1 00:00:12,012 --> 00:00:13,763 16 TAHUN YANG LALU, 1904 2 00:00:20,061 --> 00:00:20,895 Hei. 3 00:00:23,189 --> 00:00:27,444 Wanita yang kau puja selama lebih sepuluh tahun itu datang? 4 00:00:29,612 --> 00:00:30,530 Wanita pujaan kau? 5 00:00:31,239 --> 00:00:32,323 Dia datang. 6 00:00:35,660 --> 00:00:39,873 Baiklah, kita berdua harus luahkan perasaan hari ini, faham? 7 00:00:45,336 --> 00:00:48,673 Aku nak sapa tetamu lain. Kau pergilah menari. 8 00:00:49,382 --> 00:00:50,216 Menari? 9 00:00:51,217 --> 00:00:52,886 Goyangkan badan saja! 10 00:00:52,969 --> 00:00:54,304 Aku akan kembali. 11 00:00:54,804 --> 00:00:56,222 Ada satu lagi perkara. 12 00:00:56,890 --> 00:00:58,475 Ini saja peluang kita. 13 00:00:59,684 --> 00:01:00,518 - Pergi! - Tunggu… 14 00:01:37,347 --> 00:01:39,432 Ini tentu perang awak yang pertama. 15 00:01:40,141 --> 00:01:40,975 Apa? 16 00:01:41,810 --> 00:01:43,895 Ya, ini kali pertama saya di sini. 17 00:01:44,771 --> 00:01:48,441 Entah bagaimana kamu semua boleh berada di sini, 18 00:01:49,150 --> 00:01:50,985 tapi saya harap senjata kamu 19 00:01:51,069 --> 00:01:54,280 tak diacu ke arah rakyat negara saya yang lemah. 20 00:01:58,785 --> 00:02:00,036 Saya akan cuba ingat. 21 00:02:05,125 --> 00:02:06,292 Siapa nama awak? 22 00:02:07,710 --> 00:02:08,878 Lee Yoon. 23 00:02:10,380 --> 00:02:13,383 Saya harap awak pulang dengan selamat, En. Lee Yoon. 24 00:02:51,379 --> 00:02:54,757 SONG OF THE BANDITS 25 00:03:01,222 --> 00:03:02,223 Cik, 26 00:03:03,016 --> 00:03:07,020 En. Lee Gwang-il maklumkan yang dia berjumpa En. Lee Sang-guk. 27 00:03:08,438 --> 00:03:10,523 Baik. Terima kasih. 28 00:03:21,284 --> 00:03:24,579 Ini Nam Hee-shin dari Biro Kereta Api Joseon. 29 00:03:24,662 --> 00:03:26,664 Tolong panggilkan Mejar Miura. 30 00:03:40,470 --> 00:03:42,597 Pak cik tentu tak sangka saya nak jumpa pak cik. 31 00:03:43,181 --> 00:03:47,060 Maafkan saya, pak cik. Saya sepatutnya lebih kerap lawat pak cik. 32 00:03:47,977 --> 00:03:49,145 Tak apa. 33 00:03:49,729 --> 00:03:51,481 Biasalah, kamu sibuk. 34 00:03:51,564 --> 00:03:53,483 Saya nak ucap terima kasih 35 00:03:53,983 --> 00:03:57,320 kerana pak ciklah sebab saya dapat jadi tunang Hee-shin. 36 00:03:57,820 --> 00:04:01,074 Sekarang, saya rasa sangat bahagia. 37 00:04:01,157 --> 00:04:03,243 - Terima kasih. - Tiada masalah! 38 00:04:03,993 --> 00:04:06,996 Saya ditukarkan ke Divisi Perintah ke-19 di Nanam. 39 00:04:07,580 --> 00:04:08,581 Pak cik tahu tak? 40 00:04:08,665 --> 00:04:10,083 Pak cik ada dengar. 41 00:04:10,792 --> 00:04:12,210 Semoga berjaya. 42 00:04:12,293 --> 00:04:15,380 Jadi, kamu akan pergi selepas urusan di sini selesai? 43 00:04:16,172 --> 00:04:19,008 Ya. Semuanya hampir selesai. 44 00:04:19,968 --> 00:04:24,514 Kami tangkap seorang pemberontak bernama Jang Seok beberapa hari lepas 45 00:04:24,597 --> 00:04:26,099 dan dia dedahkan 46 00:04:27,684 --> 00:04:29,686 nama ketua gengnya. 47 00:04:32,105 --> 00:04:33,189 Kenapa, pak cik? 48 00:04:33,690 --> 00:04:37,777 Kenapa pak cik tipu keluarga dan sertai orang sepertinya? 49 00:04:40,488 --> 00:04:42,490 Saya faham perasaan pak cik. 50 00:04:43,116 --> 00:04:44,826 Rampas semula negara yang tumbang… 51 00:04:45,451 --> 00:04:48,788 Ya, niat itu baik. Agaknya tindakan itu nampak mulia. 52 00:04:48,871 --> 00:04:49,872 Tapi, 53 00:04:50,832 --> 00:04:53,251 Joseon tumpas sepuluh tahun lepas. 54 00:04:54,252 --> 00:04:56,504 Kini, tanah ini milik Jepun. 55 00:04:58,047 --> 00:05:02,302 Jadi, hentikanlah usaha yang sia-sia ini dan sertailah saya. 56 00:05:13,146 --> 00:05:14,147 Gwang-il. 57 00:05:14,814 --> 00:05:18,901 Dah lama pak cik nak tanya kamu dan ayah kamu. 58 00:05:20,737 --> 00:05:22,238 Siapa pula selepas ini? 59 00:05:23,489 --> 00:05:27,160 Semasa Jepun serang Pulau Ganghwa dan Joseon hampir tewas, 60 00:05:27,744 --> 00:05:29,996 kamu dan ayah kamu sokong Jepun. 61 00:05:31,122 --> 00:05:33,541 Semua benda di dunia ini ibarat bunga. 62 00:05:34,334 --> 00:05:36,169 Ia tak mekar lama. 63 00:05:36,669 --> 00:05:39,839 Percayalah, zaman Jepun pasti akan berakhir. 64 00:05:39,922 --> 00:05:42,842 Pada masa itu, kamu dan ayah kamu akan cakap perkara yang sama. 65 00:05:43,343 --> 00:05:47,180 "Jepun akan musnah, sertailah saya." 66 00:05:51,351 --> 00:05:54,937 Pada masa itu, negara mana yang kamu nak sokong? 67 00:05:55,938 --> 00:05:57,607 Kamu dah fikir tentangnya? 68 00:05:59,692 --> 00:06:00,693 Pak cik. 69 00:06:02,153 --> 00:06:06,532 Kita perlu berubah seiring era baru. Zaman Joseon dah berakhir. 70 00:06:08,701 --> 00:06:09,702 Gwang-il. 71 00:06:10,703 --> 00:06:14,082 Jangan sibuk mengejar era baru hingga terlupa sejarah. 72 00:06:15,124 --> 00:06:19,128 Era baru mungkin tersilap langkah, tapi sejarah tak pernah silap. 73 00:06:20,046 --> 00:06:25,635 Sejarah akan menilai tindakan kamu apabila tiba masanya. 74 00:06:42,068 --> 00:06:44,278 Tajuk lagu ini "Sifat Sebenar Askar". 75 00:06:46,155 --> 00:06:49,992 Bunga di kolarmu itu Adakah ia sakura? 76 00:06:50,076 --> 00:06:53,996 Bunganya berterbangan di Yoshino Bagaikan ribut 77 00:06:54,080 --> 00:06:57,834 Jika kau lahir sebagai lelaki Jepun 78 00:06:57,917 --> 00:07:01,754 Gugur bagaikan bunga di perbatasan 79 00:07:01,838 --> 00:07:05,675 Senapang panjang bukan senjata 80 00:07:05,758 --> 00:07:09,554 Pedang tebal tak berguna 81 00:07:10,054 --> 00:07:13,474 Tidakkah kau tahu? Ini semangat Jepun 82 00:07:13,975 --> 00:07:17,645 Yang diasah dan dihalusi ribuan tahun 83 00:07:20,940 --> 00:07:24,026 En. Lee Sang-guk, mari ikut kami. 84 00:07:25,319 --> 00:07:27,989 Semoga maharaja panjang umur! 85 00:07:28,072 --> 00:07:30,867 Semoga maharaja panjang umur! 86 00:07:32,118 --> 00:07:33,536 Semoga maharaja 87 00:07:35,121 --> 00:07:36,122 panjang umur. 88 00:07:37,874 --> 00:07:39,208 Cakap! Cepat! 89 00:07:40,293 --> 00:07:42,128 "Wahai Hee-shin yang tersayang. 90 00:07:43,546 --> 00:07:48,551 Pedih hati saya memikirkan yang kita akan lama terpisah. 91 00:07:49,218 --> 00:07:53,055 Hidup tanpa awak terasa sia-sia." 92 00:08:00,062 --> 00:08:01,063 Bagus betul. 93 00:08:02,231 --> 00:08:04,400 Hebatnya lulusan Universiti Tokyo. 94 00:08:05,485 --> 00:08:06,611 Terima kasih, tuan. 95 00:08:09,238 --> 00:08:13,659 "Mencintai awak ialah pengalaman terindah dalam hidup saya. 96 00:08:14,911 --> 00:08:18,581 Saya hidup di dunia ini hanya untuk awak…" 97 00:08:21,417 --> 00:08:22,668 Tulisan awak bagus, 98 00:08:24,128 --> 00:08:25,880 tapi Hee-shin agak patriotik. 99 00:08:26,380 --> 00:08:30,051 Takkanlah saya hidup hanya untuknya. Saya hidup mestilah untuk tuanku. 100 00:08:31,594 --> 00:08:34,263 Tukar bahagian "pengalaman terindah" ini. 101 00:08:35,515 --> 00:08:36,349 Baik, tuan. 102 00:08:44,315 --> 00:08:45,566 Cakap, bangsat! 103 00:08:52,365 --> 00:08:54,200 Sunting surat di sini. 104 00:08:54,283 --> 00:08:55,117 Baik, tuan. 105 00:08:58,204 --> 00:08:59,830 Dia masih tak kata apa-apa? 106 00:08:59,914 --> 00:09:01,958 Belum, tuan. 107 00:09:07,588 --> 00:09:08,422 Pak cik. 108 00:09:10,800 --> 00:09:13,803 Jang Seok nak jumpa siapa? 109 00:09:14,971 --> 00:09:16,305 Penghantar itu? 110 00:09:24,146 --> 00:09:25,815 Pak cik memang mengagumkan. 111 00:09:32,947 --> 00:09:37,660 Pak cik dengar semua jeritan dan pekikan itu? 112 00:09:38,369 --> 00:09:40,162 Itu suara orang-orang pak cik. 113 00:09:40,663 --> 00:09:44,125 Pak cik beritahu mereka yang operasi akan diteruskan 114 00:09:44,625 --> 00:09:46,794 walaupun selepas Jang Seok ditahan. 115 00:09:48,379 --> 00:09:50,298 Bermakna penghantar itu 116 00:09:50,381 --> 00:09:53,175 akan tiba di Changchun pada 5 September. 117 00:10:00,516 --> 00:10:01,851 Siapa dia? 118 00:10:03,019 --> 00:10:06,105 Bagaimana pak cik nak tampung belanja gerakan kemerdekaan? 119 00:10:07,523 --> 00:10:08,608 Cakaplah. 120 00:10:09,358 --> 00:10:12,320 Dia pasti ditangkap, jadi biarlah saya tangkap dia. 121 00:10:13,112 --> 00:10:16,365 Pak cik juga yang untung kalau saya terkenal. 122 00:10:17,283 --> 00:10:18,117 Bukan begitu? 123 00:10:26,959 --> 00:10:28,836 Pergi ambil serbuk cili. 124 00:10:28,919 --> 00:10:29,754 Baik, tuan. 125 00:10:31,672 --> 00:10:33,507 Keluarga kita degil, bukan? 126 00:10:36,177 --> 00:10:40,681 Saya tahu peparu pak cik lemah. Entah bagaimana pak cik nak bertahan. 127 00:10:41,891 --> 00:10:44,143 Pak cik boleh mati akibat seksaan ini. 128 00:10:45,269 --> 00:10:46,520 Kalau itu berlaku… 129 00:10:50,274 --> 00:10:51,442 saya pasti sedih. 130 00:10:52,943 --> 00:10:53,944 Apa kau nak buat? 131 00:10:54,445 --> 00:10:56,822 Apa rancangan kau sebenarnya? 132 00:10:57,573 --> 00:11:00,076 Apa? Kau masih tak nak beritahu? 133 00:11:00,159 --> 00:11:01,869 Atau kau nak mati di sini? 134 00:11:02,370 --> 00:11:03,496 Cakap. 135 00:11:04,413 --> 00:11:07,166 Cakaplah, bedebah! Apa rancangan kau? 136 00:11:07,792 --> 00:11:09,043 Surat dah siap, tuan! 137 00:11:34,443 --> 00:11:40,449 "Mencintai awak ialah pengalaman terindah dalam hidup saya. 138 00:11:41,951 --> 00:11:46,205 Hari ini, esok dan selagi saya masih hidup, 139 00:11:47,373 --> 00:11:49,542 awak sajalah yang saya cintai." 140 00:11:59,301 --> 00:12:00,219 Bagus. 141 00:12:02,304 --> 00:12:05,141 Budak universiti Tokyo, syabas. 142 00:12:07,768 --> 00:12:08,602 Ga… 143 00:12:09,729 --> 00:12:10,896 Gando… 144 00:12:16,152 --> 00:12:17,570 Apa pak cik kata? 145 00:12:18,070 --> 00:12:18,988 Ga… 146 00:12:19,071 --> 00:12:23,909 Gando, laluan itu… wang untuk landasan… 147 00:12:25,911 --> 00:12:27,496 Wang untuk Laluan Gando? 148 00:12:28,247 --> 00:12:29,165 Hei, lepaskan dia! 149 00:12:41,260 --> 00:12:43,095 Kenapa dengan wang itu? 150 00:12:43,179 --> 00:12:46,182 Pak cik nak curi untuk biaya gerakan kemerdekaan? 151 00:12:51,937 --> 00:12:52,855 Air. 152 00:12:53,647 --> 00:12:54,815 Beri pak cik air. 153 00:12:54,899 --> 00:12:56,400 Air? Kau nak air? 154 00:12:57,026 --> 00:12:59,028 Baik. Tae-ju, bagi dia air. 155 00:13:11,582 --> 00:13:13,292 Baiklah, siapa orang itu? 156 00:13:39,902 --> 00:13:43,072 Kau bawa pistol ke sini? 157 00:13:44,448 --> 00:13:46,450 Mejar, saya tak sangka situasi… 158 00:13:47,868 --> 00:13:49,036 Kau askarkah? 159 00:13:49,119 --> 00:13:51,664 Berani kau bawa pistol ke sini? 160 00:13:51,747 --> 00:13:54,959 Boleh kau anggap kau askar? Kau bawa pistol ke sini! 161 00:13:55,042 --> 00:13:56,836 Tidak! Lepaskan aku! 162 00:13:57,336 --> 00:13:59,171 Lepaskan aku, bodoh! 163 00:14:13,102 --> 00:14:14,687 Hei, kau tak apa-apa? 164 00:14:39,962 --> 00:14:42,131 Wang pembinaan Laluan Gando. 165 00:14:43,966 --> 00:14:45,467 5 September, Changchun. 166 00:14:47,011 --> 00:14:49,680 - Itu saja yang kita tahu, bukan? - Ya, tuan. 167 00:14:53,309 --> 00:14:54,935 Seseorang yang tak dikenali 168 00:14:56,395 --> 00:14:58,856 akan curi wang pembinaan Laluan Gando 169 00:14:59,899 --> 00:15:01,275 dan bawa wang itu 170 00:15:02,484 --> 00:15:03,903 ke Changchun pada 5 September. 171 00:15:22,588 --> 00:15:24,423 Itu saja yang kita tahu. 172 00:15:25,758 --> 00:15:27,843 Wang pembinaan untuk Laluan Gando 173 00:15:29,762 --> 00:15:33,098 akan dihantar dari cawangan Hoeryŏng Bank Joseon ke Myeongjeong. 174 00:15:34,016 --> 00:15:35,434 Jika ia di Myeongjeong… 175 00:15:40,481 --> 00:15:42,399 Hee-shin mungkin dalam bahaya. 176 00:15:46,528 --> 00:15:47,780 Kita tiada pilihan. 177 00:15:48,697 --> 00:15:49,698 Kita perlu pergi. 178 00:15:49,782 --> 00:15:50,741 Kita? 179 00:15:51,241 --> 00:15:53,452 Tapi kita belum ditukar secara rasmi. 180 00:15:53,953 --> 00:15:58,540 Perlukah saya tunggu kalau ia demi wanita dan negara yang saya cinta? 181 00:15:59,041 --> 00:16:00,250 Suruh semua orang bersiap. 182 00:16:02,294 --> 00:16:03,712 Kita akan pergi, 183 00:16:05,547 --> 00:16:07,383 lalu tangkap dan bunuh mereka. 184 00:16:20,229 --> 00:16:23,649 Selepas tinggalkan stesen, kita kena pura-pura tak kenal. 185 00:16:24,483 --> 00:16:27,987 Kita berpisah dan jumpa di sini selepas tugas itu selesai. 186 00:16:28,070 --> 00:16:28,904 Kemudian… 187 00:16:28,988 --> 00:16:32,241 Kita singgah di Changchun sebelum pulang ke Gyeongseong. 188 00:16:33,075 --> 00:16:34,660 - Betul? - Ya. 189 00:16:35,327 --> 00:16:38,288 Kau tahu apa kau perlu buat jika tertangkap, bukan? 190 00:16:40,332 --> 00:16:43,460 Biar mati bersendirian, tapi jangan dedahkan nama aku. 191 00:16:44,920 --> 00:16:45,921 Faham? 192 00:16:47,381 --> 00:16:50,050 Saya tahulah. 193 00:16:54,096 --> 00:16:55,764 Tapi saya ada satu soalan. 194 00:16:57,725 --> 00:17:00,310 Tanyalah, tapi ringkaskannya. 195 00:17:01,186 --> 00:17:02,187 Ringkaskan? 196 00:17:03,689 --> 00:17:04,773 Baiklah. 197 00:17:10,195 --> 00:17:12,865 Kau memang biadab dari dulu lagi, ya? 198 00:17:15,784 --> 00:17:17,161 Kau nak aku ringkaskan. 199 00:17:17,911 --> 00:17:19,913 Jadi, aku malaslah nak sopan santun. 200 00:17:27,796 --> 00:17:29,048 Aku nak kuda itu. 201 00:17:40,267 --> 00:17:41,602 Simpanlah bakinya. 202 00:17:41,685 --> 00:17:43,937 Hei. Wang ini tak cukuplah. 203 00:17:44,813 --> 00:17:46,315 Mari sini! Bayar bakinya! 204 00:17:46,815 --> 00:17:47,858 Berhenti! 205 00:17:47,941 --> 00:17:49,943 Hei, pencuri! Mari sini! 206 00:17:50,694 --> 00:17:51,695 Berhenti! 207 00:18:06,293 --> 00:18:09,296 Cik Nam Hee-shin dari Biro Kereta Api Joseon? 208 00:18:09,963 --> 00:18:10,798 Ya. 209 00:18:10,881 --> 00:18:14,259 Saya Penguasa Ōoka dari Konsulat Jepun. 210 00:18:14,343 --> 00:18:16,595 Saya akan bawa cik ke Myeongjeong. 211 00:18:16,678 --> 00:18:17,596 Ikut sini. 212 00:18:37,950 --> 00:18:38,826 Silakan. 213 00:18:40,369 --> 00:18:43,038 Saya tentu jemput puan kalau tahu puan dah nak sampai. 214 00:18:43,122 --> 00:18:44,373 Saya minta maaf. 215 00:18:44,456 --> 00:18:45,958 Sebab itu aku tak hubungi kau. 216 00:18:46,041 --> 00:18:49,128 Kau tak perlu jemput. Aku bukan penting pun. 217 00:18:49,878 --> 00:18:52,548 Kau dah buat tugas yang aku suruh itu? 218 00:18:52,631 --> 00:18:53,882 Mestilah. 219 00:18:53,966 --> 00:18:58,220 Saya upah beberapa orang untuk jalankan tugas yang puan arahkan. 220 00:18:58,303 --> 00:19:00,305 Bagus. Syabas. 221 00:19:02,224 --> 00:19:06,228 Lagi ramai orang tahu, lagi bagus. 222 00:19:06,895 --> 00:19:07,980 Silakan. 223 00:19:16,405 --> 00:19:19,616 Saya dah dengar tentang ketua Kumpulan 1, Kim Tae-seon. 224 00:19:19,700 --> 00:19:21,034 Malang betul nasibnya. 225 00:19:21,577 --> 00:19:22,911 Apa yang malangnya? 226 00:19:23,495 --> 00:19:26,456 Dia gagal jalankan tugas dan biar sasarannya hidup. 227 00:19:26,957 --> 00:19:28,792 Dia memang patut mati. 228 00:19:29,293 --> 00:19:32,379 Kalau dah ambil duit, buatlah kerja. Jangan tipu. 229 00:19:32,462 --> 00:19:34,965 Puan tak pernah buat begitu, bukan? 230 00:19:35,048 --> 00:19:37,217 Biar sasaran hidup macam En. Kim. 231 00:19:41,597 --> 00:19:42,848 Tolong sikit. 232 00:19:44,057 --> 00:19:45,642 Jangan mengarutlah. 233 00:19:45,726 --> 00:19:47,477 Aku sentiasa bunuh sasaran. 234 00:19:47,978 --> 00:19:50,397 Aku boleh mati kalau tak bunuh, faham? 235 00:19:51,565 --> 00:19:53,650 Jangan risau. Aku tak pernah gagal. 236 00:19:54,151 --> 00:19:56,987 Jadi, jangan risau tak pasal-pasal 237 00:19:57,487 --> 00:19:58,989 dan ikut saja arahan aku. 238 00:19:59,072 --> 00:20:02,618 Bawa Hwang Sam-deok kepada aku. 239 00:20:02,701 --> 00:20:05,329 Saya memang akan ke Hoeryŏng untuk tugas itu. 240 00:20:05,412 --> 00:20:10,209 Saya akan cakap dengan Hwang Sam-deok dan bawa pulang berita baik, puan. 241 00:20:11,627 --> 00:20:13,629 Saya pergi dulu. Selamat tinggal. 242 00:20:17,049 --> 00:20:18,050 Selamat tinggal. 243 00:20:52,209 --> 00:20:56,129 - Ini lawatan pertama cik ke Myeonjeong? - Ya, ini kali pertama. 244 00:20:56,630 --> 00:20:58,465 Tak sangka ia meriah, 245 00:20:59,549 --> 00:21:00,467 dan aman damai. 246 00:21:00,968 --> 00:21:02,177 Yakah? 247 00:21:02,678 --> 00:21:04,596 Baguslah kalau begitu. 248 00:21:05,097 --> 00:21:09,643 Di Gyeongseong, ramai orang anggap Gando bumi bertuah. 249 00:21:11,061 --> 00:21:15,065 Sekarang, saya rasa mereka mungkin betul. 250 00:21:16,066 --> 00:21:19,486 Dah berapa lama encik tinggal di Myeongjeong? 251 00:21:19,569 --> 00:21:21,571 Lebih kurang sepuluh tahun, cik. 252 00:21:22,406 --> 00:21:23,824 Sepuluh tahun. 253 00:21:24,950 --> 00:21:26,535 Lamanya. 254 00:21:26,618 --> 00:21:28,287 Ya, memang lama. 255 00:21:28,370 --> 00:21:30,956 Saya dah tak sabar nak pulang. 256 00:21:32,374 --> 00:21:35,460 Lantaklah apa jadi dengan Empayar Jepun dan Kesemakmuran Bersama. 257 00:21:36,628 --> 00:21:37,879 Apa aku peduli? 258 00:21:39,214 --> 00:21:40,299 Apa maksud kakak? 259 00:21:40,966 --> 00:21:43,885 - Bagaimana penyamun berkuda tahu? - Entahlah. 260 00:21:44,761 --> 00:21:48,098 "Wang pembinaan Laluan Gando sebanyak 200,000 won akan dihantar." 261 00:21:48,181 --> 00:21:50,684 Setiap penjenayah di kawasan ini tahu. 262 00:21:51,184 --> 00:21:54,604 Siapa yang sebarkannya? Bagaimana semua penyangak tahu? 263 00:21:55,564 --> 00:21:56,565 Tak guna betul. 264 00:22:09,494 --> 00:22:13,248 Cik Nam, ada pasar hari ini. Jadi, kereta tak boleh lalu. 265 00:22:13,832 --> 00:22:16,585 Tak apa. Saya akan jalan kaki. 266 00:22:27,346 --> 00:22:29,765 Itu hotel cik. 267 00:22:30,515 --> 00:22:33,602 - Biar saya bawa beg cik. - Tak apa, itu tak perlu. 268 00:22:33,685 --> 00:22:37,272 Saya akan pergi sendiri sambil merayau keliling pekan. 269 00:22:38,106 --> 00:22:39,274 Betulkah? 270 00:22:40,359 --> 00:22:44,363 Kalau begitu, beritahulah saya kalau cik perlukan apa-apa. 271 00:22:45,447 --> 00:22:46,406 Saya minta diri. 272 00:23:10,305 --> 00:23:12,307 Jadual pengangkutannya masih sama? 273 00:23:12,808 --> 00:23:14,726 Mereka mungkin tukar disebabkan khabar itu. 274 00:23:15,227 --> 00:23:17,896 Penyangak Gando saja yang tahu tentangnya, 275 00:23:17,979 --> 00:23:19,815 jangan risaulah. 276 00:23:19,898 --> 00:23:22,818 Tapi kau sepatutnya risau tentang kita! 277 00:23:22,901 --> 00:23:27,280 Jang Ki-ryong, penyangak, malah semua orang mahukan wang itu. 278 00:23:27,364 --> 00:23:30,075 Bagaimana kita nak elak mereka dan curi wang itu? 279 00:23:30,158 --> 00:23:31,159 Aduhai. 280 00:23:31,243 --> 00:23:34,830 Kalau aku tahu penyebar berita itu, memang siaplah dia. 281 00:23:36,581 --> 00:23:38,583 Kau pasti dia bukan Choraeng-yi? 282 00:23:38,667 --> 00:23:41,837 Aku yakin dialah yang buat. Aku pasti. 283 00:23:41,920 --> 00:23:44,589 Janganlah syak dia. Budak itu baik orangnya. 284 00:23:44,673 --> 00:23:46,800 Dia juga setia, jangan fikir begitu. 285 00:23:46,883 --> 00:23:50,053 Aku tak tuduh dia. Aku kenal Choraeng-yi, tapi… 286 00:23:54,099 --> 00:23:55,016 Yoon. 287 00:23:57,769 --> 00:23:58,603 Yoon. 288 00:24:00,230 --> 00:24:01,815 Hei, janganlah tolak. 289 00:24:06,194 --> 00:24:07,195 Yoon! 290 00:24:07,821 --> 00:24:08,822 Kakak! 291 00:24:09,322 --> 00:24:10,991 Kamu lapar lagi hari ini? 292 00:24:27,299 --> 00:24:29,718 Aku teringat dia setiap kali aku di sini. 293 00:24:32,220 --> 00:24:34,389 Dia orang pertama yang ajar aku segalanya. 294 00:24:40,562 --> 00:24:42,814 Dia orang golongan atasan pertama 295 00:24:44,065 --> 00:24:46,485 yang tanya nama, pegang tangan dan senyum ke arah aku. 296 00:24:53,366 --> 00:24:54,784 Dia juga… 297 00:24:55,911 --> 00:25:00,790 orang pertama yang buat aku gembira dengan hanya memandangnya. 298 00:25:09,508 --> 00:25:11,510 Tapi dia pasti dah lupa aku. 299 00:25:12,427 --> 00:25:13,428 Jadi, 300 00:25:14,763 --> 00:25:16,932 kau rasa pilu juga, ya? 301 00:25:18,183 --> 00:25:19,601 Aku agak menyesal. 302 00:25:20,101 --> 00:25:22,103 Kalau aku tahu aku akan rindukan dia begini… 303 00:25:23,605 --> 00:25:25,524 aku akan lebih kerap melihatnya. 304 00:25:42,541 --> 00:25:45,544 Tapi kalau kita bertembung sekali lagi, 305 00:25:47,254 --> 00:25:48,672 aku akan bunuh kau. 306 00:25:50,799 --> 00:25:52,717 Celaka. Ini memang kau rupanya. 307 00:25:57,889 --> 00:25:59,307 Itu bunyi apa? 308 00:25:59,391 --> 00:26:00,809 Itu bunyi tembakan? 309 00:26:00,892 --> 00:26:02,060 Apa yang berlaku? 310 00:26:04,229 --> 00:26:06,398 Myeongjeong memang berbahaya. 311 00:26:13,738 --> 00:26:14,906 Kenapa kau di sini? 312 00:26:15,907 --> 00:26:17,325 Kenapa aku di sini? 313 00:26:17,826 --> 00:26:20,620 Kau sepatutnya mati lima tahun lepas, tapi kenapa kau di sini? 314 00:27:00,118 --> 00:27:01,286 Celaka. 315 00:27:03,705 --> 00:27:04,623 Ke tepi! 316 00:28:17,612 --> 00:28:18,530 Keluar. 317 00:28:19,197 --> 00:28:20,115 Keluar! 318 00:28:26,371 --> 00:28:27,997 Ini peluang terakhir kau. 319 00:28:53,231 --> 00:28:56,151 Aku takkan tersasar lagi. Jadi, buang pistol dan keluar cepat. 320 00:28:56,234 --> 00:28:58,069 Selesai masalah kita. 321 00:28:58,153 --> 00:29:00,155 Jangan rumitkan keadaan. 322 00:29:01,781 --> 00:29:02,782 Setuju? 323 00:29:02,866 --> 00:29:04,993 Itu cara untuk selesaikan masalah? 324 00:29:08,913 --> 00:29:10,665 Pergilah matilah, setan. 325 00:29:17,505 --> 00:29:18,923 Yoon. Kau tak apa-apa? 326 00:29:20,383 --> 00:29:21,384 Kau siapa? 327 00:29:31,686 --> 00:29:34,522 Hei, bahlul. Kenapa kau tembak adik aku? 328 00:29:34,606 --> 00:29:36,608 Kau berani betul. 329 00:29:36,691 --> 00:29:38,151 Hei, pergi matilah! 330 00:29:39,110 --> 00:29:40,737 Kau dah ada kakak sekarang? 331 00:29:41,780 --> 00:29:44,449 Hebat, padahal dulu kau dah sedia untuk mati. 332 00:29:45,283 --> 00:29:48,620 Kakak tak perlu masuk campur. Nanti lagi teruk jadinya. 333 00:29:48,703 --> 00:29:51,873 Mestilah aku masuk campur kalau bahlul itu tembak kau. 334 00:29:51,956 --> 00:29:54,042 Aku nak tembak dia habis-habisan. 335 00:29:54,125 --> 00:29:55,794 Kau nak mati, ya? 336 00:29:55,877 --> 00:29:59,798 Aduh, mak cik ini tak habis-habis mencarut. 337 00:30:01,132 --> 00:30:01,966 Hei, puan! 338 00:30:02,550 --> 00:30:04,135 - Puan? - Kau tahukah aku siapa? 339 00:30:04,719 --> 00:30:05,929 Mestilah aku tahu! 340 00:30:06,012 --> 00:30:08,890 Kau bahlul bodoh yang tak kenal lawannya. 341 00:30:08,973 --> 00:30:11,392 Sekarang, kau akan mati di tangan aku. 342 00:30:11,476 --> 00:30:12,560 Mengarut betul. 343 00:30:13,603 --> 00:30:17,357 Aduhai, mulut mak cik itu betul-betul buat aku nak bunuh dia. 344 00:30:17,941 --> 00:30:19,275 Kau pasti menyesal… 345 00:30:26,741 --> 00:30:27,659 Tak guna. 346 00:30:34,582 --> 00:30:35,583 Berbaris! 347 00:30:36,084 --> 00:30:37,085 Bersedia. 348 00:30:48,388 --> 00:30:51,057 Sekarang, kamu telah menyebabkan 349 00:30:51,766 --> 00:30:54,894 fizikal dan mental orang lain cedera. 350 00:30:56,104 --> 00:30:58,523 Buang senjata dan serahkan diri sekarang. 351 00:30:59,941 --> 00:31:01,693 Nampaknya kamu berdegil. 352 00:31:02,193 --> 00:31:04,779 Oleh itu, terpaksalah aku jatuhkan hukuman. 353 00:31:07,282 --> 00:31:10,076 Jika mereka tak keluar, tembak pada kiraan tiga. 354 00:31:10,159 --> 00:31:11,077 Faham? 355 00:31:11,160 --> 00:31:12,161 Ya, tuan! 356 00:31:14,664 --> 00:31:15,498 Satu. 357 00:31:17,250 --> 00:31:19,085 - Dua. - Yoon, bagaimana? 358 00:31:20,962 --> 00:31:22,213 Tiga. 359 00:31:23,673 --> 00:31:25,174 Apa kau nak buat? 360 00:31:25,258 --> 00:31:28,136 Kau cuba bunuh aku, sekarang kau juga akan mati. 361 00:31:28,636 --> 00:31:29,512 Empat. 362 00:31:30,013 --> 00:31:31,431 Semua ini salah kau! 363 00:31:32,891 --> 00:31:33,725 Lima. 364 00:31:34,726 --> 00:31:36,144 Baiklah, isi peluru. 365 00:31:38,855 --> 00:31:39,939 Apa kita nak buat? 366 00:31:40,523 --> 00:31:41,566 Enam. 367 00:31:43,651 --> 00:31:45,236 Tinggalkan senjata dan keluar? 368 00:31:46,571 --> 00:31:48,823 Atau mati di sini? 369 00:31:51,409 --> 00:31:52,410 Kau pilihlah. 370 00:31:52,493 --> 00:31:53,494 Tujuh. 371 00:31:54,203 --> 00:31:55,872 Ini belum berakhir. 372 00:31:57,415 --> 00:32:00,501 Aku tetap akan bunuh kau nanti. 373 00:32:01,502 --> 00:32:03,922 Baiklah. Aku akan tunggu. 374 00:32:06,007 --> 00:32:07,342 Walau di mana jua, 375 00:32:08,176 --> 00:32:09,594 aku akan tunggu. 376 00:32:14,182 --> 00:32:15,099 Lapan. 377 00:32:22,607 --> 00:32:23,441 Sembilan. 378 00:32:30,782 --> 00:32:31,616 Sepuluh. 379 00:32:31,699 --> 00:32:32,617 - Baiklah… - Tunggu! 380 00:32:32,700 --> 00:32:33,701 Jangan tembak! 381 00:33:14,158 --> 00:33:16,202 Kau rupanya, Lee Yoon. 382 00:33:25,253 --> 00:33:26,295 Ada orang lagi? 383 00:33:28,089 --> 00:33:29,424 Tidak! 384 00:33:29,507 --> 00:33:31,759 Ya! Ada seorang lagi! 385 00:33:31,843 --> 00:33:33,011 Saya Seon-bok! 386 00:33:33,636 --> 00:33:36,389 Tuan tak perasan saya tadi! 387 00:33:36,472 --> 00:33:37,849 Tuan! 388 00:33:37,932 --> 00:33:42,020 Tuan mungkin perlu pakai cermin mata. Tuan nak saya belikan? 389 00:33:43,855 --> 00:33:45,356 Maaf! 390 00:33:46,816 --> 00:33:48,317 Aduh, sakitnya badan aku. 391 00:33:59,037 --> 00:33:59,871 Hei. 392 00:34:01,581 --> 00:34:03,082 Kenapa kau masih hidup? 393 00:34:04,042 --> 00:34:05,376 Panjang ceritanya. 394 00:34:06,711 --> 00:34:08,379 Aku tak peduli. Ceritalah. 395 00:34:08,463 --> 00:34:10,381 Aku akan mati disebabkan kau. 396 00:34:13,301 --> 00:34:17,472 Organisasi aku akan bunuh sesiapa saja yang gagal jalankan tugas… 397 00:34:20,850 --> 00:34:23,019 Cerita aku panjang juga. 398 00:34:27,106 --> 00:34:31,819 Apa-apa pun, pergilah bersembunyi sebelum aku cari dan bunuh kau. 399 00:34:32,320 --> 00:34:34,906 Jangan merayau-rayau sampai bos aku nampak kau. 400 00:34:40,828 --> 00:34:42,246 - Kau siapa? - Kami… 401 00:34:43,831 --> 00:34:47,919 Kalau kalian tak keberatan, boleh tolong keluar? 402 00:34:48,503 --> 00:34:49,670 Apa halnya? 403 00:34:53,466 --> 00:34:54,467 Boleh! 404 00:34:56,928 --> 00:34:58,012 Itu siapa? 405 00:35:06,020 --> 00:35:08,439 Baik. Terima kasih. 406 00:35:09,774 --> 00:35:11,776 Baiklah. Kami minta diri. 407 00:35:34,674 --> 00:35:36,008 Kaukah lelaki 408 00:35:37,385 --> 00:35:41,389 yang kata 200,000 won akan dihantar untuk pembinaan landasan? 409 00:35:43,099 --> 00:35:45,810 Jeneral aku tanya, 410 00:35:46,310 --> 00:35:50,898 kaukah yang sebarkan khabar tentang wang pembinaan 200,000 won 411 00:35:51,399 --> 00:35:54,402 yang akan dihantar dari Hoeryŏng itu? 412 00:36:05,663 --> 00:36:07,039 Kau ada beritahu polis? 413 00:36:08,166 --> 00:36:11,169 Kau ada beritahu polis di konsulat? 414 00:36:14,422 --> 00:36:15,840 Kau nak beritahu mereka? 415 00:36:15,923 --> 00:36:17,008 Kalau begitu, 416 00:36:17,842 --> 00:36:19,760 kau nak beritahu mereka nanti? 417 00:36:22,430 --> 00:36:23,681 Boleh aku percayakan kau? 418 00:36:23,764 --> 00:36:25,641 Boleh aku percayakan kau? 419 00:36:31,397 --> 00:36:33,232 Aku percayakan niat kau. 420 00:36:34,942 --> 00:36:38,112 Tapi aku tak percayakan mulut kau. 421 00:36:40,281 --> 00:36:43,784 Jeneral aku percayakan niat kau. 422 00:36:45,953 --> 00:36:47,205 Terima kasih! 423 00:36:47,997 --> 00:36:50,833 Terima kasih kerana percayakan aku! 424 00:36:56,714 --> 00:36:58,007 Tapi, 425 00:36:58,507 --> 00:37:03,512 dia tak percayakan mulut kau. 426 00:38:11,038 --> 00:38:11,872 Jeneral. 427 00:38:36,814 --> 00:38:38,024 Kau dengar perbualan tadi? 428 00:38:40,818 --> 00:38:44,071 Lupakan segala yang kau dengar tadi 429 00:38:45,448 --> 00:38:46,949 kalau kau mahu hidup. 430 00:38:54,081 --> 00:38:56,917 Jangan merepeklah dan berambus dari sini. 431 00:38:59,128 --> 00:39:00,963 Kalau tidak, mari lawan aku. 432 00:39:10,723 --> 00:39:11,682 Mari kita pergi. 433 00:39:26,655 --> 00:39:28,240 Mengecewakan, bukan? 434 00:39:29,116 --> 00:39:30,785 Kita nak bolot semuanya, 435 00:39:30,868 --> 00:39:33,204 tapi ramai pula yang menyibuk. 436 00:39:35,956 --> 00:39:36,791 Hei. 437 00:39:38,209 --> 00:39:39,543 Aku harap sangat 438 00:39:40,544 --> 00:39:42,880 kau akan cuba curi duit itu. 439 00:39:44,799 --> 00:39:46,467 Supaya aku boleh bunuh kau. 440 00:39:47,218 --> 00:39:49,345 Boleh aku menyelam sambil minum air. 441 00:39:49,428 --> 00:39:51,889 Pendek kata, dua-dua pun aku dapat. 442 00:39:53,391 --> 00:39:54,225 Bagus, bukan? 443 00:39:56,143 --> 00:39:57,895 Tuan mahu mereka dibebaskan? 444 00:39:58,979 --> 00:40:00,648 Kita tak boleh buat begitu. 445 00:40:01,524 --> 00:40:06,112 Jadi, awak mahu mereka dihukum di depan orang ramai? 446 00:40:07,238 --> 00:40:08,656 Ya, boleh juga. 447 00:40:09,198 --> 00:40:11,867 Tenteram sikit kampung ini. 448 00:40:11,951 --> 00:40:15,579 Kalau kita bunuh seorang warga Joseon dalam keadaan sekarang, 449 00:40:16,247 --> 00:40:18,165 pasti akan muncul sepuluh… 450 00:40:18,666 --> 00:40:21,794 tidak, seratus pemberontak baru, dan jika itu berlaku, 451 00:40:22,461 --> 00:40:25,131 makin bertambahlah kerja kita. 452 00:40:25,714 --> 00:40:30,219 Penguasa Ōoka. Apa kata kita pilih jalan mudah? 453 00:40:30,302 --> 00:40:31,137 Tuan, 454 00:40:31,929 --> 00:40:33,347 tugas saya bagaimana? 455 00:40:34,056 --> 00:40:36,225 Apa akan jadi dengannya? 456 00:40:36,851 --> 00:40:40,604 "Menenteramkan Myeongjeong dan kawasan Gando Utara, 457 00:40:40,688 --> 00:40:43,607 yang merupakan lokasi Konsulat Jepun. 458 00:40:43,691 --> 00:40:45,776 Itu tugas awak! 459 00:40:46,610 --> 00:40:50,948 Jika awak jalankan tugas dengan baik, dua tahun lagi awak boleh pulang." 460 00:40:51,782 --> 00:40:54,368 Bukan itukah yang tuan janjikan? 461 00:40:55,202 --> 00:40:56,787 Sepuluh tahun lepas. 462 00:40:58,122 --> 00:41:01,125 Kita boleh ikut cadangan awak, tapi bukan kali ini. 463 00:41:01,208 --> 00:41:02,376 Bebaskan mereka. 464 00:41:02,460 --> 00:41:03,794 Ini satu arahan. 465 00:41:15,347 --> 00:41:16,182 Tidak. 466 00:41:16,849 --> 00:41:17,683 Tuan! 467 00:41:19,935 --> 00:41:22,938 Arahan ini demi negara kita. Ikut sajalah! 468 00:41:23,522 --> 00:41:26,692 Kenapa awak merungut banyak sangat? 469 00:41:27,985 --> 00:41:29,904 Tak bolehkah awak ikut arahan? 470 00:41:32,698 --> 00:41:34,950 Tuan beri arahan ini demi negara? 471 00:41:35,534 --> 00:41:38,662 Empayar Jepun. Lingkungan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya. 472 00:41:38,746 --> 00:41:40,247 Itukah maksud tuan? 473 00:41:42,583 --> 00:41:47,755 Saya dah kerja lebih sepuluh tahun di ceruk ini disebabkan gagasan itu, 474 00:41:47,838 --> 00:41:50,341 jadi ini nasihat saya. 475 00:41:52,426 --> 00:41:56,430 Tuan boleh bakul sampahkan ideologi mengarut itu! 476 00:41:57,431 --> 00:41:58,474 Saya pergi dulu! 477 00:42:00,100 --> 00:42:01,185 Apa? 478 00:42:01,685 --> 00:42:03,854 Bakul sampahkan ideologi mengarut? 479 00:42:04,438 --> 00:42:06,440 Apa awak kata? Pengkhianat negara! 480 00:42:39,848 --> 00:42:40,683 Hei. 481 00:42:50,234 --> 00:42:51,860 Kau datang untuk duit itu? 482 00:42:52,945 --> 00:42:57,741 Kau datang untuk wang pembinaan landasan bernilai 200,000 won itu? 483 00:42:59,326 --> 00:43:00,995 Habis? Untuk apa lagi? 484 00:43:02,580 --> 00:43:04,248 Pekan mati ini bukannya ada apa-apa. 485 00:43:06,792 --> 00:43:09,295 Janganlah takut dan tukar rancangan pula. 486 00:43:09,378 --> 00:43:12,798 Kita perlu jumpa pada hari itu dan selesaikan urusan kita. 487 00:43:14,425 --> 00:43:16,093 Jangan buang masa lagi. 488 00:43:16,594 --> 00:43:19,013 Jangan tamak sangat dan baliklah ke Gyeongseong. 489 00:43:20,222 --> 00:43:21,932 Kau tentu tak nak mati. 490 00:43:22,016 --> 00:43:22,933 Kelakarnya. 491 00:43:24,101 --> 00:43:25,769 Kau pandai juga buat lawak. 492 00:43:25,853 --> 00:43:28,272 Kau siapa? Nak mengarah aku konon. 493 00:43:28,355 --> 00:43:30,107 Kau lagi pandai buat lawak. 494 00:43:30,190 --> 00:43:32,610 Tak hormat orang tua padahal umur baru setahun jagung. 495 00:43:32,693 --> 00:43:34,945 Bahlul kolot ini tak berpelajaran. 496 00:43:35,029 --> 00:43:36,322 Puan. 497 00:43:36,905 --> 00:43:39,033 Boleh jangan panggil aku bahlul? 498 00:43:39,575 --> 00:43:41,619 Aku ada nama. Nama aku Eon-nyeoni! 499 00:43:41,702 --> 00:43:44,538 Suka hati kaulah. Bahlul memang takkan pandai. 500 00:43:44,622 --> 00:43:47,625 Teringinnya aku cabai mulut busuk kau… 501 00:43:52,838 --> 00:43:54,465 Kalau kau nak teruskan rancangan, 502 00:43:54,548 --> 00:43:57,051 kau kena lawan kami dan semua lelaki tadi. 503 00:43:57,134 --> 00:43:58,260 Nyawa kau akan terancam. 504 00:43:58,344 --> 00:44:00,888 Kau ambil berat tentang aku atau ancam aku? 505 00:44:01,430 --> 00:44:03,599 Atau kau ancam dengan pura-pura ambil berat? 506 00:44:03,682 --> 00:44:05,684 Kau yang kata kau akan bunuh aku. 507 00:44:06,352 --> 00:44:08,354 Kalau begitu, jangan mati dulu. 508 00:44:08,437 --> 00:44:11,774 Hidup mati aku bukan urusan kau. 509 00:44:12,816 --> 00:44:14,735 Risaukan saja nyawa kau. 510 00:44:15,361 --> 00:44:17,112 Kerana nyawa kau terancam. 511 00:44:17,613 --> 00:44:19,198 Jadi, kau enggan mengalah? 512 00:44:19,782 --> 00:44:22,451 - Kau pula? - Nampaknya kita tiada pilihan. 513 00:44:23,494 --> 00:44:25,412 Kita perlu selesaikannya dengan cara kita. 514 00:44:26,747 --> 00:44:27,665 Baiklah. 515 00:44:28,415 --> 00:44:30,417 Mari kita lakukannya. 516 00:44:32,252 --> 00:44:34,755 Tapi entah apa cara kau pun aku tak pasti. 517 00:48:00,377 --> 00:48:04,214 SEMUA ORANG, LOKASI, ORGANISASI, TERMA, ACARA DAN EPISOD 518 00:48:04,298 --> 00:48:07,134 YANG DISEBUT ATAU DIGAMBARKAN HANYA REKAAN 519 00:48:07,217 --> 00:48:10,053 SEBARANG PERSAMAAN HANYA SEKADAR KEBETULAN. 520 00:48:26,737 --> 00:48:29,656 Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati