1 00:00:13,096 --> 00:00:15,015 Maka dengan ini, semua anggota polis 2 00:00:15,098 --> 00:00:19,102 kini berada bawah perintah Konsulat Jepun di Myeongjeong, Gando! 3 00:00:20,812 --> 00:00:25,483 Rempuh balai dan bunuh semua pemberontak! 4 00:00:26,067 --> 00:00:29,612 Tundukkan pemberontak Joseon 5 00:00:29,696 --> 00:00:34,451 yang menetap secara haram di tanah milik Empayar Jepun yang agung 6 00:00:34,534 --> 00:00:35,952 dan tembak mereka sampai mati! 7 00:00:36,536 --> 00:00:40,123 Itulah cara Empayar Jepun 8 00:00:40,206 --> 00:00:43,877 dan cara kita balas budi tuanku atas limpah kurnianya! 9 00:00:45,128 --> 00:00:46,129 Semua anggota! 10 00:00:46,880 --> 00:00:48,298 Serang! 11 00:00:48,923 --> 00:00:49,758 Serang! 12 00:00:52,552 --> 00:00:55,722 Kenapa kamu tak masuk? Kenapa tak serang? 13 00:00:56,514 --> 00:01:00,185 Tuan pun nampak betapa ganasnya pemberontak itu. 14 00:01:00,268 --> 00:01:02,437 Kami tak mahu mati! 15 00:01:03,146 --> 00:01:05,398 Jadi, kamu mahu khianati maharaja? 16 00:01:07,067 --> 00:01:07,901 Kamu semua! 17 00:01:08,651 --> 00:01:10,987 Kamu mahu khianati maharaja? 18 00:01:11,738 --> 00:01:13,740 Serang! 19 00:01:30,048 --> 00:01:33,051 Semua sekali! Kenapa kamu tak serang? 20 00:01:33,134 --> 00:01:36,137 Kamu khianati maharaja, ya? 21 00:01:36,971 --> 00:01:39,641 Tuan Yamada ketuailah kami. 22 00:01:39,724 --> 00:01:42,727 Tuan tentu lagi banyak terhutang budi dengan tuanku. 23 00:01:45,355 --> 00:01:46,523 Sebenarnya, 24 00:01:47,023 --> 00:01:51,236 saya taklah terhutang budi sangat dengan baginda. 25 00:01:52,862 --> 00:01:55,532 Jumpa pun tak pernah. 26 00:01:58,535 --> 00:02:00,954 Semua anggota! Bersedia! 27 00:02:01,663 --> 00:02:03,581 Yoon, senjata kita tak banyak. 28 00:02:06,042 --> 00:02:07,752 Kita takkan bertahan lama. 29 00:02:10,713 --> 00:02:11,548 Kakak. 30 00:02:13,299 --> 00:02:14,634 Kakak ada cadangan? 31 00:02:16,177 --> 00:02:20,306 Kakak dah lama tinggal di sini. Kakak tentu tahu selok-belok pekan ini. 32 00:02:21,391 --> 00:02:22,475 Beritahulah aku. 33 00:02:25,478 --> 00:02:27,647 Ya, aku tahu satu cara… 34 00:02:28,606 --> 00:02:30,984 Tidak. Ia tindakan melulu. 35 00:02:31,568 --> 00:02:34,237 Apabila Jang Ki-ryong celaka itu pulang… 36 00:02:36,364 --> 00:02:38,116 matilah kita semua nanti. 37 00:02:40,076 --> 00:02:43,454 Daripada kita tunggu mereka tetak kita… 38 00:02:46,082 --> 00:02:47,000 Yoon, 39 00:02:47,917 --> 00:02:52,172 takkah kau rasa kita patut cuba juga walaupun tindakan itu melulu? 40 00:02:52,255 --> 00:02:53,840 Seon-bok, terangkanlah. 41 00:02:54,841 --> 00:02:57,135 Cara yang kau maksudkan itu. 42 00:02:58,469 --> 00:02:59,304 Begini… 43 00:02:59,804 --> 00:03:02,473 Salah seorang daripada kita perlu keluar dulu. 44 00:03:03,016 --> 00:03:04,726 Ada kereta sorong di belakang hotel. 45 00:03:04,809 --> 00:03:07,770 Kalau ia di sini, semua ini pasti boleh ditamatkan. 46 00:03:09,731 --> 00:03:11,566 Apa di dalam kereta sorong itu? 47 00:03:12,942 --> 00:03:16,613 Cakap sajalah. Tak payahlah teragak-agak nak beritahu. 48 00:03:18,072 --> 00:03:22,285 Ada mesingan Maxim yang sangat mahal. Aku beli daripada orang Czech. 49 00:03:22,827 --> 00:03:24,412 Ia amat hebat. Percayalah. 50 00:03:24,495 --> 00:03:26,206 Tapi untuk pergi ke sana, 51 00:03:26,289 --> 00:03:28,875 kita perlukan orang yang tangkas, pantas 52 00:03:28,958 --> 00:03:31,336 dan mampu mengelak tembakan bertubi-tubi! 53 00:03:41,012 --> 00:03:41,888 Apa? 54 00:03:43,598 --> 00:03:45,558 Kenapa kalian pandang aku begitu? 55 00:03:47,602 --> 00:03:49,354 Buat aku cuak saja. 56 00:03:50,480 --> 00:03:53,733 Tidak. Dia juga harus pandai menembak. 57 00:03:59,239 --> 00:04:00,073 Aduhai. 58 00:04:06,371 --> 00:04:09,207 Tuan Yamada. 59 00:04:09,290 --> 00:04:11,668 Takkah kita patut buat sesuatu sekarang? 60 00:04:11,751 --> 00:04:15,046 Seperti serbu masuk atau buat tembakan tertumpu. 61 00:04:15,129 --> 00:04:17,924 Tuan Ōoka tentu akan buat begitu. 62 00:04:19,842 --> 00:04:20,927 Apa awak kata? 63 00:04:21,594 --> 00:04:26,182 Apa? Awak rasa Penguasa Ōoka boleh uruskan masalah ini dengan lebih baik? 64 00:04:31,479 --> 00:04:33,106 Kita masih belum terlambat. 65 00:04:33,898 --> 00:04:35,650 Kalau susah sangat, aku boleh pergi. 66 00:04:36,401 --> 00:04:37,652 Tak susah sangat pun. 67 00:04:38,152 --> 00:04:41,531 Aku memang tiada kemahiran lain, tapi aku boleh lari laju. 68 00:04:44,534 --> 00:04:45,451 Hati-hati. 69 00:04:45,535 --> 00:04:48,204 Nah, ambil ini, manalah tahu. 70 00:04:48,830 --> 00:04:52,125 Tak perlu. Aku pun tak reti guna. Buat tambah berat saja. 71 00:04:52,208 --> 00:04:53,751 Sekejap lagi aku baliklah. 72 00:05:01,384 --> 00:05:02,510 Aku pergi dulu. 73 00:05:03,386 --> 00:05:05,138 Kamu jagalah diri baik-baik. 74 00:05:10,143 --> 00:05:14,314 Kenapa dia cakap macam dia nak pergi menempah maut? 75 00:05:22,071 --> 00:05:23,239 Mujur mereka tak nampak. 76 00:05:31,998 --> 00:05:33,166 Tuan Yamada! 77 00:05:33,249 --> 00:05:34,417 Diam! 78 00:05:36,085 --> 00:05:37,587 Siap sedia! 79 00:05:37,670 --> 00:05:38,671 Bersedia! 80 00:05:44,594 --> 00:05:45,511 Diam! 81 00:05:46,512 --> 00:05:47,430 Alamak. 82 00:05:49,891 --> 00:05:50,767 Tak guna. 83 00:05:52,435 --> 00:05:53,436 Tuan Yamada! 84 00:05:58,232 --> 00:05:59,233 Tak guna! 85 00:06:04,906 --> 00:06:07,033 Tangkap lelaki itu! 86 00:06:07,867 --> 00:06:11,496 Cepat! Tangkap dia! 87 00:06:11,579 --> 00:06:12,830 Dia seorang saja! 88 00:06:36,771 --> 00:06:39,190 Tak kena langsung. Biar betul? 89 00:06:43,486 --> 00:06:44,737 Bagaimana nak guna, ya? 90 00:06:48,157 --> 00:06:49,575 Gaya dah ada. 91 00:06:54,997 --> 00:06:57,375 Aduh, cemasnya aku. 92 00:06:58,167 --> 00:06:59,752 Senyap sangat. 93 00:07:00,711 --> 00:07:02,380 Mungkin sesuatu dah berlaku. 94 00:07:03,548 --> 00:07:05,716 Apa maksud kakak? 95 00:07:05,800 --> 00:07:08,886 Kakak nak kata yang Choraeng-yi dah mati, ya? 96 00:07:08,970 --> 00:07:11,806 Takkanlah aku sanggup kata begitu? 97 00:07:11,889 --> 00:07:13,724 Aku risau saja! 98 00:07:13,808 --> 00:07:15,351 Sudahlah, jangan bergaduh. 99 00:07:16,561 --> 00:07:18,438 Harap sajalah itu petanda baik. 100 00:07:19,105 --> 00:07:20,815 Kita pun tiada pilihan lain sekarang. 101 00:07:24,026 --> 00:07:27,155 En. Hashimoto. Bawa semua peluru yang ada ke sini. 102 00:07:28,739 --> 00:07:30,825 Tuan Yamada nak buat apa dengannya? 103 00:07:30,908 --> 00:07:34,412 Kita mungkin ketakutan, tapi kita ada banyak peluru. 104 00:07:35,413 --> 00:07:38,082 Kita boleh tembak mereka sampai semuanya mati. 105 00:07:39,333 --> 00:07:40,293 Pergi ambil. 106 00:07:41,002 --> 00:07:41,836 Sekarang! 107 00:07:41,919 --> 00:07:42,837 Baik, tuan! 108 00:07:54,891 --> 00:07:56,309 Tak guna! 109 00:08:09,155 --> 00:08:10,156 Apa benda ini? 110 00:08:11,407 --> 00:08:12,408 Hebat betul! 111 00:08:17,121 --> 00:08:20,249 Jeneral, aku dah nampak Myeongjeong! 112 00:08:20,333 --> 00:08:22,835 Bunuh mereka sebaik saja kita tiba di sana! 113 00:08:22,919 --> 00:08:24,337 Bersedia! 114 00:08:39,727 --> 00:08:41,979 Semua tentera! Bidik! 115 00:08:46,067 --> 00:08:48,402 Atas nama Maharaja Jepun yang Mulia, 116 00:08:48,486 --> 00:08:50,821 habiskan semua peluru… 117 00:08:50,905 --> 00:08:51,989 Hoi! 118 00:09:01,123 --> 00:09:02,917 Kamu semua dah makan hari ini? 119 00:09:10,550 --> 00:09:14,095 Nah, makanlah peluru sampai kenyang! 120 00:09:15,888 --> 00:09:17,473 Choraeng-yi! 121 00:09:25,982 --> 00:09:27,066 Tunduk! 122 00:09:33,114 --> 00:09:34,031 Kawan-kawan! 123 00:09:34,532 --> 00:09:35,366 Kamu selamat? 124 00:09:41,789 --> 00:09:43,040 Aduh, panasnya! 125 00:09:46,919 --> 00:09:48,879 - Apa yang berlaku? - Choraeng-yi! 126 00:09:51,007 --> 00:09:53,092 Choraeng-yi dah sampai! 127 00:09:55,177 --> 00:09:56,512 En. Choi! 128 00:09:57,388 --> 00:09:59,557 Yoon! Aku di sini! 129 00:09:59,640 --> 00:10:01,559 Bukankah aku dah kata tadi? 130 00:10:01,642 --> 00:10:03,144 Aku boleh buatlah! 131 00:10:09,317 --> 00:10:10,651 Kenapa mereka tak keluar? 132 00:10:12,028 --> 00:10:13,279 Mereka dah mati atau… 133 00:10:15,031 --> 00:10:16,616 Aku di sinilah! 134 00:10:16,699 --> 00:10:17,950 Aku di sini… 135 00:10:18,868 --> 00:10:21,203 Alamak! Takkanlah mereka dah mati? 136 00:10:23,331 --> 00:10:24,165 Yoon! 137 00:10:24,248 --> 00:10:26,500 Hei, kamu tak dengarkah jeritan aku? 138 00:10:26,584 --> 00:10:29,003 Kau memang hebat sial! 139 00:10:30,504 --> 00:10:33,883 Syukurlah kau tak mati! Aku mati-mati ingat kau dah kojol! 140 00:10:33,966 --> 00:10:36,469 Apa masalahnya? Kenapa kau menangis? 141 00:10:36,552 --> 00:10:38,888 Kau selamatkan kami. Syabas. 142 00:10:38,971 --> 00:10:41,724 Tiada masalah. Boleh suruh dia lepaskan aku? 143 00:10:42,266 --> 00:10:43,100 En. Choi! 144 00:10:43,184 --> 00:10:44,477 Choraeng-yi… 145 00:10:44,560 --> 00:10:45,478 Syabas. 146 00:10:51,567 --> 00:10:52,735 Kamu… 147 00:10:53,611 --> 00:10:56,280 sampah Joseon kolot… 148 00:11:08,084 --> 00:11:09,001 Baiklah, 149 00:11:09,835 --> 00:11:12,338 mari kita pergi sebelum Jang Ki-ryong tiba. 150 00:11:12,421 --> 00:11:14,340 Kita juga perlu cari Nam-chun. 151 00:11:14,423 --> 00:11:15,341 Baiklah. 152 00:11:16,759 --> 00:11:18,094 Mari kita pergi cepat. 153 00:11:21,347 --> 00:11:22,348 Tapi sebelum itu, 154 00:11:24,266 --> 00:11:25,685 disebabkan kita kena teruk, 155 00:11:26,769 --> 00:11:28,604 tak bolehkah kita balas balik? 156 00:11:31,565 --> 00:11:33,567 Apa maksud kau? 157 00:11:34,068 --> 00:11:37,446 Yalah, biar mereka rasa sikit betapa kejamnya perbuatan mereka. 158 00:11:42,743 --> 00:11:44,161 Ia tak lama. 159 00:11:45,329 --> 00:11:46,414 Sekejap saja. 160 00:12:17,069 --> 00:12:21,699 PENGHASUT 161 00:12:50,686 --> 00:12:51,604 Nam-chun… 162 00:13:02,573 --> 00:13:03,407 Nam-chun. 163 00:13:48,786 --> 00:13:52,164 SONG OF THE BANDITS 164 00:13:59,839 --> 00:14:03,759 Saya asyik terfikir tentangnya sepanjang perjalanan ke sini, tuan. 165 00:14:04,426 --> 00:14:06,220 Mereka mungkin tak bunuh kita 166 00:14:06,303 --> 00:14:09,265 dan cuma seksa atau sebat kita beberapa puluh kali. 167 00:14:09,348 --> 00:14:10,683 Tak begitu? 168 00:14:13,936 --> 00:14:17,606 Kau tak perlu risau. Aku takkan biar mereka hukum kamu semua. 169 00:14:19,441 --> 00:14:21,443 Yakah? Terima kasih, tuan! 170 00:14:23,153 --> 00:14:25,489 Saya akan percaya dan ikut tuan sampai mati! 171 00:14:28,450 --> 00:14:29,285 Sakitlah. 172 00:14:30,286 --> 00:14:32,580 Maaf, tuan. Sakit, ya? 173 00:14:34,373 --> 00:14:37,334 Aku akan kembali nanti. Kau tunggu sajalah di sini. 174 00:14:37,418 --> 00:14:38,252 Baik, tuan. 175 00:14:40,713 --> 00:14:43,632 Kalau dia garang sangat, buat-buatlah tak faham. 176 00:14:43,716 --> 00:14:45,759 Cakap saja "apa?" berulang kali. 177 00:14:46,552 --> 00:14:49,513 Saya nak guna khidmat penyamun, Jang Ki-ryong. 178 00:14:51,807 --> 00:14:53,601 Jika semuanya berjalan lancar, 179 00:14:53,684 --> 00:14:57,521 Kumpulan Fengtian takkan dapat halang gerakan ketenteraan kita. 180 00:14:57,605 --> 00:14:59,607 Begitu juga dengan kerajaan China. 181 00:15:00,232 --> 00:15:03,569 Saya takkan buat silap dan tuan boleh harapkan saya. 182 00:15:04,486 --> 00:15:05,988 Terima kasih. 183 00:15:20,002 --> 00:15:24,006 Kau menyebabkan unit kau terkorban dan kau pulang seorang diri. 184 00:15:25,341 --> 00:15:26,759 Pengecut. 185 00:15:28,344 --> 00:15:29,762 Saya tiada alasan, tuan. 186 00:15:30,804 --> 00:15:31,972 Saya rela terima 187 00:15:33,474 --> 00:15:34,475 apa jua hukumannya. 188 00:15:34,558 --> 00:15:37,144 Aku nak hukum kau, tapi tak boleh. 189 00:15:37,686 --> 00:15:41,523 Gabenor Jeneral Saito tak mahu kau dihukum. 190 00:15:43,442 --> 00:15:47,112 Seronoknya jadi anak Menteri Hal Ehwal Luar Empayar Korea 191 00:15:47,905 --> 00:15:50,991 dan ditolong sendiri oleh Gabenor Jeneral. 192 00:15:54,828 --> 00:15:58,999 Bawa anak-anak buah kau yang bodoh itu pulang ke Gyeongseong. 193 00:16:02,044 --> 00:16:06,298 Sementara itu, kau bawah pemerhatian sehingga diberitahu. 194 00:16:23,399 --> 00:16:26,610 OPERASI PENGHAPUSAN PENGHASUT JOSEON DI GANDO 195 00:16:52,386 --> 00:16:54,388 Merata aku cari kau. 196 00:16:55,514 --> 00:16:56,515 En. Choi. 197 00:16:58,350 --> 00:17:02,021 Il-sik kata Myeongjeong dan kawasan di sekelilingnya 198 00:17:03,105 --> 00:17:05,774 sunyi sepi. 199 00:17:06,859 --> 00:17:08,694 Mungkin kita tak perlu risau. 200 00:17:08,777 --> 00:17:12,698 Kita musnahkan Myeongjeong dan bunuh konsul serta polis Jepun. 201 00:17:14,616 --> 00:17:17,119 Kita patut risau walaupun suasana sepi. 202 00:17:19,038 --> 00:17:21,957 Tapi kalau sesuatu ditakdirkan berlaku, ia tentu dah berlaku. 203 00:17:22,041 --> 00:17:25,711 Aku yakin mereka takkan jumpa kampung kita. Jangan risaulah. 204 00:17:26,545 --> 00:17:28,130 Kau pergilah ke Hanseong. 205 00:17:31,050 --> 00:17:32,384 Apa maksud kau? 206 00:17:32,468 --> 00:17:35,054 Dari sini, kau tak nampak kampung halaman. 207 00:17:35,846 --> 00:17:38,098 Jadi, pergilah tengok sendiri di sana. 208 00:17:38,182 --> 00:17:41,643 Aku tahu kau asyik di sini kerana teringatkan wanita itu. 209 00:17:46,482 --> 00:17:49,735 Tidak, aku perlu melindungi kampung kita ini. 210 00:17:49,818 --> 00:17:50,736 Aduhai. 211 00:17:51,236 --> 00:17:54,823 Kami akan selamat walaupun tanpa kau. Ikut sajalah cakap aku. 212 00:17:57,201 --> 00:18:00,287 Kau pun dah jalankan tanggungjawab 213 00:18:00,829 --> 00:18:02,414 dan berusaha sedaya upaya. 214 00:18:03,749 --> 00:18:05,834 Jadi, beristirahatlah sekarang. 215 00:18:05,918 --> 00:18:08,837 Kalau kau berterusan begitu, patah bahu kau nanti 216 00:18:08,921 --> 00:18:10,297 dek beban yang kau pikul itu. 217 00:18:12,091 --> 00:18:15,177 Aku tak kisah, lagipun, kita sekeluarga. 218 00:18:19,932 --> 00:18:21,517 Tapi aku memang teringatkan dia. 219 00:18:24,603 --> 00:18:27,439 Waduh, dinginnya angin ini. 220 00:18:33,195 --> 00:18:34,863 Ayah sihat. Biar ayah jalan. 221 00:18:42,871 --> 00:18:43,956 Tengok benda ini! 222 00:18:44,456 --> 00:18:46,208 Betul tak cakap aku? 223 00:18:47,960 --> 00:18:48,961 Tengoklah. 224 00:18:49,628 --> 00:18:53,173 Seon-bok, 30 won. Byeong-pal, 100 won. Bezanya 70 won, bukan? 225 00:18:53,257 --> 00:18:55,884 Aku cakap tempoh hari, tapi puan tak percaya. 226 00:18:55,968 --> 00:18:58,345 Biar betul? Bagaimana boleh jadi begini? 227 00:18:58,428 --> 00:19:00,764 Kau tak membantu pun, tapi ganjaran sampai 100 won? 228 00:19:00,848 --> 00:19:03,392 Aku banyak membantulah. 229 00:19:03,475 --> 00:19:08,480 Janganlah perkecil sumbangan aku semata-mata kerana puan tak nampak. 230 00:19:11,692 --> 00:19:13,110 Kelakarnya! 231 00:19:13,193 --> 00:19:15,112 Ulang balik! 232 00:19:15,195 --> 00:19:17,656 Habis duit aku kerana bersembunyi begini. 233 00:19:17,739 --> 00:19:19,783 Nak aku serahkan kau? Boleh aku dapat 100 won. 234 00:19:19,867 --> 00:19:21,326 Kau nak tengok aku buat? 235 00:19:21,410 --> 00:19:23,412 Tidak, puan. Aku minta maaf. 236 00:19:24,830 --> 00:19:28,167 Hei, tengoklah ganjaran untuk aku. 237 00:19:28,250 --> 00:19:31,253 Ia tentu sekitar 800 won, bukan? 238 00:19:32,880 --> 00:19:34,840 Mengarutlah. Mana ada ganjaran untuk kau. 239 00:19:37,342 --> 00:19:39,344 Eleh, dia buat lawak pula! 240 00:19:40,137 --> 00:19:42,639 Mari, aku nak tengok kertas mengarut itu. 241 00:19:43,140 --> 00:19:44,057 Mari sini. 242 00:19:52,107 --> 00:19:53,025 Aku… 243 00:19:55,068 --> 00:19:57,821 pertaruhkan nyawa untuk bunuh orang Jepun itu! 244 00:19:57,905 --> 00:20:02,492 Maaf. Aku bukan nak buat kau sakit hati, tapi aku punya 1,000 won. 245 00:20:04,328 --> 00:20:05,245 Seribu? 246 00:20:05,954 --> 00:20:07,289 Tak guna. 247 00:20:08,665 --> 00:20:11,585 Kau bersubahat dengan orang Jepun, ya? Kau sogok mereka? 248 00:20:11,668 --> 00:20:12,502 Mengarutlah! 249 00:20:12,586 --> 00:20:16,215 Betul, bukan? Sebab itu ganjaran untuk tangkap kau tinggi! 250 00:20:16,298 --> 00:20:19,384 Aduhai! Kalian bergaduh lagi? 251 00:20:19,468 --> 00:20:22,804 Kenapa kamu tengok benda macam itu? Bodoh betul! 252 00:20:23,722 --> 00:20:25,974 Bilalah kamu semua nak matang? 253 00:20:28,227 --> 00:20:29,061 Aku punya berapa? 254 00:20:30,562 --> 00:20:34,233 Ganjaran untuk En. Choi ialah sebanyak 2,000 won. 255 00:20:34,316 --> 00:20:35,901 - Hebat. - Apa? 256 00:20:38,111 --> 00:20:39,529 Sudahlah! 257 00:20:40,113 --> 00:20:43,283 Dia guna anak panah saja! Orang pun tak mati! 258 00:20:43,367 --> 00:20:46,286 Wah, Yoon! Segaknya kau. 259 00:20:46,787 --> 00:20:48,789 Takkanlah kau nak serah diri. 260 00:20:49,665 --> 00:20:51,458 Aku nak ke Gyeongseong sekejap. 261 00:20:52,167 --> 00:20:54,336 Gyeongseong? Kenapa kau nak pergi… 262 00:20:54,962 --> 00:20:55,963 Aku tahu. 263 00:20:57,047 --> 00:20:59,549 Kau nak jumpa wanita itu, bukan? 264 00:21:00,050 --> 00:21:03,804 Tidak, aku nak melawat dia dan kemudian pulang ke sini. 265 00:21:03,887 --> 00:21:06,265 Jangan risau tentang kami. Kau jalan baik-baik. 266 00:21:06,974 --> 00:21:10,060 Aku pergi tak lama. Jadi, tolonglah jaga kampung ini. 267 00:21:10,143 --> 00:21:11,228 Ya? Boleh? 268 00:21:11,311 --> 00:21:13,313 Tiada apa-apa pun yang nak dijaga. 269 00:21:13,814 --> 00:21:16,733 Suasana dah tenang sampai kita pun makin gemuk. 270 00:21:17,234 --> 00:21:21,530 - Pergilah. Jangan risau tentang kami. - Baiklah, aku pergi dulu. 271 00:21:23,282 --> 00:21:24,116 Pergi dulu. 272 00:21:24,199 --> 00:21:26,368 Yoon. Berhati-hatilah. 273 00:21:26,451 --> 00:21:28,787 Ada ganjaran 6,000 won untuk nyawa kau. 274 00:21:28,870 --> 00:21:31,290 Tutup muka kau apabila kau keluar, faham? 275 00:21:31,373 --> 00:21:32,624 Macam mengarut saja. 276 00:21:33,583 --> 00:21:35,919 Ambillah, jadikannya harta pusaka. 277 00:21:38,547 --> 00:21:40,465 Ke mana Lee Yoon nak pergi? 278 00:21:41,591 --> 00:21:42,426 Pulang. 279 00:21:44,261 --> 00:21:46,096 Ke kampung halamannya. 280 00:21:50,142 --> 00:21:51,393 Apa maksudnya? 281 00:21:55,314 --> 00:21:56,898 Dua ribu won? 282 00:21:58,317 --> 00:22:00,068 Lumayannya. 283 00:22:01,486 --> 00:22:02,988 Aku pun teringin tangkap dia. 284 00:22:15,292 --> 00:22:17,878 Kampung yang di sana itu bernama Yongchun. 285 00:22:19,546 --> 00:22:20,672 Boleh kita mulakan? 286 00:22:27,346 --> 00:22:30,974 Pemberontak Joseon dah tak terkawal. 287 00:22:32,267 --> 00:22:34,436 Jadi, aku nak guna peluang ini 288 00:22:35,020 --> 00:22:39,608 untuk hapuskan semua kegiatan pemberontak di Manchuria. 289 00:22:41,234 --> 00:22:42,986 Oleh itu, Jang Ki-ryong, 290 00:22:43,612 --> 00:22:45,864 aku perlukan bantuan kau. 291 00:22:46,615 --> 00:22:48,325 Balaslah hutang kau sekarang. 292 00:22:49,785 --> 00:22:53,872 Aku biar kau hidup semasa kau serang trak berperisai dulu. 293 00:22:54,373 --> 00:22:55,540 Apa rancangannya? 294 00:22:56,124 --> 00:22:59,461 Aku tahu kau tak boleh hantar orang kau ke Manchuria. 295 00:23:00,337 --> 00:23:02,506 Jadi, bagaimana kau nak hapuskan mereka? 296 00:23:03,006 --> 00:23:06,343 Sekarang, disebabkan masalah diplomatik dengan China, 297 00:23:06,426 --> 00:23:10,097 Jepun tak boleh hantar askar ke Manchuria, termasuklah Gando, bukan? 298 00:23:11,139 --> 00:23:12,974 Menurut legenda, 299 00:23:13,475 --> 00:23:17,396 Jie Zhitui kelar paha sendiri dan suapkannya kepada tuannya. 300 00:23:20,023 --> 00:23:22,109 Mungkin kita patut mencontohinya 301 00:23:23,235 --> 00:23:25,737 demi Maharaja Jepun. 302 00:23:39,918 --> 00:23:42,879 Saya Inspektor Kanan Nagano dari Konsulat Yongchun. 303 00:23:42,963 --> 00:23:45,298 Kenapa kamu bawa ramai askar ke sini? 304 00:23:46,341 --> 00:23:48,593 Jika saya dapati 305 00:23:48,677 --> 00:23:52,097 yang kamu datang untuk menyakiti aset Jepun dan rakyatnya, 306 00:23:52,681 --> 00:23:54,099 kami akan bunuh kamu! 307 00:23:57,644 --> 00:23:59,020 Apa awak buat? 308 00:23:59,896 --> 00:24:01,565 Buang senjata sekarang dan… 309 00:24:14,870 --> 00:24:17,289 Maaf, ya. 310 00:24:19,875 --> 00:24:21,293 Tolong jangan bergerak. 311 00:24:21,877 --> 00:24:23,712 Demi kesejahteraan bumi kita… 312 00:24:27,007 --> 00:24:28,425 bunuh mereka semua! 313 00:24:28,925 --> 00:24:29,843 Baik! 314 00:24:30,343 --> 00:24:33,597 40 ORANG JEPUN DIBUNUH DI YONGCHUN UNTUK TUNDUKKAN PENYANGAK 315 00:25:00,624 --> 00:25:01,958 Saya dah pulang. 316 00:25:03,502 --> 00:25:04,336 Hee-shin. 317 00:25:11,468 --> 00:25:13,970 Kami ada masalah elektrik. 318 00:25:14,638 --> 00:25:16,056 Tapi panaskanlah badan dulu. 319 00:25:16,640 --> 00:25:18,642 Ini teh kurma merah kesukaan awak. 320 00:25:20,936 --> 00:25:22,020 Terima kasih. 321 00:25:22,854 --> 00:25:24,189 Ia pasti sedap. 322 00:25:43,124 --> 00:25:45,877 OPERASI PENGHAPUSAN PENGHASUT JOSEON DI GANDO 323 00:25:46,461 --> 00:25:47,629 Awak tak nak tanya? 324 00:25:57,973 --> 00:26:00,141 Sebab saya pulang hanya selepas beberapa minggu 325 00:26:01,977 --> 00:26:04,145 padahal saya minta awak tunggu setahun… 326 00:26:06,231 --> 00:26:08,149 dan tentang tangan saya. 327 00:26:09,192 --> 00:26:10,443 Saya memang nak tahu, 328 00:26:11,027 --> 00:26:12,696 tapi saya mahu tunggu 329 00:26:13,822 --> 00:26:16,157 sehingga awak bersedia untuk beritahu. 330 00:26:18,910 --> 00:26:20,412 Baru-baru ini… 331 00:26:23,081 --> 00:26:25,166 macam-macam dah berlaku. 332 00:26:26,668 --> 00:26:28,837 Sekitar masa awak buat lawatan kerja itu, 333 00:26:28,920 --> 00:26:32,090 saya dapat tahu yang pak cik saya ahli kumpulan pemberontak. 334 00:26:33,758 --> 00:26:36,094 Saya juga dapat tahu yang dia suruh 335 00:26:36,595 --> 00:26:39,889 seseorang hantar wang untuk gerakan kemerdekaan ke Changchun. 336 00:26:41,933 --> 00:26:44,144 Saya nak tangkap penghantar wang itu. 337 00:26:46,521 --> 00:26:49,608 Tapi ia tak semudah yang saya sangka. 338 00:26:51,901 --> 00:26:55,488 Penghantar itu terlepas dan hampir seluruh unit saya dibunuh. 339 00:26:57,907 --> 00:27:00,493 Saya pula dah tak boleh guna pistol. 340 00:27:01,703 --> 00:27:04,372 Saya dah memalukan maharaja… 341 00:27:07,083 --> 00:27:10,837 dan menjadi lelaki bodoh yang haprak untuk awak. 342 00:27:12,255 --> 00:27:14,049 Ya, itulah diri saya sekarang. 343 00:27:18,970 --> 00:27:21,306 Bodoh dan lemah. 344 00:27:24,434 --> 00:27:25,352 Serang! 345 00:27:29,898 --> 00:27:30,815 Masihkah awak… 346 00:27:33,943 --> 00:27:35,236 mahu mengahwini saya? 347 00:27:56,424 --> 00:27:57,926 Saya dah janji, bukan? 348 00:27:59,052 --> 00:28:01,638 Saya akan mencintai awak seumur hidup saya. 349 00:29:43,239 --> 00:29:45,742 Saya cari awak sebaik saja saya tahu awak di Hanseong. 350 00:29:46,242 --> 00:29:50,038 Terima kasih kerana luangkan masa untuk berjumpa saya. 351 00:29:50,121 --> 00:29:53,208 Awak pertaruhkan nyawa untuk hantar wang ke Gando. 352 00:29:53,291 --> 00:29:55,084 Mestilah saya akan jumpa awak. 353 00:29:55,168 --> 00:29:58,630 Tapi kenapa awak nak jumpa saya? 354 00:29:59,964 --> 00:30:03,968 Saya ada maklumat penting untuk rakan-rakan kita di Gando. 355 00:30:04,844 --> 00:30:06,638 Saya boleh sampaikannya, tapi… 356 00:30:10,558 --> 00:30:11,976 sahihkah sumbernya? 357 00:30:13,186 --> 00:30:16,940 Ya. Ia maklumat daripada Divisi Perintah ke-19 di Nanam. 358 00:30:18,483 --> 00:30:20,318 Menurutnya, dalam masa beberapa hari, 359 00:30:21,194 --> 00:30:24,614 operasi penghapusan penghasut Joseon akan dibuat di Gando. 360 00:30:25,949 --> 00:30:29,536 Tentera Jepun akan seberangi Sungai Duman dan serang Gando. 361 00:30:29,619 --> 00:30:30,870 Tidak mungkin. 362 00:30:30,954 --> 00:30:35,250 Jepun tak boleh hantar tentera ke sana ekoran isu diplomatik dengan China. 363 00:30:35,333 --> 00:30:39,629 Penyamun Manchu, Jang Ki-ryong, dah serang konsulat Jepun di Yongchun. 364 00:30:39,712 --> 00:30:41,047 Awak tahu, bukan? 365 00:30:42,382 --> 00:30:44,425 Inspektor Kanan Nagano 366 00:30:46,302 --> 00:30:48,012 dan 39 polis Jepun lain mati dibunuh. 367 00:30:49,430 --> 00:30:52,392 Jadi, Divisi ke-19 pun berbincang dengan Kumpulan Fengtian. 368 00:30:52,475 --> 00:30:56,604 Rakyat empayar kami yang setia mati di tanah awak! 369 00:30:57,230 --> 00:30:58,398 Tentera Jepun 370 00:30:58,898 --> 00:31:02,318 akan uruskan masalah ini sendiri. 371 00:31:03,903 --> 00:31:05,405 Kemudian, apa terjadi? 372 00:31:05,989 --> 00:31:07,073 Jelas sekali, 373 00:31:08,116 --> 00:31:10,451 memandangkan Jepun ada alasan… 374 00:31:11,953 --> 00:31:12,954 Baiklah. 375 00:31:13,037 --> 00:31:14,789 Kami akan ikut cakap awak. 376 00:31:15,540 --> 00:31:19,460 Saya benarkan tentera Jepun mengambil tindakan di Manchuria. 377 00:31:19,544 --> 00:31:22,046 Namun begitu, 378 00:31:22,130 --> 00:31:25,300 kalau ada walau seorang pun rakyat China terkorban, 379 00:31:27,010 --> 00:31:28,803 peranglah jawabnya! 380 00:31:28,887 --> 00:31:32,640 Guna penyamun pro-Jepun untuk serang konsulat negara sendiri. 381 00:31:32,724 --> 00:31:36,936 Dia jadikan itu alasan supaya dibenarkan menyerang di Gando. 382 00:31:37,020 --> 00:31:40,189 Jadi, bolehlah dia hantar tentera untuk hapuskan semua orang Joseon. 383 00:31:40,273 --> 00:31:44,402 Itukah rancangan mereka untuk hapuskan semua penghasut Joseon di Gando? 384 00:31:45,403 --> 00:31:46,404 Ya. 385 00:31:52,243 --> 00:31:54,621 Sekarang, puluhan ribu askar Jepun 386 00:31:54,704 --> 00:31:57,498 akan menuju ke Gando untuk bunuh orang Joseon. 387 00:31:58,458 --> 00:32:01,961 Jika kita tak bersiap sedia, pasti parah jadinya. 388 00:32:12,847 --> 00:32:14,057 Mari kita bincang di luar. 389 00:32:25,360 --> 00:32:28,279 GYEONGSEONG 390 00:32:47,590 --> 00:32:50,802 Ramai suruh kami tinggalkan Gando supaya tak dibunuh. 391 00:32:51,803 --> 00:32:55,765 Tentera kemerdekaan belum mampu tewaskan tentera Jepun. 392 00:32:56,891 --> 00:32:59,477 Tolong jangan mengalah dan lawanlah bermati-matian 393 00:33:00,144 --> 00:33:02,397 demi bangsa kita di Gando. 394 00:33:03,773 --> 00:33:05,858 Saya akan menyusul tak lama lagi. 395 00:33:07,485 --> 00:33:09,320 Awak nak letak jawatan? 396 00:33:10,905 --> 00:33:14,325 Saya dah fikir masak-masak dan inilah tindakan terbaik. 397 00:33:16,202 --> 00:33:18,538 Saya akan kumpul maklumat daripada Divisi ke-19 398 00:33:18,621 --> 00:33:19,706 dan hantar kepada awak. 399 00:33:19,789 --> 00:33:21,290 Itu terlalu berbahaya. 400 00:33:22,000 --> 00:33:24,002 Bagaimana kalau awak tertangkap? 401 00:33:26,254 --> 00:33:29,841 Dah lebih 20 tahun saya hidup sebagai pejuang kemerdekaan 402 00:33:30,341 --> 00:33:32,051 dan anak bangsawan pro-Jepun. 403 00:33:33,845 --> 00:33:35,013 Saya pasti selamat. 404 00:33:44,605 --> 00:33:45,940 Kenapa? Ada apa? 405 00:33:57,368 --> 00:33:59,370 Itu lelaki di Gunung Cheonbo… 406 00:34:02,749 --> 00:34:04,584 Mungkin dia nak jumpa awak. 407 00:34:09,213 --> 00:34:11,549 Saya dan dia… 408 00:34:13,551 --> 00:34:15,970 tak boleh mengikut perasaan. 409 00:34:18,139 --> 00:34:18,973 Dengan cara itu… 410 00:34:20,725 --> 00:34:23,144 barulah dunia impian kami boleh tercapai. 411 00:34:35,323 --> 00:34:36,657 Tolonglah jangan mati. 412 00:34:37,950 --> 00:34:39,077 Kau perlu hidup 413 00:34:40,078 --> 00:34:41,454 selagi aku belum mati. 414 00:34:42,497 --> 00:34:44,248 Apabila kita berjumpa semula… 415 00:34:47,168 --> 00:34:48,753 beritahulah aku nama kau. 416 00:34:49,754 --> 00:34:53,591 Aku tak peduli dua atau 20 tahun dari sekarang. 417 00:34:55,343 --> 00:34:56,427 Jangan mati. 418 00:34:58,012 --> 00:34:59,514 Nanti kita jumpa lagi. 419 00:35:05,144 --> 00:35:06,395 Selamat datang! 420 00:35:06,479 --> 00:35:08,648 - Saya nak beli bunga. - Bunga? 421 00:35:38,136 --> 00:35:40,138 Aku akan terus hidup dan cari kau, Hee-shin. 422 00:35:54,318 --> 00:35:55,153 Apa? 423 00:35:56,237 --> 00:35:57,321 Hee-shin bertemu 424 00:35:58,739 --> 00:36:00,408 dengan pejuang kemerdekaan? 425 00:36:00,491 --> 00:36:01,325 Ya. 426 00:36:04,829 --> 00:36:05,830 Jadi, maksud kau… 427 00:36:07,498 --> 00:36:10,251 dia curi maklumat daripada aku 428 00:36:11,210 --> 00:36:13,462 dan beri kepada tentera kemerdekaan? 429 00:36:13,546 --> 00:36:16,883 Ya. Saya dengar semuanya, tuan. 430 00:36:18,801 --> 00:36:19,886 Bunyinya macam 431 00:36:19,969 --> 00:36:23,806 dia yang hantar wang untuk gerakan kemerdekaan ke Gando. 432 00:36:33,107 --> 00:36:35,109 Jadi, akulah yang dipermainkan. 433 00:36:36,944 --> 00:36:38,279 Akulah yang bodoh. 434 00:36:41,949 --> 00:36:43,951 Aku percaya dan sayang dia. 435 00:36:46,204 --> 00:36:47,663 Tapi tak tahu apa-apa. 436 00:36:50,082 --> 00:36:52,335 Malah, semasa aku nak tangkap pejuang kemerdekaan 437 00:36:52,418 --> 00:36:53,878 yang akan menemui Jang Seok… 438 00:36:57,048 --> 00:36:57,965 Hee-shin. 439 00:37:00,468 --> 00:37:03,304 Malah, ketika dia beritahu tentang lawatan kerjanya ke Gando… 440 00:37:04,013 --> 00:37:07,767 Ia dijadualkan pada saat akhir, jadi saya tak sempat beritahu. 441 00:37:09,477 --> 00:37:11,312 Aku langsung tak tahu dia sertai mereka. 442 00:37:13,898 --> 00:37:15,983 Aku percaya semua cakapnya. 443 00:37:23,241 --> 00:37:26,661 Patutlah pak cik aku tak nak dedahkan apa-apa sampai mati. 444 00:37:33,918 --> 00:37:35,086 Hebatnya. 445 00:37:35,836 --> 00:37:36,837 Hebat betul. 446 00:37:38,673 --> 00:37:41,759 Hebat betul perjuangan mereka demi kemerdekaan! 447 00:37:44,553 --> 00:37:47,390 Tuan, maaf kerana bertanya, 448 00:37:47,890 --> 00:37:49,517 tapi bila tuan mahu melaporkannya? 449 00:37:50,643 --> 00:37:54,230 Jelas sekali dia terlibat dengan tentera kemerdekaan. 450 00:37:54,313 --> 00:37:57,817 Walaupun tuan cintakan dia, saya rasa tuan patut lapor… 451 00:38:04,282 --> 00:38:06,409 Berani kau cakap begitu? 452 00:38:06,993 --> 00:38:10,204 Suka hati akulah aku nak laporkan dia atau kahwini dia. 453 00:38:10,288 --> 00:38:11,289 Ingat. 454 00:38:12,373 --> 00:38:15,126 Kita saja yang boleh tahu rahsia ini, Park. 455 00:38:16,127 --> 00:38:17,962 Kalau orang lain tahu, 456 00:38:18,838 --> 00:38:21,257 aku akan anggap kau yang pecahkan rahsia 457 00:38:21,340 --> 00:38:23,009 dan cencang kau, anak-anak 458 00:38:24,969 --> 00:38:26,637 dan isteri kau sampai lumat. 459 00:38:27,888 --> 00:38:28,806 Faham? 460 00:38:29,557 --> 00:38:30,391 Ya. 461 00:38:31,058 --> 00:38:33,144 Saya akan ingat, tuan! 462 00:38:47,241 --> 00:38:49,493 Nah, beli makanan sedap untuk anak-anak kau. 463 00:38:50,786 --> 00:38:53,164 Tae-ju hampir tiba, jadi berambuslah. 464 00:38:53,748 --> 00:38:54,665 Baik. 465 00:39:18,189 --> 00:39:19,440 Encik. 466 00:39:36,665 --> 00:39:39,585 BLOK 2, KAWASAN UTAMA DAESEONG MYEONOK, 1 PETANG 467 00:40:15,079 --> 00:40:17,081 - Selamat datang. - Saya nak pesan mi. 468 00:40:20,584 --> 00:40:22,586 Saya gembira jumpa awak di sini. 469 00:40:24,380 --> 00:40:25,631 Semuanya baik-baik? 470 00:40:26,257 --> 00:40:28,384 Semuanya tak pernah baik bagi orang macam kita. 471 00:40:29,343 --> 00:40:30,928 Mari kita makan. 472 00:40:33,848 --> 00:40:34,932 Terima kasih. 473 00:40:48,112 --> 00:40:49,947 Kenapa awak nak jumpa saya? 474 00:40:50,948 --> 00:40:54,201 Bagi seseorang yang sanggup mati demi keluarga, 475 00:40:54,285 --> 00:40:56,287 saya hairan melihat awak di Hanseong. 476 00:40:58,497 --> 00:41:00,332 Awak tak tahu, bukan? 477 00:41:00,833 --> 00:41:02,668 Tentang keadaan Gando sekarang. 478 00:41:04,128 --> 00:41:07,840 Operasi penghapusan penghasut Joseon akan bermula di Gando. 479 00:41:10,217 --> 00:41:12,428 Penghapusan orang Joseon di Gando. 480 00:41:15,264 --> 00:41:16,265 Apa maksudnya? 481 00:41:16,348 --> 00:41:19,268 Katayama daripada Divisi ke-19 dan penyamun pro-Jepun, 482 00:41:19,351 --> 00:41:23,439 Jang Ki-ryong bekerjasama untuk hapuskan tentera kemerdekaan di Gando. 483 00:41:23,522 --> 00:41:26,942 Ribuan orang Joseon pasti akan cedera atau mati 484 00:41:27,526 --> 00:41:31,030 kerana mereka pun tak dapat bezakan antara orang awam dan pejuang kemerdekaan. 485 00:41:32,740 --> 00:41:35,576 Jadi, operasi seperti Operasi Penghapusan Militia 486 00:41:37,745 --> 00:41:39,747 yang berlaku 11 tahun lepas… 487 00:41:42,374 --> 00:41:44,293 akan berlaku di Gando? 488 00:41:45,794 --> 00:41:46,629 Ya. 489 00:41:47,213 --> 00:41:50,633 Saya tahu sebab awak datang ke Gyeongseong, 490 00:41:51,383 --> 00:41:52,885 tapi buat masa ini, 491 00:41:52,968 --> 00:41:55,888 kita tak boleh ikut perasaan. 492 00:41:55,971 --> 00:41:59,892 Kita perlu ketepikan semua perasaan cinta dan rindu dalam hati. 493 00:41:59,975 --> 00:42:03,729 Dengan cara ini, barulah dunia impian kita boleh tercapai. 494 00:43:19,680 --> 00:43:23,350 Kereta api dari Gyeongseong ke Wonsan akan berlepas! 495 00:43:23,434 --> 00:43:24,935 Sila naik kereta api! 496 00:46:04,344 --> 00:46:06,346 Kami dah bersedia, jeneral. 497 00:46:06,430 --> 00:46:08,307 Beri saja arahannya! 498 00:46:10,058 --> 00:46:11,310 Berangkat sekarang. 499 00:46:11,810 --> 00:46:12,811 Baik! 500 00:47:25,926 --> 00:47:27,052 Saya akan jaga awak 501 00:47:28,136 --> 00:47:29,847 sepanjang hayat kita. 502 00:47:47,364 --> 00:47:48,198 Semua askar! 503 00:47:48,282 --> 00:47:49,825 Mara! 504 00:48:03,714 --> 00:48:05,966 Tumpahkan darah di seluruh Gando. 505 00:48:43,503 --> 00:48:45,005 Bunuh mereka semua! 506 00:53:12,981 --> 00:53:16,818 SEMUA ORANG, LOKASI, ORGANISASI, TERMA, ACARA DAN EPISOD 507 00:53:16,902 --> 00:53:19,738 YANG DISEBUT ATAU DIGAMBARKAN HANYA REKAAN 508 00:53:19,821 --> 00:53:22,657 SEBARANG PERSAMAAN HANYA SEKADAR KEBETULAN. 509 00:53:36,171 --> 00:53:39,090 Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati