1 00:00:41,041 --> 00:00:42,042 Kamu siapa? 2 00:01:02,395 --> 00:01:03,897 Nama kamu Eon-nyeoni? 3 00:01:05,732 --> 00:01:06,566 Ya. 4 00:01:08,026 --> 00:01:11,196 Kamu bertembung dengan penyamun di Sungai Duman? 5 00:01:14,157 --> 00:01:17,410 Di sanakah keluarga kamu dibunuh? 6 00:01:19,996 --> 00:01:21,331 Kamu selamat, 7 00:01:22,499 --> 00:01:25,460 tapi ibu bapa dan adik-beradik kamu dibunuh. 8 00:01:26,211 --> 00:01:27,879 Sebab itu kamu susah hati? 9 00:01:31,091 --> 00:01:32,258 Jawab, nak. 10 00:01:33,051 --> 00:01:35,637 Kamu tak ada mulutkah? Jangan kurang ajar. 11 00:01:44,437 --> 00:01:45,688 Saya… 12 00:01:47,107 --> 00:01:49,776 Saya tak ada banyak keperluan. 13 00:01:52,695 --> 00:01:54,697 Benarkan saya menumpang beberapa hari. 14 00:01:57,200 --> 00:02:00,954 Apabila semangat saya pulih sikit, saya akan pergi dari sini… 15 00:02:01,037 --> 00:02:03,206 Sudahlah. Kamu cakap saja. 16 00:02:03,957 --> 00:02:07,377 Kamu tak nampak bodoh. Jangan mengarutlah. 17 00:02:17,220 --> 00:02:18,388 Mari, ikut aku. 18 00:02:48,168 --> 00:02:51,337 Kesusahan yang kamu hadapi 19 00:02:52,422 --> 00:02:53,756 bukan salah kamu. 20 00:02:56,342 --> 00:02:57,677 Ia salah… 21 00:02:59,596 --> 00:03:01,097 Kami semua. 22 00:03:02,682 --> 00:03:05,268 Kamilah punca kehancuran Joseon 23 00:03:06,603 --> 00:03:08,855 dan kamilah yang biar ia dirampas. 24 00:03:11,274 --> 00:03:14,027 Di dunia ini, kita hanya kaya jika patuh kepada Jepun… 25 00:03:16,112 --> 00:03:19,282 dan mengkhianati rakan senegara. 26 00:03:20,533 --> 00:03:22,702 Kamilah yang jadikan dunia begini. 27 00:03:24,787 --> 00:03:27,207 Sebab itulah aku selalu rasa bersalah. 28 00:03:28,333 --> 00:03:30,710 Bersalah kerana menjadikan dunia begini, 29 00:03:32,462 --> 00:03:34,797 memaksa kamu hidup di dunia… 30 00:03:37,550 --> 00:03:39,802 dan menyebabkan kamu terpaksa 31 00:03:40,720 --> 00:03:41,971 menentang mereka. 32 00:03:48,394 --> 00:03:52,398 Aku tak percaya langsung kamu akan pergi. 33 00:03:52,482 --> 00:03:53,900 Tinggal sajalah di sini. 34 00:03:54,776 --> 00:03:57,111 Setidak-tidaknya kamu dapat bersama orang senegara. 35 00:03:58,404 --> 00:04:00,740 - Memandangkan kita dah tiada negara. - Encik. 36 00:04:03,451 --> 00:04:04,953 Kamu panggil aku "encik"? 37 00:04:07,038 --> 00:04:09,874 Kita saja yang tinggal selepas keluarga kita dibunuh. 38 00:04:14,879 --> 00:04:17,131 Jadi, panggillah aku "ayah" mulai sekarang. 39 00:04:18,925 --> 00:04:21,594 Bergantunglah pada aku seumur hidup kamu. 40 00:04:23,304 --> 00:04:24,889 Aku akan anggap kamu anak 41 00:04:25,932 --> 00:04:27,684 dan bergantung pada kamu. 42 00:04:40,280 --> 00:04:43,616 Makanlah sampai kenyang. 43 00:04:44,951 --> 00:04:46,703 Tiada sesiapa akan marah. 44 00:06:12,038 --> 00:06:15,416 SONG OF THE BANDITS 45 00:06:20,088 --> 00:06:23,758 Dia ke sini untuk makan? Kenapa dia gelojoh sangat? 46 00:06:23,841 --> 00:06:25,385 Aku tak peduli pun. 47 00:06:25,885 --> 00:06:26,969 Percayalah. 48 00:06:27,053 --> 00:06:30,390 Kalau dia cuba buat benda jahat, aku akan belasah dia. 49 00:06:33,976 --> 00:06:35,812 Lega rasanya sekarang. 50 00:06:36,771 --> 00:06:40,274 Aduhai, sedapnya. Padahal aku bukan suka kentang pun. 51 00:06:40,983 --> 00:06:44,612 Dah kerja kau merompak saja, patutlah kau kebuluran. 52 00:06:44,695 --> 00:06:46,781 Kau dah kenyang, jadi cakaplah cepat. 53 00:06:46,864 --> 00:06:47,865 Kenapa kau di sini? 54 00:06:48,783 --> 00:06:50,118 Aku bukan cari kau. 55 00:06:55,415 --> 00:06:56,749 Aku cari Lee Yoon. 56 00:06:58,209 --> 00:06:59,961 Kau tak perlu masuk campur. 57 00:07:00,461 --> 00:07:01,879 Yoon tiada di sini. 58 00:07:01,963 --> 00:07:04,966 Memandangkan kau berseorangan, kau tentu dah hilang semuanya. 59 00:07:05,049 --> 00:07:06,843 Wang dan gadis itu. 60 00:07:08,928 --> 00:07:11,848 Kau memang perasan semuanya! 61 00:07:16,102 --> 00:07:18,688 Betul tekaan kau. Poket aku dah kering. 62 00:07:19,730 --> 00:07:23,401 Tapi kalau aku tak jumpa Lee Yoon, aku akan mati. 63 00:07:23,484 --> 00:07:25,236 Betul-betul mati, faham? 64 00:07:26,195 --> 00:07:27,613 Jadi, En. Choong-soo, 65 00:07:28,364 --> 00:07:30,032 boleh aku menumpang sampai… 66 00:07:30,116 --> 00:07:31,451 Tak boleh. 67 00:07:32,368 --> 00:07:34,787 Nanti kau akan cuba bunuh dia lagi. 68 00:07:35,830 --> 00:07:38,207 Amboi, beraninya dia. 69 00:07:40,543 --> 00:07:42,211 Kenapa kau menyebelahi dia? 70 00:07:43,880 --> 00:07:45,381 Kalian tentu dah kamceng. 71 00:07:45,465 --> 00:07:47,300 Aku anggap dia keluarga aku. 72 00:07:48,050 --> 00:07:49,385 Seperti aku dengan kau dulu. 73 00:07:56,934 --> 00:07:57,852 En. Choong-soo, 74 00:07:57,935 --> 00:08:01,939 kau tak patut anggap Lee Yoon sebagai keluarga. 75 00:08:02,023 --> 00:08:04,775 Nampaknya dia tak berterus terang dengan kau. 76 00:08:04,859 --> 00:08:07,111 Kau tahu apa dia buat kepada kau dulu? Dia… 77 00:08:10,573 --> 00:08:11,491 Lantaklah. 78 00:08:12,116 --> 00:08:14,118 Aku tak ada masa untuk ini. 79 00:08:14,202 --> 00:08:15,786 Biar aku fokus pada kerja. 80 00:08:16,496 --> 00:08:18,164 Aku perlu bunuh Lee Yoon. 81 00:08:19,582 --> 00:08:21,667 Bukannya aku nak bunuh pun, 82 00:08:22,376 --> 00:08:25,213 tapi kalau aku tak buat, habislah aku. 83 00:08:25,296 --> 00:08:28,758 Teruk nasib kau kalau kau buru Yoon. 84 00:08:28,841 --> 00:08:30,968 Aku memang dah tahu. 85 00:08:31,052 --> 00:08:33,804 Apalah sangat orang tua dan budak-budak mentah ini buat? 86 00:08:35,264 --> 00:08:37,433 Tiada apa-apa. 87 00:08:37,517 --> 00:08:39,519 Jangan lancang sangat dan berambuslah. 88 00:08:40,102 --> 00:08:41,771 Lebih baik begitu. 89 00:08:45,566 --> 00:08:47,652 Aku tak mahu cederakan kau. 90 00:08:51,864 --> 00:08:53,366 Mengarut betul. 91 00:08:55,201 --> 00:08:56,118 Hei. 92 00:08:57,745 --> 00:08:59,705 Berani kau cakap begitu? 93 00:08:59,789 --> 00:09:01,040 Cukup. 94 00:09:01,123 --> 00:09:03,626 Kenapa pula? Dia yang biadab. 95 00:09:03,709 --> 00:09:06,712 Duduk diam-diam kalau tak mahu kena tembak. 96 00:09:06,796 --> 00:09:08,923 Apa? Mana pistolnya? 97 00:09:10,174 --> 00:09:11,050 Apa? 98 00:09:11,133 --> 00:09:12,843 Tengok bawah mejalah, bodoh. 99 00:09:19,850 --> 00:09:24,313 Jika kau tak mahu badan kau berlubang, duduk semula di tempat tadi. 100 00:09:27,650 --> 00:09:31,153 Biar aku teruskan. Kenapa Lee Yoon cuba bunuh pelanggan aku? 101 00:09:32,363 --> 00:09:33,614 Kaukah dalangnya? 102 00:09:39,787 --> 00:09:41,539 Betul tak tekaan aku? 103 00:09:42,748 --> 00:09:45,084 Bermakna kau bukannya mahukan wang itu. 104 00:09:49,088 --> 00:09:51,424 Adakah kerana kerjanya? 105 00:09:52,341 --> 00:09:54,427 Kerana Laluan Gando itu? 106 00:09:55,678 --> 00:09:59,682 Jika landasan itu dibina, hidup orang Joseon akan terjejas. 107 00:10:00,433 --> 00:10:02,018 Kita patut halang mereka, bukan? 108 00:10:05,479 --> 00:10:08,566 Jadi, kau tak mahu hidup orang Joseon terjejas. 109 00:10:08,649 --> 00:10:10,443 Tapi Lee Yoon tak sependapat. 110 00:10:15,072 --> 00:10:16,741 Kenapa kamu semua terkejut? 111 00:10:16,824 --> 00:10:19,327 Kamu tak tahukah? Lee Yoon biar dia hidup. 112 00:10:23,372 --> 00:10:26,208 Pada saat itu, aku ingat semuanya akan berakhir. 113 00:10:26,876 --> 00:10:29,170 Memandangkan jarak antara mereka dan masa yang ada, 114 00:10:30,129 --> 00:10:32,548 Lee Yoon boleh tembak dia empat lima kali. 115 00:10:33,549 --> 00:10:34,467 Tapi… 116 00:10:35,384 --> 00:10:36,552 dia tak tembak. 117 00:10:37,970 --> 00:10:39,722 Jadi, En. Choong-soo, 118 00:10:39,805 --> 00:10:42,391 kalau kau nak bunuh Nam Hee-Shin, 119 00:10:42,475 --> 00:10:46,187 demi keselamatan dan kesejahteraan Taepyeong-dong, 120 00:10:46,270 --> 00:10:49,357 jangan percayakan Lee Yoon dan buat semuanya sendiri. 121 00:10:51,233 --> 00:10:53,069 Lee Yoon tak mampu bunuh dia. 122 00:10:56,155 --> 00:10:57,740 Hei, cermin mata. 123 00:10:59,116 --> 00:11:00,701 Kau pun nampak, bukan? 124 00:11:02,411 --> 00:11:03,746 Kau, yang nampak bengap itu. 125 00:11:04,413 --> 00:11:07,124 - Kau pun nampak, bukan? - Tak pun. 126 00:11:10,044 --> 00:11:11,712 Hei, muka pecah rumah. 127 00:11:11,796 --> 00:11:12,713 Aku… 128 00:11:12,797 --> 00:11:14,465 Ya, aku maksudkan kau. 129 00:11:15,132 --> 00:11:17,301 Cakaplah. Kau pun nampak. 130 00:11:24,100 --> 00:11:27,186 Kenapa, lidah tak ada? Sebab itukah kau pandang… 131 00:11:28,145 --> 00:11:29,814 Betina tak guna! 132 00:11:29,897 --> 00:11:31,982 Mari sini. Biar aku cabut… 133 00:11:34,402 --> 00:11:35,403 Cukup! 134 00:11:37,446 --> 00:11:38,531 Tunjukkan tangan. 135 00:11:41,909 --> 00:11:42,952 Buat sekarang! 136 00:11:48,040 --> 00:11:49,542 Kapak? 137 00:11:49,625 --> 00:11:51,419 Kau hidup zaman batu, ya? 138 00:11:52,795 --> 00:11:53,963 Letak di situ. 139 00:11:57,091 --> 00:11:58,092 Letakkan pistol kau. 140 00:11:58,884 --> 00:12:01,971 Rasanya kita dah bincang segala yang perlu. 141 00:12:02,930 --> 00:12:06,475 Lupakan Yoon, dan pulanglah ke Hanseong sekarang. 142 00:12:07,059 --> 00:12:09,228 Demi kebaikan kau, Eon-nyeoni. 143 00:12:12,481 --> 00:12:14,150 Aku boleh jaga diri sendiri. 144 00:12:15,901 --> 00:12:17,403 Jangan menyibuklah. 145 00:12:18,237 --> 00:12:20,823 Aku pun dah terjebak terlalu jauh. 146 00:12:22,825 --> 00:12:26,328 Jadi, aku cadangkan kau cari Lee Yoon secepat mungkin. 147 00:12:27,997 --> 00:12:29,790 Dia mungkin dah lari dengan wanita itu. 148 00:13:26,972 --> 00:13:28,057 Kita muda ketika itu. 149 00:13:29,725 --> 00:13:30,810 Aku… 150 00:13:32,311 --> 00:13:33,395 dan Hee-shin. 151 00:14:00,005 --> 00:14:03,676 Kami dah jumpa lokasi pembawa wang pejuang kemerdekaan itu. 152 00:14:03,759 --> 00:14:05,845 Apa? Bagaimana? 153 00:14:06,720 --> 00:14:11,392 Beberapa hari lepas, beberapa askar Joseon yang jadi tentera Kwantung membolos. 154 00:14:11,475 --> 00:14:15,980 Mereka ditemui mati di stesen kereta api di Jeongwoljin. 155 00:14:16,063 --> 00:14:20,442 Tapi sebelum mereka membolos, 156 00:14:20,526 --> 00:14:23,988 mereka tinggalkan pesanan ini untuk pegawai Joseon… 157 00:14:25,114 --> 00:14:27,157 Meleretnya cerita kau. 158 00:14:27,700 --> 00:14:30,077 Nak aku tertidur sebelum kau sampai bahagian penting? 159 00:14:30,744 --> 00:14:31,954 Maaf. Ini ceritanya. 160 00:14:32,538 --> 00:14:35,791 "Wang sebanyak 200,000 won akan tiba ke Changchun pada 5 September. 161 00:14:35,875 --> 00:14:38,627 Ini Rancangan A. Kita juga tahu Rancangan B. 162 00:14:39,128 --> 00:14:43,132 Stesen Kereta Api Jeongwoljin sepuluh ri di tenggara Changchun. 163 00:14:43,215 --> 00:14:46,093 Kita ambil duit dengan berpura-pura jadi pejuang kemerdekaan." 164 00:14:46,719 --> 00:14:50,139 Mereka juga kata begitu kepada pegawai Joseon mereka 165 00:14:50,222 --> 00:14:51,640 sebelum mereka membolos. 166 00:14:52,391 --> 00:14:53,893 Jadi, maksud kau, 167 00:14:55,060 --> 00:14:58,731 pembolos itu dibunuh pembawa wang yang kita cari itu 168 00:14:59,607 --> 00:15:02,693 dan kumpulan pembawa wang itu kini berdekatan Jeongwoljin. 169 00:15:03,861 --> 00:15:04,778 Ya, tuan. 170 00:15:05,487 --> 00:15:08,490 Suruh semua orang bersedia untuk ke Jeongwoljin. 171 00:15:53,118 --> 00:15:54,453 Cik dah bangun. 172 00:15:55,162 --> 00:15:56,413 Bagaimana keadaan cik? 173 00:15:56,497 --> 00:15:57,998 Kita di mana? 174 00:16:00,292 --> 00:16:03,963 Gwangmyeong, kampung orang Daur. Ini petempatan baru. 175 00:16:06,131 --> 00:16:08,050 Mereka banyak membantu kita. 176 00:16:09,176 --> 00:16:12,096 Dah berapa lama aku di sini? 177 00:16:14,306 --> 00:16:15,808 Tiga hari. 178 00:16:23,107 --> 00:16:24,858 Cik nak ke mana? 179 00:16:24,942 --> 00:16:26,944 Tiga hari dah terbuang. Masa dah suntuk. 180 00:16:27,027 --> 00:16:30,531 - Cik belum pulih. Berehatlah dulu. - Aku tak apa-apa. 181 00:16:32,741 --> 00:16:33,742 Cik. 182 00:16:34,994 --> 00:16:35,995 Lepaskan aku. 183 00:16:36,996 --> 00:16:39,832 Aku perlu cari cara lain untuk hantar wang itu. 184 00:16:42,459 --> 00:16:45,754 Biar aku uruskan. Cik berehatlah dulu. 185 00:16:46,338 --> 00:16:48,424 Tidak, aku boleh jaga diri. 186 00:16:48,924 --> 00:16:51,510 Jangan menyibuk lagi mulai sekarang. 187 00:17:33,427 --> 00:17:34,428 En. Choi! 188 00:17:36,805 --> 00:17:38,223 Kami dah jumpa Yoon! 189 00:17:39,475 --> 00:17:40,976 Cari dia cepat. 190 00:17:42,811 --> 00:17:44,772 Bawa aku berjumpa Lee Yoon. 191 00:17:44,855 --> 00:17:48,358 Ada kampung orang Daur 100 ri di tenggara Jilin, 192 00:17:48,442 --> 00:17:49,610 dan dia di sana. 193 00:17:49,693 --> 00:17:50,694 Wanita itu pula? 194 00:17:51,195 --> 00:17:52,613 Dia bersama Yoon. 195 00:17:53,530 --> 00:17:55,365 San-gun nampak sendiri. 196 00:17:55,449 --> 00:17:58,952 Dia nak bersemuka dan marah Yoon, 197 00:17:59,036 --> 00:18:02,081 tapi dia tukar fikiran disebabkan kata-kata encik. 198 00:18:02,164 --> 00:18:03,415 Apa-apa pun, 199 00:18:03,499 --> 00:18:07,669 San-gun dan budak-budak lain ada di sana supaya mereka tak boleh lari… 200 00:18:07,753 --> 00:18:11,507 Itu bukan masalahnya. Masalahnya ialah bala yang menanti. 201 00:18:12,007 --> 00:18:14,968 Kau rasa bos akan benarkan kita bunuh wanita itu? 202 00:18:15,552 --> 00:18:18,222 Bagaimana kalau kita terpaksa? 203 00:18:21,725 --> 00:18:22,935 Tunjukkan tempatnya. 204 00:18:25,562 --> 00:18:29,066 Aku rasa mereka berdua pun tak sangka semuanya jadi begini. 205 00:18:40,536 --> 00:18:41,954 Apa hal? 206 00:18:52,339 --> 00:18:54,591 Selamat hari jadi. 207 00:18:54,675 --> 00:18:57,636 Selamat hari jadi. 208 00:18:57,719 --> 00:18:59,596 Semoga panjang umur. 209 00:18:59,680 --> 00:19:01,932 Semoga panjang umur. 210 00:19:12,985 --> 00:19:13,986 Maafkan aku. 211 00:19:15,362 --> 00:19:18,615 Aku bingung dengan segala yang berlaku… 212 00:19:20,409 --> 00:19:22,578 dan gagal kawal perasaan. 213 00:19:27,332 --> 00:19:32,337 Aku minta maaf kerana mementingkan diri sendiri. 214 00:19:34,339 --> 00:19:35,757 Tak apa. 215 00:19:36,633 --> 00:19:37,968 Aku tak kisah pun. 216 00:19:39,011 --> 00:19:40,804 Tapi tergamak aku buat begitu? 217 00:19:42,514 --> 00:19:46,018 Biadab terhadap orang yang selamatkan aku. 218 00:19:49,104 --> 00:19:52,858 Mereka kata kau jaga aku siang malam selama tiga hari. 219 00:19:58,113 --> 00:20:02,284 Siapa yang kata begitu? 220 00:20:04,703 --> 00:20:06,872 Ketua kampung. Yang itu. 221 00:20:11,210 --> 00:20:15,130 Aku rasa macam aku ambil kesempatan atas kemurahan hati mereka dan… 222 00:20:16,131 --> 00:20:19,551 Aku tak boleh tidur dan tak penat sepanjang tiga hari itu. 223 00:20:20,385 --> 00:20:22,221 Aku perlu buat sesuatu dan… 224 00:20:23,472 --> 00:20:27,476 Bukannya kerana… Aku bukannya bimbangkan keadaan cik. 225 00:20:30,812 --> 00:20:32,147 Tapi… 226 00:20:33,732 --> 00:20:37,069 ada sesuatu yang aku dah lama nak tanya kau. 227 00:20:37,152 --> 00:20:37,986 Rasanya… 228 00:20:38,904 --> 00:20:40,656 Boleh jangan lagi 229 00:20:41,823 --> 00:20:43,492 panggil aku "cik"? 230 00:20:45,410 --> 00:20:48,413 Jangan panggil lagi mulai sekarang. 231 00:20:50,040 --> 00:20:52,209 Panggil saja "Hee-shin". 232 00:20:53,835 --> 00:20:56,255 Jadi, boleh kau cuba sekarang? 233 00:20:58,924 --> 00:21:00,092 Aku? 234 00:21:00,759 --> 00:21:01,593 Ya. 235 00:21:04,096 --> 00:21:05,180 Di sini? 236 00:21:05,847 --> 00:21:06,848 Buatlah. 237 00:21:20,153 --> 00:21:23,282 Aku tak boleh buat sekarang. Kalau cik beri aku masa… 238 00:21:23,949 --> 00:21:25,200 Berapa lama? 239 00:21:28,120 --> 00:21:28,954 Mungkin… 240 00:21:30,914 --> 00:21:31,832 Entahlah. 241 00:21:37,129 --> 00:21:38,297 Kau patut kerap senyum. 242 00:21:38,797 --> 00:21:41,300 Lagi manis daripada muka berkerut. 243 00:21:55,355 --> 00:21:56,356 Oh ya, 244 00:21:57,983 --> 00:22:01,987 kalau kau rasa nak beritahu aku nama kau, 245 00:22:02,654 --> 00:22:04,573 cakap sajalah. 246 00:22:07,659 --> 00:22:12,205 Bolehlah kau panggil aku dengan nama aku dan sebaliknya. 247 00:22:41,109 --> 00:22:43,278 Aduh, dia menyibuk betullah. 248 00:22:43,362 --> 00:22:44,529 Apa yang berlaku? 249 00:22:46,239 --> 00:22:47,240 Kita lari dulu. 250 00:22:59,711 --> 00:23:01,630 - Apa kau buat? - Choraeng-yi. 251 00:23:06,551 --> 00:23:07,552 Mari. 252 00:23:09,429 --> 00:23:10,430 Tak guna! 253 00:23:43,088 --> 00:23:45,757 Ketap gigi bos. 254 00:23:47,843 --> 00:23:49,761 Geumsu, berhenti. Dia… 255 00:23:49,845 --> 00:23:51,430 Diamlah! 256 00:24:18,707 --> 00:24:22,210 Ke tepi. Kami mahu ubah takdir kau. 257 00:24:23,503 --> 00:24:24,671 Kau salah faham. 258 00:24:24,754 --> 00:24:25,964 Ke tepilah, bodoh! 259 00:24:26,047 --> 00:24:29,050 Hei, pak cik buat apa? Janganlah buat macam ini. 260 00:24:29,759 --> 00:24:31,344 Kita boleh bawa dia… 261 00:24:31,428 --> 00:24:32,721 Geumsu! Cukup! 262 00:24:41,396 --> 00:24:43,231 Cepatlah, alihkan kepala. 263 00:24:44,399 --> 00:24:46,067 Kita semua dah salah faham. 264 00:24:46,568 --> 00:24:49,488 Dia juga ahli tentera kemerdekaan. 265 00:24:50,363 --> 00:24:52,449 Dia menyamar sebagai pegawai kerajaan 266 00:24:52,532 --> 00:24:55,076 untuk hantar wang kepada Tentera Laluan Utara. 267 00:24:56,161 --> 00:24:57,412 Kau percaya cakapnya? 268 00:24:58,163 --> 00:25:01,917 Kita dah bunuh ramai orang yang kata mereka pejuang kemerdekaan. 269 00:25:02,000 --> 00:25:04,294 - Dia tipu supaya tak mati… - En. Choi! 270 00:25:05,170 --> 00:25:07,297 Bertenang dan percayalah cakap saya. 271 00:25:07,797 --> 00:25:09,257 Dia pejuang kemerdekaan. 272 00:25:10,008 --> 00:25:14,513 Kita perlu pastikan mereka berjaya supaya penduduk di sini selamat. 273 00:25:14,596 --> 00:25:17,682 Kau mungkin kata begitu kerana kau dah jatuh hati 274 00:25:18,683 --> 00:25:19,768 dengannya! 275 00:25:19,851 --> 00:25:20,852 Bukan… 276 00:25:22,270 --> 00:25:23,355 Bukan begitu. 277 00:25:41,164 --> 00:25:43,583 Alamak. Tentera Jepun datang. 278 00:25:44,918 --> 00:25:47,671 Cheon-man. Pergi ambil pistol aku. 279 00:25:50,882 --> 00:25:51,967 Celaka. 280 00:25:52,551 --> 00:25:54,344 Nanti aku terangkan. 281 00:26:06,648 --> 00:26:09,484 Jangan keluar sampai aku kembali, faham? 282 00:26:14,155 --> 00:26:15,907 Hati-hati. 283 00:26:53,278 --> 00:26:56,865 Ada pegawai Jepun akan menyertai Divisi Perintah ke-19. 284 00:26:57,616 --> 00:27:00,160 Orang kata dia panas baran dan jahat. 285 00:27:01,202 --> 00:27:02,120 Dia kejam. 286 00:27:02,996 --> 00:27:03,913 Keji. 287 00:27:04,956 --> 00:27:05,874 Ganas! 288 00:27:07,334 --> 00:27:08,752 Apabila dia tiba nanti, 289 00:27:09,961 --> 00:27:11,796 semua penduduk Joseon di sini… 290 00:27:13,798 --> 00:27:15,050 akan mati. 291 00:27:15,133 --> 00:27:17,677 Aku Mejar Shohei Miura daripada Rejimen Infantri ke-37, 292 00:27:18,261 --> 00:27:22,265 Divisi Perintah ke-19 Empayar Besar Jepun. 293 00:27:23,808 --> 00:27:26,144 Aku nak tahan seorang penghasut Joseon. 294 00:27:27,145 --> 00:27:28,146 Oleh itu, 295 00:27:29,064 --> 00:27:30,607 aku mahu kamu bekerjasama… 296 00:27:33,735 --> 00:27:34,653 Lee Yoon? 297 00:27:35,403 --> 00:27:37,030 Kenapa bangsat ini di sini? 298 00:27:37,113 --> 00:27:38,615 Kau kenal malaun itu? 299 00:27:41,159 --> 00:27:42,410 Dia siapa, tuan? 300 00:27:44,746 --> 00:27:45,747 Orang biasa saja. 301 00:27:47,999 --> 00:27:49,167 Dulu dia hamba aku. 302 00:28:03,765 --> 00:28:06,101 Kenapa kau masih sama? 303 00:28:15,193 --> 00:28:19,197 Nampaknya takdir dah menemukan kita. Apa kata kita berbual-bual dulu? 304 00:28:23,076 --> 00:28:26,079 Pelanggan aku nak aku beritahu kau sesuatu. 305 00:28:26,162 --> 00:28:27,330 "Anjing mati 306 00:28:28,623 --> 00:28:30,625 apabila meninggalkan kediamannya." 307 00:28:31,876 --> 00:28:33,211 Banyak yang perlu dibualkan. 308 00:28:36,715 --> 00:28:38,800 Tengoklah mata kau. 309 00:28:38,883 --> 00:28:40,218 Ia masih sama. 310 00:28:42,971 --> 00:28:44,222 Nak berbual di mana? 311 00:28:45,724 --> 00:28:47,892 Tempat itu nampak menarik. 312 00:29:04,576 --> 00:29:07,162 Senjata tak perlu, bukan? Kita berbual saja. 313 00:29:23,011 --> 00:29:27,098 Yoon, kita tak terlawan mereka. Kau tahu, bukan? 314 00:29:27,932 --> 00:29:29,350 Kita perlu mengelaknya. 315 00:29:30,143 --> 00:29:32,979 Cuba jangan buat hal selagi aku belum keluar. 316 00:29:36,357 --> 00:29:38,693 Sediakan senjata dan bersiap sedia. 317 00:29:38,777 --> 00:29:40,779 Jika ada bunyi kecoh sekalipun, jangan cemas. 318 00:29:40,862 --> 00:29:44,866 Jadi, kita akan tangguhkan operasi mencari pembawa wang itu? 319 00:29:44,949 --> 00:29:47,994 Kita ada tentera bersenjata. Kita boleh basmikan semua musuh. 320 00:29:48,578 --> 00:29:51,206 - Faham? - Operasi pembasmian musuh? 321 00:29:51,289 --> 00:29:52,707 Dengar sini baik-baik. 322 00:29:54,542 --> 00:29:57,837 Isyaratnya adalah apabila aku keluar. Apabila aku keluar… 323 00:29:59,964 --> 00:30:01,382 bunuh mereka semua. 324 00:30:03,134 --> 00:30:07,222 Tapi kalau mereka tembak kita dulu dan timbulkan masalah lain? 325 00:30:08,223 --> 00:30:09,641 Bunuh saja mereka semua. 326 00:30:13,311 --> 00:30:14,813 Biarpun mereka ramai, 327 00:30:16,439 --> 00:30:20,318 jangan berhenti selagi ada yang masih hidup. 328 00:30:32,497 --> 00:30:34,249 Kecilnya dunia ini. 329 00:30:34,916 --> 00:30:36,835 Tak sangka kita jumpa di sini. 330 00:30:37,710 --> 00:30:40,129 Aku risau sangat tentang kau. 331 00:30:40,839 --> 00:30:43,174 Padahal kau sihat wal afiat. 332 00:30:45,802 --> 00:30:47,554 Sekarang, cakaplah. 333 00:30:47,637 --> 00:30:49,264 Apa khabar kau selama ini? 334 00:30:54,519 --> 00:30:55,645 Kenapa tak jawab? 335 00:30:56,646 --> 00:30:58,064 Aku tanya khabar kau. 336 00:31:00,233 --> 00:31:02,318 Kau tak nak cakap dengan aku lagi? 337 00:31:05,947 --> 00:31:06,948 Tak apalah. 338 00:31:07,782 --> 00:31:10,034 Kita dah berjumpa, bermakna kau sihat wal afiat. 339 00:31:11,995 --> 00:31:15,582 Siapa orang-orang di luar tadi? Apa kerja mereka? 340 00:31:16,291 --> 00:31:19,210 Rupa mereka macam penyamun atau mungkin penyangak. 341 00:31:21,087 --> 00:31:22,255 Mereka penyamun. 342 00:31:23,089 --> 00:31:25,383 Penyamun yang bunuh askar Jepun. 343 00:31:28,761 --> 00:31:31,264 Jadi, berhati-hatilah kalau kau nak hidup. 344 00:31:31,347 --> 00:31:33,808 Mereka kejam sebenarnya. 345 00:31:39,272 --> 00:31:40,273 Yoon. 346 00:31:41,441 --> 00:31:42,609 Jangan biadab. 347 00:31:44,736 --> 00:31:46,988 Jangan lupa status aku sekarang. 348 00:31:47,864 --> 00:31:48,698 Faham? 349 00:31:51,701 --> 00:31:53,745 Kau pun tak patut lupa kedudukan kau sekarang. 350 00:31:54,746 --> 00:31:56,164 Ini bukan Gyeongseong. 351 00:31:57,290 --> 00:32:00,460 Tiada sesiapa peduli kalau kau mati. 352 00:32:11,137 --> 00:32:14,557 Aku mencari orang yang hantar wang untuk kemerdekaan dari Myeongjeong. 353 00:32:14,641 --> 00:32:15,892 Adakah dia 354 00:32:17,101 --> 00:32:18,019 di sini? 355 00:32:22,273 --> 00:32:24,275 Dia tiada di sini. Berambuslah. 356 00:32:26,361 --> 00:32:29,364 Dia mati di tempat pertemuan kedua di Jeongwoljin. 357 00:32:30,531 --> 00:32:34,369 Dengar kata, ada orang luar di kampung ini yang ditembak. 358 00:32:35,662 --> 00:32:37,330 Kau masih nak tipu aku? 359 00:32:38,623 --> 00:32:40,375 Serahkan dia kepada aku. 360 00:32:41,042 --> 00:32:42,543 Aku tahu dia di sini. 361 00:32:43,044 --> 00:32:46,047 Aku dah kata dia tiada di sini. Berambus sajalah. 362 00:32:46,589 --> 00:32:47,674 Kaukah… 363 00:32:48,883 --> 00:32:51,636 yang terima wang daripada pembawa itu? 364 00:32:53,137 --> 00:32:57,392 Sebab itukah kau muncul di merata tempat? Malah, dalam kereta api ke Changchun? 365 00:32:58,559 --> 00:32:59,894 Kau tak fahamkah cakap aku? 366 00:33:01,104 --> 00:33:02,689 Aku kata aku tak terlibat. 367 00:33:02,772 --> 00:33:03,940 Yakah? 368 00:33:05,191 --> 00:33:06,609 Jadi kenapa kau di sini, 369 00:33:07,568 --> 00:33:09,988 di tempat pembawa wang itu bersembunyi? 370 00:33:11,781 --> 00:33:14,951 Kau kata kau penyamun yang bunuh askar Jepun! 371 00:33:15,827 --> 00:33:18,496 Takkanlah kau tak tolong pemberontak itu? 372 00:33:20,039 --> 00:33:24,293 Ini kerja kau selama ini selepas kau khianati kawan dan negara kau? 373 00:33:33,678 --> 00:33:35,847 Aku tak pernah khianati kawan atau negara aku. 374 00:33:36,556 --> 00:33:39,475 Kerana mereka pun bukan kawan atau negara aku. 375 00:33:42,937 --> 00:33:45,690 Aku tolong kau hidup bebas dan tak mati sebagai hamba, 376 00:33:45,773 --> 00:33:47,275 tapi ini balasannya? 377 00:33:49,110 --> 00:33:51,112 Inilah masalah kau dan Joseon. 378 00:33:51,195 --> 00:33:53,156 Aku bebaskan kau, Jepun modenkan Joseon. 379 00:33:53,239 --> 00:33:56,242 Kami dah tolong sedaya upaya. Kau nak apa lagi? 380 00:33:58,828 --> 00:34:01,164 Manusia hina dan negara hina 381 00:34:02,040 --> 00:34:04,709 takkan berjaya seorang diri. 382 00:34:11,841 --> 00:34:12,925 Di mana dia? 383 00:34:20,224 --> 00:34:21,517 Jangan bergerak! 384 00:34:21,601 --> 00:34:22,935 Jangan bertindak. 385 00:34:23,019 --> 00:34:24,896 Alamak, apa yang berlaku? 386 00:34:24,979 --> 00:34:26,814 Matilah kita! 387 00:34:28,399 --> 00:34:29,901 Cakap kalau tak nak mati. 388 00:34:30,943 --> 00:34:32,028 Mana bedebah itu? 389 00:34:40,161 --> 00:34:41,245 Tak nak beritahu? 390 00:34:44,499 --> 00:34:45,416 Baiklah. 391 00:34:46,501 --> 00:34:48,044 Aku akan bunuh kau dulu. 392 00:34:54,133 --> 00:34:55,384 Cukup. 393 00:34:56,052 --> 00:34:58,763 Aku dah bosan dengan sikap kebudak-budakan kau. 394 00:35:01,516 --> 00:35:05,353 Kamu semua akan mati. Kau pun tahu orang aku ada di luar. 395 00:35:05,436 --> 00:35:07,939 Sadao Minami. Kau tentu kenal dia. 396 00:35:08,481 --> 00:35:10,149 Ketua Garison Hoeryŏng. 397 00:35:11,275 --> 00:35:13,194 Kau tentu tahu yang seluruh unitnya, 398 00:35:13,277 --> 00:35:16,239 termasuk dia dan tujuh pegawai dah dibunuh. 399 00:35:20,451 --> 00:35:21,869 Kau rasa siapa pembunuhnya? 400 00:35:21,953 --> 00:35:23,538 Kau pejuang kemerdekaan? 401 00:35:25,957 --> 00:35:26,874 Tidak. 402 00:35:30,086 --> 00:35:31,003 Kami penyamun. 403 00:35:32,171 --> 00:35:34,590 Kaukah yang bunuh Garison Hoeryŏng? 404 00:35:35,466 --> 00:35:36,592 Dengan seramai itu? 405 00:35:36,676 --> 00:35:41,097 Kami cuma unit kecil. Kumpulan utama sedang menuju ke sini. 406 00:35:41,180 --> 00:35:44,392 Kalau kau nak hidup, bawa orang kau pergi sekarang. 407 00:35:50,064 --> 00:35:53,151 Ini hadiah terakhir daripada hamba kepada tuannya. 408 00:35:55,903 --> 00:35:59,824 - Kau ingat aku percaya cakap kau? - Percayalah kalau nak hidup. 409 00:36:00,992 --> 00:36:05,079 Kau tentu tahu yang pegawai Joseon yang gagal sempurnakan misi akan dibunuh. 410 00:36:05,746 --> 00:36:08,916 Kau tak dapat layanan sama seperti mejar Jepun lain. 411 00:36:10,126 --> 00:36:12,128 Sebab itukah kau nak tunjuk hebat? 412 00:36:12,211 --> 00:36:13,629 Diamlah, bangsat! 413 00:36:23,973 --> 00:36:26,225 Bertenang. Cuba fikir betul-betul. 414 00:36:28,644 --> 00:36:32,190 Kalau tak mahu digigit anjing yang tinggalkan kediamannya. 415 00:36:37,778 --> 00:36:40,114 Kami dah hilang sabar! Bunuh mereka! 416 00:36:40,615 --> 00:36:41,949 Tunggu dulu! 417 00:36:42,033 --> 00:36:43,868 Tunggu arahan mejar! 418 00:36:43,951 --> 00:36:44,785 Ishida! 419 00:36:44,869 --> 00:36:46,704 Apa yang mereka kata? 420 00:36:47,997 --> 00:36:50,666 Mereka akan bunuh kita. Apa kita patut buat? 421 00:36:50,750 --> 00:36:52,919 Tunggu apa lagi? Tembak sekarang! 422 00:36:53,002 --> 00:36:54,545 Bunuh mereka semua! 423 00:36:54,629 --> 00:36:55,713 Jangan tembak! 424 00:36:56,464 --> 00:36:58,216 Kenapa kau degil sangat? 425 00:36:58,299 --> 00:36:59,217 Celaka. 426 00:36:59,300 --> 00:37:02,386 Seranglah kami, bodoh! 427 00:37:03,429 --> 00:37:04,513 Geumsu! 428 00:37:05,431 --> 00:37:06,849 Bawa bertenang. 429 00:37:07,350 --> 00:37:08,434 Kita mungkin mati. 430 00:37:16,359 --> 00:37:17,860 Operasi ini dah berakhir! 431 00:37:18,361 --> 00:37:19,862 Semua orang, berundur! 432 00:37:27,620 --> 00:37:29,205 Cik tak apa-apa? 433 00:37:30,915 --> 00:37:33,334 Tunggu di sini. Aku akan kembali. 434 00:37:36,337 --> 00:37:37,672 Kamu tak dengarkah? 435 00:37:38,172 --> 00:37:39,507 Turunkan senjata! 436 00:37:39,590 --> 00:37:40,758 Ya, tuan! 437 00:37:44,387 --> 00:37:45,221 Hei. 438 00:37:45,721 --> 00:37:48,015 Kenapa kamu tak turunkan senjata? 439 00:37:48,516 --> 00:37:50,643 Kami dah setuju pura-pura tak jumpa. 440 00:38:26,053 --> 00:38:28,472 Bagaimana kau pujuk dia supaya pergi dari sini? 441 00:38:28,556 --> 00:38:29,890 Kau bagi duit? 442 00:38:29,974 --> 00:38:32,977 Dia memang tamak haloba. 443 00:38:33,060 --> 00:38:35,396 Aku tak faham situasi sekarang, 444 00:38:36,397 --> 00:38:37,898 tapi kita perlu bincang. 445 00:38:37,982 --> 00:38:38,816 Baiklah. 446 00:38:42,653 --> 00:38:44,405 Kita akan pergi begitu saja? 447 00:38:44,905 --> 00:38:48,075 Dia bekas hamba aku, jadi aku kasihankan dia. 448 00:38:48,159 --> 00:38:49,410 Begitu rupanya. 449 00:38:49,493 --> 00:38:50,745 Tapi tuan, 450 00:38:50,828 --> 00:38:53,998 ini berita gembira bagi penduduk Joseon, 451 00:38:54,081 --> 00:38:58,044 tapi bagi tentera Jepun, tuan pengkhianat yang patut hukum dibunuh. 452 00:39:00,296 --> 00:39:02,131 Kau nak mati, ya? 453 00:39:02,214 --> 00:39:05,301 Maaf, tuan. Saya takkan cakap macam itu lagi. 454 00:39:06,218 --> 00:39:09,597 Aku takkan bunuh dia, tapi aku akan pastikan dia mati. 455 00:39:09,680 --> 00:39:11,349 Apa maksud tuan? 456 00:39:19,523 --> 00:39:21,734 Dengar cakap aku baik-baik. 457 00:39:22,318 --> 00:39:25,571 Pembawa wang 200,000 won dari Myeongjeong itu 458 00:39:25,654 --> 00:39:26,906 ada dengan Lee Yoon. 459 00:39:27,865 --> 00:39:31,952 Bunuh Lee Yoon dan bangsat itu, dan bawa wang itu kepada aku. 460 00:39:32,453 --> 00:39:33,871 Itu saja yang kau perlu buat. 461 00:39:33,954 --> 00:39:35,790 Tuan bercakap dengan siapa? 462 00:39:35,873 --> 00:39:37,792 Dengan saya, ya? 463 00:39:37,875 --> 00:39:41,462 Ingat, kau hanya akan hidup kalau kau bawa kepala Lee Yoon kepada aku. 464 00:39:46,050 --> 00:39:50,388 Lagi satu, lain kali, jangan menyorok sambil pasang telinga, faham? 465 00:39:53,641 --> 00:39:56,560 Aku bayar asing untuk pembawa itu, jadi buat kerja betul-betul. 466 00:39:57,061 --> 00:39:57,895 Mana tahu? 467 00:39:58,938 --> 00:40:01,190 Mungkin aku layan kau baik-baik kalau kau berjaya. 468 00:40:03,442 --> 00:40:04,360 Bergerak. 469 00:40:05,027 --> 00:40:06,695 - Bergerak! - Ya, tuan! 470 00:40:11,117 --> 00:40:12,326 Apa kau letak di situ? 471 00:40:12,410 --> 00:40:13,536 Surat. 472 00:40:14,537 --> 00:40:16,372 Kepada penerima wang itu. 473 00:40:16,455 --> 00:40:19,291 Makin lama, makin teruk jadinya. 474 00:40:20,084 --> 00:40:24,505 Sebab itulah aku datang ke Gando. 475 00:40:43,774 --> 00:40:48,863 Jadi, maksud kau, kau pejuang kemerdekaan, 476 00:40:49,363 --> 00:40:51,282 dan bukan pegawai kerajaan? 477 00:40:51,782 --> 00:40:54,201 Kawan, tolonglah! Apa yang kau merepek? 478 00:40:54,285 --> 00:40:55,786 Kau memang mangkuk ayun. 479 00:40:55,870 --> 00:40:57,538 Dia kerja untuk kerajaan, 480 00:40:57,621 --> 00:41:00,124 kemudian dia berhenti dan sertai pejuang kemerdekaan. 481 00:41:00,207 --> 00:41:02,668 - Kau yang bodoh. - Kau bangang. 482 00:41:02,751 --> 00:41:04,170 - Anak gampang! - Bongok. 483 00:41:04,253 --> 00:41:06,172 Kamu dua-dua bengap. 484 00:41:06,255 --> 00:41:09,425 Kamu ingat kamu boleh hidup dengan otak tak semenggah itu? 485 00:41:09,925 --> 00:41:11,343 Tumpukan perhatian. 486 00:41:11,427 --> 00:41:13,762 Dia sertai pejuang kemerdekaan 487 00:41:13,846 --> 00:41:16,974 supaya boleh bekerja di pejabat kerajaan, 488 00:41:18,017 --> 00:41:19,018 betul tak? 489 00:41:20,019 --> 00:41:22,646 Ia terbalik sebenarnya. 490 00:41:23,689 --> 00:41:25,691 Kau bengap, tapi perasan pandai. 491 00:41:26,317 --> 00:41:27,359 Berambus sajalah. 492 00:41:27,443 --> 00:41:30,863 Aku kerja di pejabat itu demi gerakan kemerdekaan 493 00:41:31,697 --> 00:41:35,451 kerana di sana, aku boleh kumpul maklumat penting tentang Jepun. 494 00:41:37,369 --> 00:41:38,621 Kita perlu berbincang. 495 00:41:38,704 --> 00:41:41,707 Jadi, maksud dia, pejabat… 496 00:41:41,790 --> 00:41:43,042 Aku tak faham. 497 00:41:50,549 --> 00:41:53,969 Askar Jepun itu datang ke sini untuk apa? Untuk cari dia? 498 00:41:55,179 --> 00:41:58,516 Ya. Mereka cari pembawa wang untuk gerakan kemerdekaan. 499 00:42:00,935 --> 00:42:04,772 Jadi, bila kau dapat tahu yang dia pejuang kemerdekaan? 500 00:42:05,814 --> 00:42:08,150 Kau tahukah semasa di atas kereta api tempoh hari? 501 00:42:11,153 --> 00:42:12,905 Kau ada berahsia dengan aku? 502 00:42:19,620 --> 00:42:21,789 Semasa kau bercerita tentang kisah silam, 503 00:42:23,374 --> 00:42:25,042 aku teringat seorang wanita 504 00:42:26,710 --> 00:42:29,463 yang aku tak jumpa buat kali terakhir sebelum aku pergi. 505 00:42:33,300 --> 00:42:34,134 Dialah orangnya. 506 00:42:36,136 --> 00:42:39,890 Dia datang sampai ke Gando demi negara yang telah ditakluk. 507 00:42:39,974 --> 00:42:41,517 Takkanlah aku tak tolong dia? 508 00:42:44,144 --> 00:42:45,312 Jadi, En. Choi, 509 00:42:46,313 --> 00:42:48,190 biarlah aku kotakan janji kepadanya. 510 00:42:48,274 --> 00:42:49,984 Aku akan lindungi kita semua. 511 00:42:50,985 --> 00:42:53,320 Kita perlu hantar dia kepada tentera kemerdekaan 512 00:42:53,404 --> 00:42:55,614 agar kita boleh hidup aman di Gando. 513 00:42:57,491 --> 00:42:58,742 Aduhai. 514 00:43:00,160 --> 00:43:02,580 Akhirnya aku faham isi hati kau. 515 00:43:03,831 --> 00:43:04,832 Maafkan aku. 516 00:43:07,501 --> 00:43:08,752 Tapi Yoon, 517 00:43:09,628 --> 00:43:11,630 dalam situasi sekarang, 518 00:43:12,339 --> 00:43:14,925 kita tak patut terlibat dengan tentera kemerdekaan. 519 00:43:15,467 --> 00:43:19,471 Kau tahukah sebab penduduk kampung aku di Gurye dibunuh dulu? 520 00:43:21,098 --> 00:43:25,936 Ia terjadi kerana aku berlagak macamlah aku pejuang kemerdekaan. 521 00:43:26,937 --> 00:43:29,356 Aku cuba selamatkan negara, 522 00:43:30,482 --> 00:43:32,735 tapi keluarga terabai dan dibunuh. 523 00:43:35,446 --> 00:43:36,947 Ketika itulah aku sedar. 524 00:43:37,781 --> 00:43:41,368 Tanggungjawab setiap orang berbeza 525 00:43:41,869 --> 00:43:45,289 dan aku tak mampu selamatkan negara aku. 526 00:43:46,790 --> 00:43:49,960 Askar Jepun mungkin akan serang Taepyeong-dong bila-bila masa. 527 00:43:52,212 --> 00:43:54,214 Jadi kali ini, aku pilih keluarga. 528 00:43:58,302 --> 00:44:01,555 Kau buatlah pilihan kau supaya kau tak menyesal kelak. 529 00:44:03,057 --> 00:44:04,183 Aku juga akan pilih 530 00:44:05,559 --> 00:44:07,227 supaya tak menyesal kelak. 531 00:44:20,157 --> 00:44:21,241 Mari kita bersiap. 532 00:44:24,203 --> 00:44:26,789 Kenapa kita saja yang akan pergi? Bagaimana dengan Yoon? 533 00:44:27,289 --> 00:44:28,540 Jalan sajalah. 534 00:44:35,714 --> 00:44:37,466 Pergilah jumpa Seon-bok. 535 00:44:37,549 --> 00:44:41,679 Dia kenal tentera kemerdekaan, sebab dia jual senjata kepada mereka! 536 00:44:56,652 --> 00:44:58,821 Nampaknya kita perlu teruskan perjalanan. 537 00:45:32,730 --> 00:45:35,399 Aku dah agak ada sesuatu di belakang aku. 538 00:45:35,899 --> 00:45:37,067 Kau rupanya. 539 00:45:37,943 --> 00:45:38,861 Duduklah. 540 00:45:52,916 --> 00:45:54,668 Kau tahu, lima tahun lepas… 541 00:45:58,672 --> 00:46:00,424 Aku biar Lee Yoon hidup. 542 00:46:04,386 --> 00:46:07,556 Itu satu-satunya masa aku buat begitu selama sepuluh tahun aku bekerja. 543 00:46:09,349 --> 00:46:12,060 Dia kata kau yang berhak bunuh dia, bukan aku. 544 00:46:15,147 --> 00:46:16,565 Jadi, aku tak bunuh dia. 545 00:46:19,401 --> 00:46:22,780 Aku rasa memang wajarlah kalau kau yang bunuh dia. 546 00:46:25,783 --> 00:46:27,618 Jadi, sekarang kau salahkan aku 547 00:46:29,119 --> 00:46:32,623 kerana tak bunuh dia dan kerana kau hormat aku? 548 00:46:33,457 --> 00:46:34,541 Tidak. 549 00:46:36,210 --> 00:46:37,461 Bukan begitu. 550 00:46:41,298 --> 00:46:44,301 Aku cuma nak jelaskan situasi aku sekarang. 551 00:46:47,638 --> 00:46:49,932 Aku terpaksa bunuh Lee Yoon. 552 00:46:52,559 --> 00:46:55,145 Aku juga perlu bunuh Nam Hee-shin. 553 00:46:57,606 --> 00:46:58,774 Aku terpaksa. 554 00:47:00,818 --> 00:47:03,821 Jangan halang aku dan jangan masuk campur. 555 00:47:05,405 --> 00:47:07,241 Aku akan bunuh dan senyap-senyap pergi 556 00:47:08,158 --> 00:47:09,076 macam yang kau kata. 557 00:47:09,576 --> 00:47:10,953 Kau rasa 558 00:47:11,912 --> 00:47:13,747 kau boleh bunuh Yoon? 559 00:47:17,417 --> 00:47:19,461 Maksud aku, aku akan bunuh dia untuk kau 560 00:47:20,629 --> 00:47:22,548 kerana aku rasa kau tak mampu. 561 00:47:24,508 --> 00:47:27,094 Kau tahu apa dia buat kepada kau? 562 00:47:27,177 --> 00:47:30,013 - Jika aku beritahu, kau pasti terkejut. - Cukup. 563 00:47:30,889 --> 00:47:31,807 Aku tahu. 564 00:47:34,101 --> 00:47:35,519 Kau tahu? 565 00:47:36,103 --> 00:47:37,479 Jadi, kenapa tak bunuh… 566 00:47:39,439 --> 00:47:41,692 Apa masalah kau? Bodohnya kau. 567 00:47:47,447 --> 00:47:48,365 Sejuknya. 568 00:47:50,617 --> 00:47:53,036 Aku percaya cerita kau kerana aku tertipu 569 00:47:53,579 --> 00:47:55,664 oleh cerita tentang ibu bapa kau. 570 00:47:56,248 --> 00:47:57,165 En. Choong-soo. 571 00:47:58,292 --> 00:47:59,710 Maaflah, tapi… 572 00:47:59,793 --> 00:48:02,004 Sekarang, aku geram sangat 573 00:48:02,671 --> 00:48:05,382 kerana aku gagal jawab soalan Yoon tempoh hari. 574 00:48:05,465 --> 00:48:09,219 Aku gagal jawab semasa dia tanya sama ada kami patut bunuh kau. 575 00:48:09,303 --> 00:48:11,138 Tapi Yoon tak mahu bunuh kau. 576 00:48:11,805 --> 00:48:15,142 Lelaki yang kau beria-ia nak bunuh itu 577 00:48:15,225 --> 00:48:16,894 tak mahu bunuh kau. 578 00:48:18,145 --> 00:48:20,147 Tapi sekarang, sampai hati kau kata begini? 579 00:48:21,315 --> 00:48:22,733 Kau tak berhati perut. 580 00:48:25,652 --> 00:48:26,653 Betul cakap kau. 581 00:48:29,990 --> 00:48:31,325 Aku tak berhati perut. 582 00:48:35,829 --> 00:48:37,539 Sebab itu aku buat kerja ini. 583 00:48:45,005 --> 00:48:46,089 Apa-apa pun, 584 00:48:46,715 --> 00:48:49,635 aku dah ceritakan semuanya, jadi aku jalan dulu. 585 00:48:53,221 --> 00:48:55,349 Jangan lupa cakap aku tadi. 586 00:48:56,016 --> 00:48:57,684 Jangan masuk campur. 587 00:48:58,644 --> 00:49:00,771 Kalau aku nampak lagi muka kau… 588 00:49:03,523 --> 00:49:05,275 matilah kau. 589 00:49:05,901 --> 00:49:06,818 Faham? 590 00:49:10,322 --> 00:49:12,407 Perlukah kau buat begini? 591 00:49:17,412 --> 00:49:19,289 Kenapa kau risau sangat tentang Lee Yoon? 592 00:49:19,373 --> 00:49:20,290 Kau. 593 00:49:21,458 --> 00:49:23,543 Aku risau tentang kau, Eon-nyeoni. 594 00:49:24,878 --> 00:49:26,880 Kau takkan dapat mengakali Yoon, 595 00:49:27,673 --> 00:49:28,757 dan… 596 00:49:30,884 --> 00:49:33,470 janganlah bertelagah dengan rakan senegara. 597 00:49:37,140 --> 00:49:38,392 Jangan kata begitu. 598 00:49:41,645 --> 00:49:42,896 Ibu bapa aku… 599 00:49:45,273 --> 00:49:47,693 mati dibunuh orang senegara. 600 00:49:52,406 --> 00:49:53,657 Kau tak percaya. 601 00:49:58,912 --> 00:49:59,997 Sayang sekali. 602 00:50:03,166 --> 00:50:06,086 Kau saja yang percaya kata-kata aku selama ini. 603 00:50:09,840 --> 00:50:10,757 Aku pergi dulu. 604 00:50:14,761 --> 00:50:15,595 Jaga diri… 605 00:50:17,931 --> 00:50:19,016 dan hati-hati. 606 00:50:27,983 --> 00:50:30,569 Apalah dah jadi dengan dunia ini? 607 00:50:31,695 --> 00:50:32,946 Eon-nyeoni, 608 00:50:34,448 --> 00:50:35,699 dan Yoon. 609 00:50:56,928 --> 00:50:58,013 Ayah! 610 00:51:00,682 --> 00:51:01,683 Eon-nyeoni! 611 00:51:02,517 --> 00:51:03,769 Jangan datang dekat! 612 00:51:03,852 --> 00:51:05,187 Pergi! 613 00:51:05,270 --> 00:51:07,439 Ayah, ibu… 614 00:51:21,953 --> 00:51:23,538 Ayah! Ibu… 615 00:51:24,414 --> 00:51:25,582 Ayah, ibu! 616 00:52:16,258 --> 00:52:17,926 Perempuan! Mari sini! 617 00:56:15,205 --> 00:56:19,042 SEMUA ORANG, LOKASI, ORGANISASI, TERMA, ACARA DAN EPISOD 618 00:56:19,125 --> 00:56:21,961 YANG DISEBUT ATAU DIGAMBARKAN HANYA REKAAN 619 00:56:22,045 --> 00:56:24,881 SEBARANG PERSAMAAN HANYA SEKADAR KEBETULAN. 620 00:56:42,232 --> 00:56:45,151 Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati