1 00:00:28,987 --> 00:00:31,656 Awak tahukah betapa mahalnya benda ini? 2 00:00:38,121 --> 00:00:41,207 Tuan Yamada! Apa yang tuan buat? 3 00:00:41,291 --> 00:00:44,419 En. Hashimoto! Tolong saya alihkan meja ini cepat! 4 00:00:44,502 --> 00:00:45,503 Cepatlah! 5 00:00:56,389 --> 00:00:59,392 Kita tak ada masa untuk semua ini, tuan! 6 00:00:59,476 --> 00:01:01,561 Tuan perlu uruskan situasi ini! 7 00:01:02,103 --> 00:01:06,149 Tentera Jepun dan pasukan polis bergaduh dan saling tembak-menembak. 8 00:01:06,232 --> 00:01:09,778 Sekarang, orang Joseon pun dah terlibat. Kacau-bilau jadinya! 9 00:01:09,861 --> 00:01:13,281 Apa saya patut buat? 10 00:01:15,283 --> 00:01:18,244 Penguasa Ōoka pun dah cedera parah kerana ditembak. 11 00:01:18,328 --> 00:01:22,373 Kalau kita tak siasat situasi ini, kita pun akan mati. 12 00:01:23,458 --> 00:01:24,918 Lampu itu… 13 00:01:25,460 --> 00:01:28,213 Bagaimana nak alihkannya? 14 00:01:28,296 --> 00:01:30,548 Ia barang termahal di sini. 15 00:01:36,596 --> 00:01:38,556 Jangan mengalah. Buatlah keputusan! 16 00:01:39,182 --> 00:01:41,101 Saya tak mampu… 17 00:01:41,184 --> 00:01:42,393 Tuan Yamada! 18 00:01:43,770 --> 00:01:44,687 Saya tahu. 19 00:01:46,564 --> 00:01:48,775 Biar dia uruskan. Bolehlah saya lepas tangan. 20 00:01:53,446 --> 00:01:54,697 Jang Ki-ryong. 21 00:02:33,278 --> 00:02:35,530 SONG OF THE BANDITS 22 00:03:09,022 --> 00:03:10,023 Jangan tembak! 23 00:03:12,192 --> 00:03:13,943 Biar aku yang bunuh dia. 24 00:03:26,956 --> 00:03:27,957 Berhenti! 25 00:03:50,563 --> 00:03:54,651 Berdiri dengan kau di sini buat aku teringat 26 00:03:55,276 --> 00:03:56,778 kejadian di Gurye 11 tahun lepas. 27 00:03:57,737 --> 00:03:58,655 Aku setuju. 28 00:03:59,614 --> 00:04:02,450 Kalau kau ikut dan dengar cakap aku, 29 00:04:02,533 --> 00:04:04,202 taklah kita jadi macam ini. 30 00:04:05,745 --> 00:04:07,914 Aku dah cuba ikut kau. 31 00:04:10,208 --> 00:04:11,709 Tapi aku tak sanggup. 32 00:04:11,793 --> 00:04:13,544 Aku rasa jijik sangat. 33 00:04:18,007 --> 00:04:20,009 Kau pandai cakap saja. 34 00:04:22,095 --> 00:04:23,596 Aku akan bunuh kau dengan baik. 35 00:04:24,847 --> 00:04:29,102 Sebagai hadiah terakhir seorang tuan kepada hambanya. 36 00:05:10,935 --> 00:05:11,769 Celaka! 37 00:05:43,176 --> 00:05:44,427 Aku takkan bunuh kau. 38 00:05:45,970 --> 00:05:48,639 Kalau boleh, aku nak sangat dan hampir buat… 39 00:05:54,896 --> 00:05:56,022 tapi aku tak mampu. 40 00:05:58,358 --> 00:06:00,860 Sekarang, kau dah tak boleh pegang pistol. 41 00:06:02,904 --> 00:06:04,614 Jadi, jangan lagi ganggu kaum sendiri 42 00:06:05,531 --> 00:06:07,742 dan sedarlah yang kau Lee Gwang-il, orang Joseon, 43 00:06:08,451 --> 00:06:10,453 bukan askar Jepun bernama Shohei Miura. 44 00:06:13,039 --> 00:06:14,874 Kembalilah seperti dulu… 45 00:06:18,961 --> 00:06:20,380 sebelum kau berpakaian begitu. 46 00:06:21,547 --> 00:06:22,382 Faham? 47 00:06:36,479 --> 00:06:37,563 Saya tak… 48 00:06:39,816 --> 00:06:41,317 Saya tak ingat dia. 49 00:06:43,820 --> 00:06:46,239 Malah saya suruh dia pulang hidup-hidup. 50 00:06:48,741 --> 00:06:52,912 Dialah yang selamatkan saya berkali-kali. 51 00:06:55,873 --> 00:06:58,251 Namun, selepas berhari-hari bersama pun, 52 00:06:59,836 --> 00:07:01,254 saya masih tak perasan. 53 00:07:04,590 --> 00:07:06,509 Saya tak boleh tinggalkan dia. 54 00:07:06,592 --> 00:07:08,261 Tolong berhenti. 55 00:07:09,262 --> 00:07:11,597 - Saya tak boleh biar dia mati. - Tidak. 56 00:07:13,391 --> 00:07:15,017 Awak tak perlu buat begitu. 57 00:07:17,895 --> 00:07:20,314 - Beri saja arahan, tuan. - Jangan tembak. 58 00:07:20,898 --> 00:07:22,483 Kita akan tangkap dia hidup-hidup. 59 00:07:22,567 --> 00:07:23,943 Tangkap hidup-hidup? 60 00:07:24,026 --> 00:07:26,112 Kenapa tuan nak biar dia hidup? 61 00:07:26,696 --> 00:07:29,574 Itu arahan aku, dengar sajalah cakap aku! 62 00:07:30,283 --> 00:07:31,284 Itu satu arahan. 63 00:07:32,368 --> 00:07:33,369 Arahan? 64 00:07:36,873 --> 00:07:37,957 Celaka! 65 00:07:39,834 --> 00:07:42,587 Miura, kau dah gila? 66 00:07:43,880 --> 00:07:44,797 Hoi. 67 00:07:45,715 --> 00:07:47,550 Cakap biar elok sikit, Ishida. 68 00:07:48,301 --> 00:07:49,719 Aku orang atasan kau. 69 00:07:49,802 --> 00:07:52,763 Aku dah bosan melayan sampah Joseon bodoh macam kau 70 00:07:52,847 --> 00:07:54,390 sebagai pegawai atasan! 71 00:07:55,099 --> 00:07:56,893 Kau dengan kawan kau boleh pergi mati! 72 00:07:59,770 --> 00:08:03,399 Kami datang untuk ambil wang daripada orang yang tak dikenali. 73 00:08:03,483 --> 00:08:05,651 Mestilah kami dah buat persediaan. 74 00:08:06,319 --> 00:08:07,487 Yakinilah kami. 75 00:08:09,238 --> 00:08:10,323 Lagipun, kami… 76 00:08:10,865 --> 00:08:11,866 Perhatian! 77 00:08:12,742 --> 00:08:14,702 Acu ke arah mereka berdua! 78 00:08:19,707 --> 00:08:21,209 …tentera kemerdekaan. 79 00:08:22,043 --> 00:08:22,877 Tem…… 80 00:08:39,810 --> 00:08:42,063 Semua askar! Berundur! 81 00:08:42,647 --> 00:08:43,564 Lari! 82 00:08:57,411 --> 00:08:59,497 Larilah kalau kau tak mahu mati! 83 00:08:59,580 --> 00:09:00,790 Lepaskan aku, sial! 84 00:09:00,873 --> 00:09:02,083 Gwang-il! 85 00:09:08,881 --> 00:09:11,968 Larilah, bodoh, dan jangan sekali-kali kembali. 86 00:09:15,596 --> 00:09:16,514 Tak guna… 87 00:10:10,610 --> 00:10:14,488 Kita berpisah di sini. Kawan saya akan hantar awak ke stesen. 88 00:10:22,204 --> 00:10:25,875 Tolong gunakannya sebaik mungkin demi kemerdekaan negara kita. 89 00:10:26,459 --> 00:10:27,877 Baiklah. 90 00:10:28,794 --> 00:10:30,129 Terima kasih atas usaha awak. 91 00:10:30,212 --> 00:10:32,131 Jumpa lagi apabila kita merdeka. 92 00:10:43,851 --> 00:10:45,019 Encik! 93 00:10:47,146 --> 00:10:50,066 Maaf. Boleh encik tolong saya sikit? 94 00:10:51,776 --> 00:10:53,569 Ambil senjata dan peluru saja! 95 00:10:53,653 --> 00:10:55,446 Buat dengan pantas! 96 00:10:55,529 --> 00:10:56,781 Baik! 97 00:10:57,365 --> 00:10:59,700 Awak tentu kawan Seon-bok. Awak cedera? 98 00:11:00,785 --> 00:11:01,786 Saya tak apa-apa. 99 00:11:02,286 --> 00:11:05,081 Orang kami ada bersama kawan wanita awak. 100 00:11:05,164 --> 00:11:06,540 Awak tak perlu risau. 101 00:11:07,416 --> 00:11:08,334 Baiklah. 102 00:11:20,262 --> 00:11:21,389 Awak masih di sini. 103 00:11:22,890 --> 00:11:25,017 Mujurlah saya tak terlambat. 104 00:11:25,810 --> 00:11:27,645 Ini surat daripada Cik Nam. 105 00:11:28,145 --> 00:11:31,065 Dia nak beri sendiri, tapi tak berkesempatan. 106 00:11:41,617 --> 00:11:47,289 Aku tulis surat ini untuk meluahkan perasaan aku. 107 00:11:49,792 --> 00:11:52,128 Semasa aku tiba di Gando, 108 00:11:52,962 --> 00:11:55,881 aku dapat rasakan sinar harapan di kota meriah ini 109 00:11:56,507 --> 00:12:00,845 yang takkan dapat aku bayangkan di Gyeongseong. 110 00:12:04,181 --> 00:12:06,308 Namun begitu, selepas beberapa hari, 111 00:12:07,101 --> 00:12:09,645 aku sedar harapan itu hanya fatamorgana. 112 00:12:11,564 --> 00:12:15,526 Kota meriah ini bukan milik kita 113 00:12:16,318 --> 00:12:20,656 dan aku dapat lihat sendiri bahawa harapan takkan menjadi kenyataan 114 00:12:22,032 --> 00:12:23,451 bagi penduduk Joseon. 115 00:12:24,493 --> 00:12:26,495 Aku rasa takut dan khuatir. 116 00:12:27,830 --> 00:12:31,500 Aku rasa bersalah atas kematian mereka. 117 00:12:37,256 --> 00:12:43,429 Aku rasa lemah kerana tak terdaya merealisasikan matlamat perjuangan aku. 118 00:12:46,390 --> 00:12:48,058 Ketika itulah kita bertemu. 119 00:12:50,352 --> 00:12:51,353 Siapa kau? 120 00:12:54,273 --> 00:12:57,443 Ketika segala harapan sudah punah, 121 00:12:58,444 --> 00:13:00,696 dan hati aku dipenuhi rasa benci dan putus asa, 122 00:13:01,822 --> 00:13:04,992 kau ajar aku sesuatu yang amat bermakna. 123 00:13:05,075 --> 00:13:09,497 Sekarang, keadaannya suram dan cik tak nampak apa-apa. 124 00:13:15,836 --> 00:13:19,507 Kata-katamu menyedarkan aku 125 00:13:21,133 --> 00:13:23,886 bahawa sekiranya aku mengalah kerana gagal melihat harapan, 126 00:13:24,678 --> 00:13:27,097 maka sesatlah aku dalam kegelapan selamanya. 127 00:13:28,474 --> 00:13:29,975 Jadi, mulai sekarang, 128 00:13:30,893 --> 00:13:35,397 aku akan mengimpikan harapan sambil terus bersabar. 129 00:13:36,357 --> 00:13:41,362 Aku akan terus berjuang sehingga Joseon mencapai kemerdekaan. 130 00:13:42,488 --> 00:13:44,156 Aku berharap dan berdoa 131 00:13:44,240 --> 00:13:47,827 agar impian kau untuk memiliki rumah di tanah sendiri 132 00:13:48,577 --> 00:13:50,162 juga menjadi kenyataan. 133 00:13:52,665 --> 00:13:54,375 Aku harap kita berjumpa lagi, 134 00:13:55,209 --> 00:13:57,795 dan sementara itu, saat kita bersama 135 00:13:58,796 --> 00:14:00,005 akan aku kenang selamanya. 136 00:14:11,642 --> 00:14:15,062 Terima kasih atas bantuan awak. Semoga kita jumpa lagi. 137 00:14:19,775 --> 00:14:22,820 Awak ada terfikir untuk sertai tentera kemerdekaan? 138 00:14:23,320 --> 00:14:25,739 Saya ada tanggungjawab lain. Jumpa lagi. 139 00:14:28,033 --> 00:14:30,035 Jangan pula pergi ke Myeongjeong. 140 00:14:30,119 --> 00:14:32,121 Keadaan di sana amat berbahaya. 141 00:14:35,875 --> 00:14:39,211 Saya terpaksa. Keluarga saya menunggu di sana. 142 00:14:44,675 --> 00:14:46,594 Mari kita pulang. Ayuh! 143 00:14:46,677 --> 00:14:48,012 Baik! 144 00:15:19,501 --> 00:15:21,503 Kau boleh berundur sekarang. 145 00:15:22,004 --> 00:15:23,756 Biar kami yang ambil alih. 146 00:15:24,340 --> 00:15:25,174 Baik. 147 00:15:38,479 --> 00:15:41,065 Eon-nyeoni, ini perjuangan kami. 148 00:15:41,565 --> 00:15:42,900 Bukan perjuangan kamu. 149 00:15:42,983 --> 00:15:45,986 Kamu berhentilah sekarang dan pergi dari sini. 150 00:15:46,070 --> 00:15:50,240 Mengarutlah. Aku takkan berhenti selagi aku belum selesai. 151 00:15:50,324 --> 00:15:51,742 Lantaklah kalau aku mati… 152 00:15:53,577 --> 00:15:54,453 Kamu gilakah? 153 00:15:54,536 --> 00:15:57,373 Boleh kamu kata kamu sanggup mati di sini? 154 00:16:00,417 --> 00:16:01,377 En. Choong-soo. 155 00:16:01,877 --> 00:16:03,587 Apa masalah encik sebenarnya? 156 00:16:04,213 --> 00:16:06,715 Kenapa encik nak saya nampak jahat? 157 00:16:12,221 --> 00:16:13,138 Pergi sekarang, 158 00:16:13,764 --> 00:16:15,516 kalau tidak, aku bunuh kamu. 159 00:16:17,226 --> 00:16:18,477 En. Choong-soo… 160 00:16:18,978 --> 00:16:23,565 Kami taklah terdesak sangat sampai minta bantuan pembunuh upahan. 161 00:16:24,066 --> 00:16:25,734 Berambus sekarang! 162 00:16:30,489 --> 00:16:31,657 Encik dah melampau. 163 00:16:33,367 --> 00:16:34,368 Baiklah. 164 00:16:35,160 --> 00:16:36,161 Encik matilah di sini. 165 00:16:39,748 --> 00:16:41,166 Budak tak tahu diuntung. 166 00:16:48,674 --> 00:16:51,051 - Bagaimana keadaannya? - Berbahaya. Duduk diam-diam! 167 00:16:51,135 --> 00:16:53,721 Aku nak hantar Yoon. Aduh. Penatnya. 168 00:16:54,346 --> 00:16:55,597 Peluru aku dah habis! 169 00:16:55,681 --> 00:16:56,598 - Pergi ambil! - Apa? 170 00:16:56,682 --> 00:16:57,891 - Cepatlah! - Alamak! 171 00:16:57,975 --> 00:16:59,727 - Peluru! - Celaka betullah! 172 00:17:08,777 --> 00:17:11,613 Hei! Byeong-man, kau nak ke mana? Setan… 173 00:17:25,335 --> 00:17:27,129 Siaplah kau. 174 00:17:49,943 --> 00:17:51,528 Sampai esok pun… 175 00:17:53,947 --> 00:17:54,907 aku boleh balun kau! 176 00:18:34,029 --> 00:18:36,281 - San-gun. - Duduk diam-diam! 177 00:18:36,365 --> 00:18:37,783 Aku bawa pelurulah! 178 00:18:37,866 --> 00:18:39,660 - Aku terlupa. - Nah. 179 00:18:39,743 --> 00:18:40,744 Bagus. 180 00:18:41,453 --> 00:18:42,621 Aduh, kaki aku… 181 00:18:43,789 --> 00:18:44,915 Banyak ini saja? 182 00:18:44,998 --> 00:18:47,584 Ya. Janganlah tembak sampai tak ingat dunia. 183 00:18:47,668 --> 00:18:50,754 - Tapi musuh banyak! - Pandai-pandailah kau catu! 184 00:18:55,425 --> 00:18:56,343 Apa… 185 00:18:56,426 --> 00:18:57,344 Kenapa? 186 00:19:09,398 --> 00:19:11,567 Dua kapak? Kau main tipu. 187 00:19:11,650 --> 00:19:12,776 Aku guna satu saja. 188 00:19:35,674 --> 00:19:37,676 Celaka! 189 00:19:43,390 --> 00:19:44,641 Penembak hendap! 190 00:19:47,311 --> 00:19:48,312 Jangan bergerak. 191 00:19:48,395 --> 00:19:49,438 Mana dia? 192 00:19:50,314 --> 00:19:51,148 Cari dia cepat. 193 00:20:00,699 --> 00:20:02,284 Tak guna. 194 00:20:03,035 --> 00:20:04,411 - Kau nampak dia? - Tak. 195 00:20:04,494 --> 00:20:05,662 Tengoklah lagi! 196 00:21:06,723 --> 00:21:08,058 Aduh… 197 00:21:09,059 --> 00:21:10,394 Habislah aku. 198 00:22:02,821 --> 00:22:04,239 Bos, mana bos pergi? 199 00:22:12,956 --> 00:22:14,374 Aku dah jumpa. 200 00:22:14,458 --> 00:22:16,168 Kau dah nampak dia? Di mana? 201 00:22:17,294 --> 00:22:18,295 Di mana? 202 00:22:20,797 --> 00:22:23,050 - Angkat tangan. - Kenapa? 203 00:22:26,178 --> 00:22:27,596 Angkat sajalah. 204 00:22:27,679 --> 00:22:28,597 Kenapa? 205 00:22:31,099 --> 00:22:32,059 Kita dah kantoi? 206 00:23:17,229 --> 00:23:18,146 Lee Yoon. 207 00:23:18,897 --> 00:23:20,315 Di mana dia? 208 00:23:39,918 --> 00:23:42,754 Di mana Lee Yoon? 209 00:24:03,859 --> 00:24:05,694 Apa aku patut buat sekarang? 210 00:24:08,780 --> 00:24:09,781 Hei. 211 00:24:10,699 --> 00:24:11,950 Kau pilihlah. 212 00:24:12,534 --> 00:24:13,952 Patah balik atau jalan terus? 213 00:24:24,379 --> 00:24:25,714 Aku dah gila gamaknya. 214 00:24:35,974 --> 00:24:38,977 Betulkah kita akan balik dalam keadaan begini? 215 00:24:39,060 --> 00:24:41,897 Manalah aku tahu. Tanyalah orang lain. 216 00:24:42,814 --> 00:24:43,648 Yalah. 217 00:25:10,675 --> 00:25:11,676 Aduhai. 218 00:25:18,308 --> 00:25:20,977 Diam. Jangan bertindak melulu. 219 00:25:25,815 --> 00:25:27,817 Takkanlah aku nak tengok saja? 220 00:25:31,696 --> 00:25:33,615 Kita tak dapat bantu sekarang. 221 00:25:33,698 --> 00:25:35,784 Kita perlu tunggu saat yang sesuai. 222 00:25:36,535 --> 00:25:39,287 Hei, kau cakap macamlah ini masalah kecil. 223 00:25:39,371 --> 00:25:41,623 Semua orang itu orang kampung kau. 224 00:25:41,706 --> 00:25:45,293 Kau sepatutnya selamatkan mereka, bukannya tunggu… 225 00:25:46,878 --> 00:25:49,422 Memanglah mereka amat penting bagi aku. 226 00:25:50,257 --> 00:25:52,259 Kau ingat kau berani sangat, ya? 227 00:25:53,176 --> 00:25:55,011 Kau berlagak saja macam berani. 228 00:25:55,679 --> 00:25:59,015 Jadi, jangan serang melulu kalau kau tak mahu mati katak. 229 00:26:00,559 --> 00:26:02,394 Kau menyedihkan betul. 230 00:26:02,477 --> 00:26:04,145 Aku takkan matilah. 231 00:26:04,229 --> 00:26:06,815 Kau ingat kau masih hidup kerana kau handal? 232 00:26:09,985 --> 00:26:13,154 - Kau cuma bertuah, faham? - Tidak, aku tak faham. 233 00:26:13,280 --> 00:26:15,991 Jika kau nak membebel, lebih baik kau berambus. 234 00:26:16,491 --> 00:26:17,826 Aku nak bantu En. Choong-soo. 235 00:26:21,329 --> 00:26:24,666 Aku faham yang kau rasa terhutang budi kepadanya, 236 00:26:25,500 --> 00:26:27,669 tapi ingat, nyawa kau berharga juga. 237 00:26:28,712 --> 00:26:31,131 Remuk hati dia nanti kalau kau mati. 238 00:26:50,191 --> 00:26:51,109 Ikut aku. 239 00:27:01,119 --> 00:27:02,954 Apa maksud awak? 240 00:27:03,663 --> 00:27:06,458 Kamu nak berkuasa sepenuhnya terhadap tahanan? 241 00:27:07,292 --> 00:27:10,378 Jeneral ingin ambil peluang ini untuk hapuskan 242 00:27:10,462 --> 00:27:14,549 tempat persembunyian mereka di Taepyeong-dong. 243 00:27:16,217 --> 00:27:20,388 Tapi En. Yamada pun tentu tahu yang kami tak… 244 00:27:20,472 --> 00:27:23,141 Kamu tak tahu lokasinya di Taepyeong-dong. 245 00:27:23,224 --> 00:27:27,145 Dengar kata tiada sesiapa yang tahu selepas Nodeoksan mati. 246 00:27:27,812 --> 00:27:31,816 Orang Joseon pun tak ramai yang tahu. 247 00:27:31,900 --> 00:27:33,234 Ya, memang betul. 248 00:27:33,318 --> 00:27:37,030 Sebab itulah kami mahu encik biar kami uruskan mereka. 249 00:27:37,113 --> 00:27:40,867 Mereka takkan dedahkan lokasinya dengan hanya ugutan. 250 00:27:40,950 --> 00:27:43,620 Encik pun tentu tahu. 251 00:27:44,412 --> 00:27:46,665 Tapi perlukah sampai begitu sekali? 252 00:27:48,166 --> 00:27:52,587 Hukum saja beberapa ketua mereka. Itu pun dah cukup… 253 00:27:56,257 --> 00:27:57,425 Tak boleh. 254 00:27:58,677 --> 00:28:02,430 Kami tunaikan permintaan encik, 255 00:28:02,514 --> 00:28:06,601 jadi sekarang encik kenalah tunaikan permintaan kami pula. 256 00:28:07,102 --> 00:28:10,397 Barulah kita boleh terus saling percaya. 257 00:28:11,231 --> 00:28:12,399 Tak begitu? 258 00:28:15,276 --> 00:28:18,363 Kenapa kamu nak serang Taepyeong-dong? 259 00:28:24,285 --> 00:28:25,704 Aku akan bunuh dia. 260 00:28:26,287 --> 00:28:27,455 Lee Yoon. 261 00:28:28,289 --> 00:28:33,211 Kita mesti tangkap dan bunuh ketua mereka. 262 00:28:40,552 --> 00:28:43,388 Ini rumah pengurus cawangan Gando organisasi aku. 263 00:28:43,471 --> 00:28:44,723 Tapi kita boleh gunakannya. 264 00:28:45,557 --> 00:28:48,226 Sekarang, dia di hospital kerana ditembak. 265 00:28:49,728 --> 00:28:52,897 Tapi dia enggan beritahu apa-apa tentang penembak itu. 266 00:28:54,816 --> 00:28:56,735 Dia tak mahu nyawa aku terancam. 267 00:28:57,986 --> 00:29:00,780 Kalau aku jumpa jantan celaka itu, 268 00:29:00,864 --> 00:29:02,449 aku akan sembelih dia. 269 00:29:16,963 --> 00:29:19,966 Aku dah bertenang dan berundur macam yang kau suruh, 270 00:29:20,049 --> 00:29:21,384 jadi apa rancangannya? 271 00:29:22,218 --> 00:29:23,344 Apa kita akan buat? 272 00:29:24,929 --> 00:29:26,848 Kita tunggu sampai senja. 273 00:29:27,432 --> 00:29:31,394 Tahap penglihatan yang rendah akan membantu kita. 274 00:29:31,478 --> 00:29:32,729 Kemudian? 275 00:29:32,812 --> 00:29:34,522 Seorang alih perhatian Jang Ki-ryong, 276 00:29:34,606 --> 00:29:37,442 manakala seorang lagi selamatkan mangsa di balai. 277 00:29:37,942 --> 00:29:40,361 Orang yang lebih mahir patut alihkan perhatian. 278 00:29:40,862 --> 00:29:44,449 Lagi lama dia buat, lagi lama kita boleh selamatkan mangsa. 279 00:29:51,623 --> 00:29:54,209 Baiklah, biar aku yang buat. 280 00:29:57,128 --> 00:29:58,338 Aku yang akan buat. 281 00:29:59,005 --> 00:30:01,591 Kau selamatkanlah mangsa. Itu lebih penting. 282 00:30:01,674 --> 00:30:04,677 Tidak. Aku tak percayakan kau! 283 00:30:04,761 --> 00:30:07,388 Bagaimana kalau kau mati sejurus selepas itu? 284 00:30:07,472 --> 00:30:10,350 Penyamun dan polis tentu akan tunggu kita keluar. 285 00:30:11,768 --> 00:30:14,187 Habislah kita semua. 286 00:30:15,313 --> 00:30:16,314 Itu takkan berlaku. 287 00:30:16,981 --> 00:30:18,066 Kenapa? 288 00:30:20,944 --> 00:30:22,028 Kerana aku handal. 289 00:30:25,907 --> 00:30:27,408 Kau cakap besar sekarang? 290 00:30:28,451 --> 00:30:33,206 Amboi, tiba-tiba saja kau membongak sampai aku pun hampir setuju. 291 00:30:37,836 --> 00:30:40,171 Kau tahu apa aku rasa apabila bercakap dengan kau? 292 00:30:41,256 --> 00:30:42,173 Apa? 293 00:30:49,848 --> 00:30:50,682 Baiklah. 294 00:30:53,309 --> 00:30:56,062 Aku nak ambil peluru Seon-bok. Kau berehatlah. 295 00:30:57,313 --> 00:30:59,107 Entah berapa lama kau dah berjaga. 296 00:31:12,620 --> 00:31:13,788 Terima kasih. 297 00:31:17,041 --> 00:31:17,876 Untuk apa? 298 00:31:17,959 --> 00:31:21,045 Kerana aku dapat tunaikan janji dengan Cik Hee-shin. 299 00:31:24,382 --> 00:31:27,886 Juga kerana tak melupakan En. Choi. 300 00:31:30,638 --> 00:31:31,556 Tidurlah. 301 00:32:06,090 --> 00:32:09,177 Kami dah dapat kebenaran 302 00:32:09,260 --> 00:32:13,056 daripada En. Yamada untuk menguruskan kalian. 303 00:32:13,556 --> 00:32:15,892 Kami cuma mahu satu benda saja. 304 00:32:17,310 --> 00:32:18,227 Lokasi… 305 00:32:19,562 --> 00:32:21,648 kampung kamu, Taepyeong-dong. 306 00:32:23,858 --> 00:32:27,528 Malaun itu mahukan lokasi Taepyeong-dong. 307 00:32:27,612 --> 00:32:30,365 Orang yang beri jawapannya boleh hidup. 308 00:32:30,865 --> 00:32:33,826 Tapi mereka yang enggan akan mati. 309 00:32:34,869 --> 00:32:37,121 Mereka akan bunuh kalau kita tak beritahu. 310 00:32:40,041 --> 00:32:41,876 Kamu dengar sini baik-baik! 311 00:32:42,627 --> 00:32:43,711 Meskipun… 312 00:32:44,754 --> 00:32:46,839 kita semua terpaksa mati di sini, 313 00:32:47,340 --> 00:32:48,758 kita harus lindungi… 314 00:32:49,258 --> 00:32:51,511 Kita harus lindungi keluarga kita. 315 00:32:51,594 --> 00:32:52,762 Jangan terpedaya… 316 00:32:53,972 --> 00:32:55,181 Encik! 317 00:33:10,530 --> 00:33:11,447 Kamu. 318 00:33:12,865 --> 00:33:14,784 Di mana Taepyeong-dong? 319 00:33:24,544 --> 00:33:26,504 Hei, tunggulah giliran kau! 320 00:33:26,587 --> 00:33:27,422 Beritahu aku! 321 00:33:27,505 --> 00:33:29,173 Di mana Taepyeong-dong? 322 00:33:29,257 --> 00:33:30,675 Diamlah, bodoh! 323 00:33:31,426 --> 00:33:33,052 Cheon-man! 324 00:33:34,762 --> 00:33:35,596 Cheon-man! 325 00:33:38,933 --> 00:33:41,102 Di mana Taepyeong-dong? 326 00:33:44,981 --> 00:33:46,107 Celaka! 327 00:33:52,196 --> 00:33:55,033 Kawan. Kau nak beritahu mereka? 328 00:33:56,367 --> 00:33:58,286 Aku bukan pandai tentukan arah. 329 00:33:59,787 --> 00:34:01,873 Entah-entah dalam kubur pun aku boleh sesat. 330 00:34:03,082 --> 00:34:05,585 Kita pergilah bersama. Aku akan pimpin kau. 331 00:34:05,668 --> 00:34:07,170 Aku pun dah bosan dengan kalian! 332 00:34:08,796 --> 00:34:10,089 Kakak nak beritahu? 333 00:34:10,798 --> 00:34:13,134 Apa gunanya hidup tanpa kamu semua? 334 00:34:13,217 --> 00:34:15,386 Marilah kita mati sama-sama. 335 00:34:19,682 --> 00:34:21,934 Geumsu, tidak! 336 00:34:25,480 --> 00:34:27,398 Di mana Taepyeong-dong? 337 00:34:34,739 --> 00:34:35,907 Datang dekat sikit. 338 00:34:37,408 --> 00:34:38,910 Nanti baru aku beritahu. 339 00:34:40,828 --> 00:34:42,914 Kau tak berani, ya? 340 00:34:44,415 --> 00:34:45,833 Datanglah cepat. 341 00:34:47,502 --> 00:34:49,754 Aku beritahu kalau kau datang dekat. 342 00:34:56,886 --> 00:34:57,970 Cakaplah. 343 00:35:10,983 --> 00:35:13,236 Kau ingat aku apa? 344 00:35:16,864 --> 00:35:18,825 Aku akan beritahu! 345 00:35:19,951 --> 00:35:21,577 - Jangan, Nam-chun! - Tidak! 346 00:35:22,161 --> 00:35:23,579 - Jangan! - Dia akan bunuh kita! 347 00:35:23,663 --> 00:35:26,666 Aku akan beritahu lokasinya. 348 00:35:26,749 --> 00:35:27,583 Pak cik! 349 00:35:27,667 --> 00:35:28,835 Tapi biarlah aku 350 00:35:30,002 --> 00:35:31,712 dan anak aku, Ye-bun, hidup. 351 00:35:31,796 --> 00:35:32,922 Nam-chun! 352 00:35:33,005 --> 00:35:34,632 - Nam-chun! - Kau dah gila? 353 00:35:34,715 --> 00:35:36,342 Diam, Choong-soo! 354 00:35:36,425 --> 00:35:37,718 Nam-chun! 355 00:35:37,802 --> 00:35:39,137 Apa masalah kau? 356 00:35:39,220 --> 00:35:43,391 Kau penyebab semua ini, Choong-soo! 357 00:35:45,059 --> 00:35:47,311 Aku dah kata jangan masuk campur. 358 00:35:47,812 --> 00:35:52,233 Aku dah suruh kau lupakan Yoon dan minta kau lindungi kampung kita! 359 00:35:53,901 --> 00:35:55,695 Tengoklah kita sekarang! 360 00:35:57,321 --> 00:35:59,240 Apa semua ini? 361 00:36:00,741 --> 00:36:03,494 Tengoklah nasib kita angkara kau dan Yoon. 362 00:36:06,205 --> 00:36:07,039 Hei. 363 00:36:07,123 --> 00:36:09,917 Aku akan bawa kau ke Taepyeong-dong, 364 00:36:10,001 --> 00:36:12,503 tapi tolonglah… 365 00:36:13,087 --> 00:36:14,255 En. Kim! 366 00:36:15,047 --> 00:36:16,465 - Pak cik. - En. Kim! 367 00:36:21,012 --> 00:36:24,182 Aku akan bawa kau ke kampung kami. 368 00:36:24,265 --> 00:36:28,102 Aku akan tunjuk jalan pintas supaya kita cepat sampai. 369 00:36:28,603 --> 00:36:30,730 Tapi tolonglah… Ye-bun kesayanganku… 370 00:36:32,190 --> 00:36:33,941 Tolong jangan apa-apakan dia. 371 00:36:35,276 --> 00:36:38,779 Kalau dia mati, aku pun tak sanggup hidup lagi. 372 00:36:41,490 --> 00:36:42,742 Janganlah bunuh dia. 373 00:36:43,618 --> 00:36:44,535 Tolonglah… 374 00:37:03,054 --> 00:37:03,888 Malam ini, 375 00:37:05,723 --> 00:37:07,975 kita akan bertolak ke Taepyeong-dong. 376 00:37:09,060 --> 00:37:12,313 - Kurung yang lain dalam lokap. - Baik. 377 00:37:12,396 --> 00:37:14,232 - Setan tak… - Jangan beritahu! 378 00:37:14,815 --> 00:37:15,983 Celaka! 379 00:37:17,318 --> 00:37:18,903 Jangan bencikan aku, Choong-soo. 380 00:37:20,529 --> 00:37:22,615 Bagaimana nak selamatkan pokok pic? 381 00:37:24,533 --> 00:37:26,410 Kita tebang pokok plum. 382 00:37:28,704 --> 00:37:30,456 Celaka! 383 00:37:31,916 --> 00:37:33,292 Mereka semua ditangkap. 384 00:37:52,395 --> 00:37:54,814 Encik, betulkah? 385 00:37:56,482 --> 00:37:58,567 Encik tahu siapa yang bunuh ibu bapa saya? 386 00:37:59,360 --> 00:38:00,695 Siapa syaitan itu? 387 00:38:00,778 --> 00:38:03,197 Tak baik mengata orang tua begitu. 388 00:38:03,698 --> 00:38:07,034 Dia mulia orangnya. Golongan atasan yang terhormat. 389 00:38:07,118 --> 00:38:08,953 Mulia konon. 390 00:38:09,787 --> 00:38:13,958 Orang mulia takkan membunuh dengan kejam. 391 00:38:14,458 --> 00:38:18,045 Kerana dia bangsawan mulia yang setia kepada negaralah 392 00:38:18,129 --> 00:38:20,881 dia jadi tentera untuk menentang Donghak. 393 00:38:24,802 --> 00:38:29,140 Selepas ibu bapa kamu mati, dia terus bersara kerana rasa bersalah. 394 00:38:29,223 --> 00:38:34,061 Dia berhenti kerja kerajaan dan mengasingkan diri di kampungnya. 395 00:38:35,021 --> 00:38:36,022 Tapi malangnya, 396 00:38:36,856 --> 00:38:38,941 kita ditakluk Jepun. 397 00:38:39,775 --> 00:38:42,361 Jadi, dia mulakan tentera mulia di Jeolla. 398 00:38:42,445 --> 00:38:46,240 Tapi pasukan tenteranya kalah teruk. 399 00:38:46,324 --> 00:38:48,451 Saya tak nak tahu kisah hidupnya. 400 00:38:48,534 --> 00:38:50,619 Saya cuma nak tahu namanya. 401 00:38:51,704 --> 00:38:54,206 Beritahu sajalah namanya. Saya sibuk. 402 00:38:55,333 --> 00:38:58,836 Saya pun tak tahu. Saya cuma tahu nama samarannya. 403 00:39:00,212 --> 00:39:04,800 Apabila dia di medan perang, lawannya pasti tumpas di tangannya. 404 00:39:05,676 --> 00:39:07,261 Oleh itu, nama samarannya… 405 00:39:13,351 --> 00:39:14,602 Panglima Kebal. 406 00:39:17,188 --> 00:39:19,774 Kenapa? Kau tak apa-apa? 407 00:39:27,281 --> 00:39:28,699 Bangun. Hari dah senja. 408 00:39:42,505 --> 00:39:43,839 Nambu Jenis 14. 409 00:39:45,341 --> 00:39:48,761 - Kenapa kau pasang peredam bunyi? - Kita tukar rancangan. 410 00:39:49,804 --> 00:39:53,057 Kita akan pergi bersama tanpa alihkan perhatian sesiapa. 411 00:39:54,392 --> 00:39:56,560 Jadi, kita akan terus serang? 412 00:39:57,728 --> 00:39:58,729 Bolehkah? 413 00:39:59,688 --> 00:40:01,440 Ada ramai penyamun. 414 00:40:01,524 --> 00:40:03,526 Mereka akan pergi tak lama lagi. 415 00:40:04,819 --> 00:40:06,737 Kerana Nam-chun dah mengkhianat. 416 00:40:07,613 --> 00:40:08,614 Demi kita. 417 00:40:15,329 --> 00:40:16,163 Nanti dulu. 418 00:40:18,165 --> 00:40:20,501 Siapa buat apa untuk kita? 419 00:40:21,752 --> 00:40:23,421 Apa maksud kau? 420 00:40:23,921 --> 00:40:27,091 Pokok plum sanggup tumbang demi pokok pic. 421 00:40:27,925 --> 00:40:29,760 Ia taktik bernama "Idaedogang". 422 00:40:31,762 --> 00:40:35,516 Lebih sepuluh tahun yang lalu, aku dan Nam-chun tentera mulia, 423 00:40:35,599 --> 00:40:37,351 dan itulah kod rahsia kami. 424 00:40:38,727 --> 00:40:42,022 Apa sebenarnya benda "Idae" itu? 425 00:40:42,106 --> 00:40:44,275 Boleh kau jelaskan kepada kami? 426 00:40:44,358 --> 00:40:46,110 Katakanlah kita berperang 427 00:40:46,944 --> 00:40:51,031 dan ditangkap oleh tentera Jepun… 428 00:40:51,115 --> 00:40:53,701 Dan mungkin akan dibunuh. 429 00:40:53,784 --> 00:40:58,205 Seperti pokok plum yang sanggup ditebang demi pokok pic, 430 00:40:59,498 --> 00:41:01,542 salah seorang akan berkorban… 431 00:41:01,625 --> 00:41:03,169 Agar yang seorang lagi selamat. 432 00:41:03,794 --> 00:41:04,879 Idaedogang. 433 00:41:06,755 --> 00:41:08,257 En. Choi selalu sebut tentangnya. 434 00:41:11,260 --> 00:41:13,679 Jadi, ayah Ye-bun sengaja mengkhianat? 435 00:41:14,472 --> 00:41:15,473 Untuk kita? 436 00:41:17,933 --> 00:41:20,269 Dia dah gila? 437 00:41:20,352 --> 00:41:23,272 Dia mungkin umpan Jang Ki-ryong supaya tinggalkan Myeongjeong. 438 00:41:24,398 --> 00:41:26,817 Kalau dia kata dia akan tunjuk lokasi Taepyeong-dong, 439 00:41:26,901 --> 00:41:30,404 penyamun akan tinggalkan pekan 440 00:41:30,488 --> 00:41:34,658 dan tak ramai askar akan tinggal di Myeongjeong. 441 00:41:34,742 --> 00:41:35,618 Kemudian… 442 00:41:35,701 --> 00:41:36,702 Kemudian? 443 00:41:36,785 --> 00:41:38,370 Kita perlu lari dari sini. 444 00:41:41,874 --> 00:41:43,375 Dengan apa-apa cara sekalipun. 445 00:41:43,959 --> 00:41:46,587 Tapi kalau geng Jang tak ada di sini pun, 446 00:41:46,670 --> 00:41:49,131 kita masih terkurung dan tak bersenjata. 447 00:41:49,215 --> 00:41:50,174 Jadi, bagaimana? 448 00:41:50,257 --> 00:41:53,177 Nam-chun berkorban untuk beri kita peluang ini. 449 00:41:53,260 --> 00:41:56,889 Dia buat walaupun dia tahu dia mungkin terkorban. 450 00:41:56,972 --> 00:42:00,559 Lari cepat, Choong-soo. 451 00:42:01,227 --> 00:42:05,272 Jadi, kita pun patut pertaruhkan nyawa dan cuba sesuatu… 452 00:42:12,863 --> 00:42:13,864 Kita tak tahu 453 00:42:14,573 --> 00:42:18,827 sampai bila mereka akan terpedaya oleh penipuan Nam-chun. 454 00:42:18,911 --> 00:42:21,080 Sebelum Jang dapat tahu dan pulang… 455 00:42:21,163 --> 00:42:22,957 Kita perlu lepaskan diri. 456 00:42:23,040 --> 00:42:25,084 - Senyap-senyap. - Dengan cepat. 457 00:42:25,167 --> 00:42:27,253 - Kita selamatkan… - Lari dari sini. 458 00:42:41,600 --> 00:42:42,601 Hei. 459 00:42:44,728 --> 00:42:46,313 Kau nak ke mana? 460 00:42:47,898 --> 00:42:50,693 Kita dah menuju ke arah timur laut. 461 00:42:51,485 --> 00:42:52,319 Apa? 462 00:42:53,404 --> 00:42:55,906 Taepyeong-dong bukannya di Manchuria. 463 00:42:57,408 --> 00:42:59,410 Apa yang kau merepek? 464 00:42:59,910 --> 00:43:02,079 Aku tak faham cakap kau. 465 00:43:09,086 --> 00:43:10,254 Tunggu, Kimura. 466 00:43:15,467 --> 00:43:16,385 Jeneral. 467 00:43:17,636 --> 00:43:20,389 Kita akan tiba di simpang antara Yanji dan Dexin. 468 00:43:21,348 --> 00:43:25,102 Kalau dia pilih arah ke Yanji, bermakna dia dah tipu kita. 469 00:43:25,936 --> 00:43:27,187 Tapi kalau dia pilih Dexin… 470 00:43:31,066 --> 00:43:35,070 Bermakna kita akan lalu Zhixin dan menuju ke Hoeryŏng, 471 00:43:35,154 --> 00:43:37,656 dan menghala ke selatan semula. 472 00:43:37,740 --> 00:43:38,907 Betul. 473 00:43:40,034 --> 00:43:43,871 Jadi, kita tunggu sajalah. Buat masa ini, dia saja petunjuk kita. 474 00:43:47,291 --> 00:43:49,877 Hei. Mari sini. Tunjuk muka. 475 00:44:04,975 --> 00:44:08,187 Untuk selamatkan mereka, kita perlu bunuh tentera itu. 476 00:44:08,270 --> 00:44:10,481 - Kau boleh buat? - Sudah tentu, aku… 477 00:44:13,984 --> 00:44:17,071 Nada suara kau buat aku geram betullah. 478 00:44:18,238 --> 00:44:21,408 Kenapa kau cakap macam kau ketua aku? 479 00:44:21,492 --> 00:44:23,410 Aku bukannya kuli kau. 480 00:44:25,871 --> 00:44:26,955 Aku cakap begitu? 481 00:44:32,002 --> 00:44:33,754 Untuk selesaikan tugas ini, 482 00:44:33,837 --> 00:44:36,006 ikut arahan aku, bukan arahan kau. 483 00:44:36,882 --> 00:44:37,800 Faham? 484 00:44:42,012 --> 00:44:43,180 Ya, bolehlah. 485 00:44:44,848 --> 00:44:46,266 Bagilah arahan sekarang. 486 00:44:48,185 --> 00:44:49,770 Untuk selamatkan mereka, 487 00:44:50,604 --> 00:44:52,314 kita perlu bunuh tentera itu. 488 00:44:52,398 --> 00:44:53,315 Kau boleh buat? 489 00:44:59,196 --> 00:45:00,030 Buat sajalah. 490 00:45:01,031 --> 00:45:02,282 Itu arahan aku. 491 00:45:09,623 --> 00:45:10,541 Ayuh! 492 00:46:06,221 --> 00:46:07,473 Kami nak merokok. 493 00:46:07,556 --> 00:46:09,391 Baik. Selamat merokok. 494 00:46:18,942 --> 00:46:19,943 - Apa? - Kakak. 495 00:46:22,279 --> 00:46:24,156 - Kenapa? - Kau tak apa-apa? 496 00:46:24,239 --> 00:46:25,199 Kau tak apa-apa? 497 00:46:25,282 --> 00:46:26,867 Lukanya tentu dah dijangkiti kuman. 498 00:46:28,494 --> 00:46:30,954 Janganlah tengok saja! Kau nak dia mati? 499 00:46:31,038 --> 00:46:32,122 Hei! 500 00:46:32,206 --> 00:46:34,124 Ada orang sakit teruk! 501 00:46:34,208 --> 00:46:35,250 Cepatlah! 502 00:46:35,334 --> 00:46:36,502 Celaka! 503 00:46:36,585 --> 00:46:37,544 Diamlah! 504 00:46:37,628 --> 00:46:38,879 Maafkan saya! 505 00:46:46,220 --> 00:46:48,138 Sakitnya… 506 00:46:48,222 --> 00:46:49,473 Masuk sini sekarang! 507 00:46:49,973 --> 00:46:51,225 Hei, dia dah tenat. 508 00:46:51,308 --> 00:46:52,893 Sakit macam nak mati! 509 00:47:00,692 --> 00:47:01,527 Aduh. 510 00:47:06,031 --> 00:47:07,157 Kenapa? 511 00:47:08,575 --> 00:47:09,993 Aku sakit di sini. 512 00:47:11,245 --> 00:47:12,162 Sakitnya! 513 00:47:12,996 --> 00:47:15,582 Aku rasa macam nak mati! 514 00:47:20,629 --> 00:47:22,047 Sakitnya! 515 00:47:38,897 --> 00:47:40,482 Hei, penyangak. 516 00:47:40,566 --> 00:47:43,068 Kamu ingat aku bodoh? 517 00:47:48,156 --> 00:47:49,324 Matilah kamu semua! 518 00:47:49,825 --> 00:47:51,410 Sampah Joseon busuk. 519 00:47:51,493 --> 00:47:52,786 Hei! 520 00:47:53,954 --> 00:47:55,414 Apa kau nak? 521 00:47:55,497 --> 00:47:56,915 Maafkan kami. 522 00:47:56,999 --> 00:47:57,833 Maaf. 523 00:47:57,916 --> 00:47:58,834 Bangsat bengap! 524 00:48:00,252 --> 00:48:01,253 Diamlah! 525 00:48:11,597 --> 00:48:13,432 Sudahlah, bodoh! 526 00:48:22,858 --> 00:48:25,193 Selepas kau tembak, pegang badan mangsa 527 00:48:25,277 --> 00:48:27,195 supaya dia tak jatuh berdebup. 528 00:48:28,780 --> 00:48:30,032 Aku yang patut beri arahan. 529 00:48:35,162 --> 00:48:38,248 Selepas kau tembak, pegang badan mangsa supaya dia tak jatuh. 530 00:48:40,167 --> 00:48:42,419 Aku nak tanya sesuatu. 531 00:48:44,004 --> 00:48:45,088 Berapa umur kau? 532 00:48:47,883 --> 00:48:49,635 Aku dah cukup besar, 533 00:48:49,718 --> 00:48:51,720 dan dah bunuh ramai orang. 534 00:48:51,803 --> 00:48:52,638 Puas hati? 535 00:48:54,431 --> 00:48:56,099 Yang itu. Kau bunuh dia. 536 00:49:12,783 --> 00:49:15,535 Aku tergelincir. Tanah licin. 537 00:49:44,272 --> 00:49:45,440 Hei, bodoh! 538 00:49:45,524 --> 00:49:47,985 Ambil kunci! Buka pintu, cepat! 539 00:49:48,068 --> 00:49:49,236 Bertahan! 540 00:49:51,530 --> 00:49:53,156 Bodoh! 541 00:50:05,585 --> 00:50:07,504 Kamu semua dah melampau. 542 00:50:07,587 --> 00:50:09,548 Tak ada gunanya kami tunggu lagi! 543 00:50:12,342 --> 00:50:14,511 Bunuh mereka semua! 544 00:50:26,815 --> 00:50:27,899 Kau lagi? 545 00:50:27,983 --> 00:50:29,735 Ya, aku muncul lagi. 546 00:50:34,489 --> 00:50:35,323 Bos! 547 00:50:35,407 --> 00:50:37,743 Yoon! 548 00:50:37,826 --> 00:50:40,579 Aku betul-betul ingat aku akan mati. 549 00:51:00,265 --> 00:51:04,603 Yanji dan Dexin. Yang mana satu arahnya? 550 00:51:09,483 --> 00:51:11,068 DEXIN 551 00:51:11,777 --> 00:51:13,278 YANJI 552 00:51:16,156 --> 00:51:19,993 Cakaplah sepuas hati, aku bukan faham pun. Jadi ikut sajalah aku. 553 00:51:31,880 --> 00:51:33,048 YANJI 554 00:51:34,341 --> 00:51:35,342 Togu. 555 00:51:52,484 --> 00:51:53,985 Kenapa kau tipu kami? 556 00:51:55,821 --> 00:51:57,489 Kenapa bawa kami ke sini? 557 00:52:02,035 --> 00:52:02,869 Masa. 558 00:52:03,703 --> 00:52:04,579 Dia lengahkan kita. 559 00:52:05,497 --> 00:52:07,457 Supaya kawan-kawannya boleh lari. 560 00:52:07,541 --> 00:52:11,128 Sekarang, yang ada di Myeongjeong cuma polis konsulat. 561 00:52:13,380 --> 00:52:14,965 Patah balik! 562 00:52:15,465 --> 00:52:17,467 Kita akan pulang ke Myeongjeong. 563 00:52:17,551 --> 00:52:18,885 - Ya, tuan. - Ya, tuan! 564 00:52:20,637 --> 00:52:22,055 Kau tinggallah di sini. 565 00:52:22,556 --> 00:52:25,976 Kalau nasib kau baik, kau akan berdarah sampai mati. 566 00:52:26,059 --> 00:52:29,771 Kalau tidak, haiwan liar akan baham kau. 567 00:52:40,574 --> 00:52:41,741 Anakku… 568 00:52:44,244 --> 00:52:46,079 Jaga dia baik-baik, Choong-soo. 569 00:52:52,586 --> 00:52:54,087 Kau muncul juga akhirnya. 570 00:52:54,171 --> 00:52:55,505 Maaf kerana terlambat. 571 00:52:56,256 --> 00:52:57,174 Yoon. 572 00:52:58,008 --> 00:52:59,009 Syukurlah… 573 00:53:09,352 --> 00:53:11,605 Kenapa kau pulang ke sini? 574 00:53:12,230 --> 00:53:15,734 Kau sepatutnya selamatkan diri selagi peluang masih ada. 575 00:53:18,403 --> 00:53:21,323 Maafkan aku kerana menyebabkan kalian diseksa. 576 00:53:21,406 --> 00:53:24,326 Kita bersaudara. Tak payahlah cakap macam itu. 577 00:53:24,910 --> 00:53:26,036 Ini hal kecil saja. 578 00:53:28,872 --> 00:53:30,790 Nam-chun korbankan dirinya 579 00:53:32,042 --> 00:53:33,543 demi kita. 580 00:53:35,629 --> 00:53:37,214 Ya, aku nampak. 581 00:53:38,548 --> 00:53:40,800 Aku akan cuba selamatkan dia. 582 00:53:40,884 --> 00:53:42,719 Kamu patut bangun dan… 583 00:53:44,137 --> 00:53:45,013 Kamu dikepung! 584 00:53:45,096 --> 00:53:45,931 Apa itu? 585 00:53:46,014 --> 00:53:47,015 Menyerah diri! 586 00:53:47,807 --> 00:53:49,184 Tutup lampu dan tunduk. 587 00:53:50,644 --> 00:53:52,229 Menyerahlah! 588 00:53:52,312 --> 00:53:56,775 Kalau kamu tak buat, kamu akan dihukum atas nama keadilan! 589 00:53:56,858 --> 00:53:58,777 Kami akan hapuskan kamu semua! 590 00:57:36,411 --> 00:57:40,248 SEMUA ORANG, LOKASI, ORGANISASI, TERMA, ACARA DAN EPISOD 591 00:57:40,331 --> 00:57:43,168 YANG DISEBUT ATAU DIGAMBARKAN HANYA REKAAN 592 00:57:43,251 --> 00:57:46,087 SEBARANG PERSAMAAN HANYA SEKADAR KEBETULAN. 593 00:57:59,392 --> 00:58:02,312 Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati