:09,532 --> 00:40:10,366 Se-kyung. 461 00:40:10,950 --> 00:40:13,869 Biar saya pergi. Ia tak patut begini. 462 00:40:13,953 --> 00:40:16,288 Diamlah. Nanti saya lupa jalannya. 463 00:40:18,457 --> 00:40:21,836 Lagipun, awak terlalu menonjol, jadi awak tak patut pergi. 464 00:40:30,845 --> 00:40:32,847 Se-kyung! 465 00:40:40,938 --> 00:40:41,856 Jangan keluar. 466 00:40:59,790 --> 00:41:00,624 Di sini. 467 00:41:06,130 --> 00:41:07,047 Se-kyung. 468 00:41:09,216 --> 00:41:11,051 Baliklah kalau awak tak jumpa Young-han. 469 00:41:19,268 --> 00:41:21,520 Bantuan akan tiba dalam sepuluh minit. 470 00:41:22,563 --> 00:41:25,107 Ini Alfa. Bersedia di lokasi sasaran. 471 00:41:30,154 --> 00:41:33,324 Apabila Leftenan Kim tiba, kami akan ke pusat latihan. 472 00:41:33,824 --> 00:41:37,036 - Berwaspada dan lindungi orang awam ini. - Baik, puan. 473 00:41:39,497 --> 00:41:40,748 Jangan risau sangat. 474 00:41:41,540 --> 00:41:43,125 Bantuan dalam perjalanan. 475 00:42:06,273 --> 00:42:07,691 Mari, tengoklah. 476 00:42:10,528 --> 00:42:13,113 Kemudahan di sini sangat mengagumkan. 477 00:42:13,656 --> 00:42:15,741 - Betul. - Ini dewan persembahan? 478 00:42:16,367 --> 00:42:18,869 Orang ada kata, buatlah kerja apa-apa pun, 479 00:42:18,953 --> 00:42:21,664 tapi kemahiran main alat muzik kena ada, bukan? 480 00:42:22,790 --> 00:42:24,625 Itu baru peringkat asas. 481 00:42:25,459 --> 00:42:26,377 Sudah tentu. 482 00:42:29,630 --> 00:42:31,006 Dia ada anak perempuan. 483 00:42:32,007 --> 00:42:33,259 Dia mungkin berguna. 484 00:42:41,016 --> 00:42:43,269 Lelaki itu takkan tinggalkan kita. 485 00:42:44,395 --> 00:42:46,772 Young-han, awak pandai main selo, bukan? 486 00:42:47,314 --> 00:42:48,941 - Mainlah untuk kami. - Apa? 487 00:42:50,943 --> 00:42:51,777 Patutkah? 488 00:42:55,322 --> 00:42:58,659 Boleh Young-han mainkan selo untuk kawan-kawannya? 489 00:43:46,040 --> 00:43:48,542 Kalau cikgu ambil gambar itu… 490 00:44:13,025 --> 00:44:14,693 - Apa kita nak buat? - Kakak? 491 00:44:28,332 --> 00:44:29,500 Boleh saya… 492 00:44:31,502 --> 00:44:33,420 Saya nak jumpa ibu saya. 493 00:44:34,296 --> 00:44:35,297 Dia di mana? 494 00:44:55,776 --> 00:44:56,777 Tumpang tanya. 495 00:44:56,860 --> 00:44:57,694 Belum lagi. 496 00:45:32,438 --> 00:45:33,689 Mereka di sini tadi. 497 00:45:33,772 --> 00:45:37,609 Pergi ke bilik kawalan dan cari mereka sekarang. 498 00:45:38,485 --> 00:45:40,612 Tutup juga tempat-tempat utama. 499 00:45:54,334 --> 00:45:56,420 Puan, latihan ditangguhkan. 500 00:45:57,921 --> 00:45:59,339 Itu saja untuk hari ini. 501 00:46:53,477 --> 00:46:57,439 Semua ahli keluarga Wooyang diminta berkumpul di dewan utama. 502 00:46:58,232 --> 00:46:59,483 Saya ulang. 503 00:47:00,067 --> 00:47:03,904 Semua ahli keluarga Wooyang diminta berkumpul di dewan utama. 504 00:47:09,910 --> 00:47:10,744 Tak apa. 505 00:47:12,663 --> 00:47:15,332 Awak nampak tangga itu? Turunlah ke bawah. 506 00:47:15,415 --> 00:47:16,917 Jalan elok-elok. 507 00:47:17,000 --> 00:47:18,335 Ini laluan rahsia itu? 508 00:47:18,418 --> 00:47:20,254 Ya, awak perlu hati-hati. 509 00:47:22,673 --> 00:47:23,674 Jalan elok-elok. 510 00:47:29,930 --> 00:47:30,848 TAK JUMPA YOUNG-HAN 511 00:47:30,931 --> 00:47:32,933 TIADA ISYARAT DI SINI 512 00:47:40,899 --> 00:47:45,237 Kita harus mematuhi hukum alam untuk kembali kepada asal usul kita. 513 00:47:46,196 --> 00:47:49,950 Walaupun asteroid itu terhempas, Bumi takkan musnah. 514 00:48:20,063 --> 00:48:23,817 Tapi semua hidupan di Bumi akan lenyap. 515 00:48:23,901 --> 00:48:25,652 - Ya, di sini. - Baik. 516 00:48:25,736 --> 00:48:29,156 - Kamu akan naiki bahtera dengan selamat. - Saya tak dapat isyarat. 517 00:48:29,239 --> 00:48:30,908 Mari, di sini. 518 00:48:31,575 --> 00:48:32,743 Kita perlu cepat. 519 00:48:37,915 --> 00:48:39,249 Ada masalahkah? 520 00:48:39,333 --> 00:48:41,460 Kamu semua berada bawah kuasa sang penyelamat. 521 00:48:43,337 --> 00:48:44,171 Tidak. 522 00:48:44,838 --> 00:48:46,840 Tempat ini sangat selamat 523 00:48:47,924 --> 00:48:51,845 kerana di sinilah kita buat persiapan untuk pergi dengan anak kita. 524 00:48:51,929 --> 00:48:54,097 - Puan… - Hei, berhenti! 525 00:48:55,015 --> 00:48:56,099 Apa awak buat? 526 00:48:58,018 --> 00:48:59,561 Saya tak bolehkah balik? 527 00:48:59,645 --> 00:49:03,148 …tiada maut atau kesakitan, di sanalah terletaknya tempat mendarat. 528 00:49:03,231 --> 00:49:07,152 Awak datang untuk berunding. Saya ingat awak ada banyak soalan. 529 00:49:08,570 --> 00:49:10,280 - Jaga dia baik-baik. - Nanti… 530 00:49:10,364 --> 00:49:13,200 Teruskan rundingan awak. Bawa dia pergi. 531 00:49:13,283 --> 00:49:14,201 Macam itu! 532 00:49:17,663 --> 00:49:18,789 Pergi cepat. 533 00:49:19,289 --> 00:49:20,123 Baik, puan. 534 00:49:22,000 --> 00:49:24,252 Pergi cari mereka! 535 00:49:32,177 --> 00:49:38,850 KASIH SAYANG, KEYAKINAN, PENYELAMATAN PUSAT LATIHAN WOOYANG 536 00:49:38,934 --> 00:49:40,394 Awak tak boleh datang… 537 00:49:40,477 --> 00:49:42,938 Saya Kapten Kang In-a daripada Kompeni Sokongan Tempur. 538 00:49:43,021 --> 00:49:44,523 Kami mahu buat siasatan. 539 00:49:45,107 --> 00:49:46,441 Tak guna! 540 00:50:00,914 --> 00:50:04,751 Undang-undang Darurat membenarkan tentera menyiasat apabila perlu. 541 00:50:06,712 --> 00:50:08,130 - Masuk. - Baik, puan. 542 00:50:10,257 --> 00:50:12,592 Hari pengadilan akan tiba. 543 00:50:13,885 --> 00:50:17,055 Sistem pemerintahan Bumi telah musnah. 544 00:50:17,556 --> 00:50:20,058 Kita harus mematuhi hukum alam… 545 00:50:20,142 --> 00:50:21,560 Awak tak berhak… 546 00:50:21,643 --> 00:50:23,603 Siapa lelaki dalam skrin itu? 547 00:50:23,687 --> 00:50:25,313 Sila beri kerjasama. 548 00:50:27,274 --> 00:50:30,193 Kami boleh mula siasat jika kami rasa ia perlu. 549 00:50:30,736 --> 00:50:33,822 Mereka yang tak bekerjasama akan dihukum serta-merta. 550 00:50:35,240 --> 00:50:37,909 Kalau jumpa budak bawah umur, maklumkan saya. 551 00:50:38,410 --> 00:50:40,746 Bawa semua orang ke sini. 552 00:50:40,829 --> 00:50:41,663 Baik, puan. 553 00:50:41,747 --> 00:50:43,749 Awak nak bawa anak-anak kami? 554 00:50:44,875 --> 00:50:47,627 Mereka dilindungi di tempat terbaik! 555 00:50:47,711 --> 00:50:49,254 - Cari sekarang! - Ayuh! 556 00:50:49,337 --> 00:50:50,172 Baik, puan! 557 00:50:50,255 --> 00:50:52,049 Halang askar. 558 00:50:53,467 --> 00:50:54,634 Halang mereka! 559 00:50:55,594 --> 00:50:57,512 Tumpang tanya. Di sini! 560 00:50:58,305 --> 00:51:01,141 Ibu bapa Kim A-jin ada di sini? 561 00:51:01,224 --> 00:51:02,642 Ibu bapa Kim A-jin! 562 00:51:02,726 --> 00:51:05,062 Lepaskan saya! Ibu bapa Kim A-jin! 563 00:51:05,145 --> 00:51:06,396 Ya, saya. 564 00:51:07,189 --> 00:51:08,774 Awak tahu A-jin di mana? 565 00:51:09,441 --> 00:51:11,526 Ya, dia di bilik meditasi. 566 00:51:11,610 --> 00:51:13,195 Sekarang pukul 10 malam. 567 00:51:13,278 --> 00:51:14,696 Dia baru diselamatkan 568 00:51:14,780 --> 00:51:17,699 daripada pusat hiburan lucah di bandar Woongcheon. 569 00:51:18,200 --> 00:51:21,828 Dia sedang menerima rawatan di pusat kesihatan awam. 570 00:51:21,912 --> 00:51:23,246 Mengarutlah! 571 00:51:23,330 --> 00:51:25,332 Awak tipu! 572 00:51:25,415 --> 00:51:27,334 Siapa lelaki dalam skrin itu? 573 00:51:27,834 --> 00:51:29,086 Saya nak jumpa dia. 574 00:51:29,169 --> 00:51:30,087 Beraninya awak! 575 00:51:30,170 --> 00:51:33,548 Dia beri kami petunjuk dari jauh! 576 00:51:37,094 --> 00:51:38,929 Kamu tak tahu kedudukan dia 577 00:51:39,012 --> 00:51:41,389 tapi kamu amanahkan anak-anak kamu kepadanya? 578 00:51:42,766 --> 00:51:43,600 Geledah sekarang! 579 00:51:44,267 --> 00:51:45,268 Baik, puan. 580 00:51:54,861 --> 00:52:01,201 Sementara menunggu hari itu tiba, marilah kita buat persediaan untuknya. 581 00:52:01,284 --> 00:52:04,204 Mari kita berdoa sama-sama. 582 00:52:09,543 --> 00:52:11,086 Aduh! 583 00:52:21,471 --> 00:52:23,557 - Itu emas. - Ayuh! 584 00:52:25,642 --> 00:52:27,018 Mari kita pergi. Cepat! 585 00:52:30,480 --> 00:52:31,898 Puan Timbalan Datuk Bandar, 586 00:52:31,982 --> 00:52:36,570 saya ambil kanak-kanak yang nak pergi dan yang tiada penjaga dulu. 587 00:52:37,571 --> 00:52:39,990 Ya, tolong buat persiapan untuknya. 588 00:52:44,077 --> 00:52:46,496 Tak bolehkah kita bantu kanak-kanak lain? 589 00:52:49,082 --> 00:52:50,500 Ibu bapa mereka ada di sini. 590 00:52:51,585 --> 00:52:55,046 Mereka korbankan segalanya untuk meninggalkan negara ini. 591 00:52:56,173 --> 00:52:57,174 Apa boleh buat? 592 00:53:03,180 --> 00:53:05,432 Saya nak buang air sekejap. 593 00:53:06,516 --> 00:53:07,434 Okey. 594 00:53:20,322 --> 00:53:21,823 Tunggu di dalam kereta! 595 00:53:23,033 --> 00:53:23,867 Adik-adik. 596 00:53:25,285 --> 00:53:26,203 Young-ji. 597 00:53:27,370 --> 00:53:30,290 Ayuh, masuk dalam kereta cepat! 598 00:53:35,795 --> 00:53:36,630 Se-kyung. 599 00:53:38,632 --> 00:53:39,466 Se-kyung. 600 00:53:48,308 --> 00:53:49,643 Awak siapa? 601 00:53:53,897 --> 00:53:54,731 Awak siapa? 602 00:53:55,440 --> 00:53:58,401 - Letak pistol jika tak mahu ditembak! - Kau siapa? 603 00:54:07,160 --> 00:54:08,578 Semua dah naik trak. 604 00:54:12,082 --> 00:54:13,458 Iringi trak. 605 00:54:13,959 --> 00:54:15,085 Siasat tembakan tadi. 606 00:54:15,585 --> 00:54:16,419 Baik, puan. 607 00:57:26,985 --> 00:57:31,990 Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati